Thursday, 9 April 2020
HARGAILAH PENGORBANAN DAN PERJUANGAN MEREKA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook/sariah.awangsenik
Baru beberapa lepas, telah keluar ke pekan untuk membeli barang keperluan harian. Tidaklah merancang untuk membeli dalam kuantiti yang banyak, kerana masih lagi boleh keluar dalam masa dua ataupun tiga hari yang akan datang.
Sebelum itu, jiran sebelah juga telah berpesan agar mengikut jalan lain, kerana jalan yang biasa sudah pun ditutup. Menetap di Hulu Selangor dan berhampiran dengan pekan yang terdekat iaitu Tanjung Malim.
Ketika melalui satu sekatan jalanraya, pelbagai soalan ditanya oleh polis. Antaranya hendak ke mana, berapa lama, berpesan berada dalam jarak yang betul serta tidak mengambil masa yang terlalu lama membeli barang keperluan, kerana ada ramai lagi orang yang juga ingin membeli barang keperluan juga.
Melihat mereka begitu komited serta tegas menjalankan tugasan dalam panas terik, hampir membuatkan diri terasa teramat sayu. Pasti rata-rata daripada mereka yang sudah berkeluarga dan juga mempunyai keluarga tersayang.
Jika kita masih lagi berdegil dan tidak mematuhi arahan sepanjang tempoh PKP, bagaimanalah nanti kesihatan para polis dan juga askar ini. Riak wajah mereka yang kelihatan, namun tampak lagi masih mampu tersenyum dan gigih menjalankan dengan penuh dedikasi.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah jika dibandingkan dengan negara yang lain. Terdengar juga kisah askar seperti di negara China yang lagi garang dan ada yang terus menembak jika tidak mematuhi arahan.
Harapannya askar ataupun polis di Malaysia tidaklah begitu. Rata-ratanya masih lagi ada budi bicara dan bercakap dengan orang awam dengan cara yang lebih berhemah. Kecuali jika ada segelintir yang degil, maka merek diberi kuasa untuk menangkap dan terus ke balai polis yang berhampiran.
Perjuangan dan pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam menjaga keselamatan negara bukanlah satu perkara yang diambil mudah. Baik askar, polis pertugas frontline, yang bekerja sebagai penghantar makanan atau foodpanda, pengutip sampah, semuanya mempunyai peranan masing-masing.
Ingatlah jika kita rasa penat berada di rumah bayangkan kita berada di tempat mereka sebagai salah seorang petugas frontline, polis, askar dan apa-apa sahaja.
Maka dengan itu, marilah kita bersatu, berkerjasama membantu memberikan sokongan agar mereka semua tidak dijangkiti oleh virus yang teramat bahaya ini.
Insyaallah. Nanti negara kita akan pulih kembali dan aman seperti dahulu dan bebas menjalankan aktiviti yang kita sukai.
Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR
Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...
No comments:
Post a Comment