Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http:www.facebook.com/sariah.awangsenik
Sedar tak sedar dah nak hampir sebulan duduk di rumah akibat wabak Covid-19. Di sebabkan penularan wabak inilah, kerajaan mengadakan tempoh PKP 1,2 dan juga PKP 3. Tidak pasti apa yang bakal berlaku selepas pada tarikh 28/4/2020.
Yang pasti segalanya pasti akan berubah. Tidak boleh lagi bersalam ataupun melakukan segala aktiviti seperti kebiasaanya.
Apa pun demi untuk memutuskan rantaian wabak ini, maka kita perlu tingkatkan lagi tahap kesabaran untuk membantu barisan frontline agar segala penat lelah mereka tidak disia-siakan.
Selama tempoh PKP ini, bermula dari PKP 1,2 dan 3 belum pernah lagi rasa bosan. Sebab yang paling utama, adalah senantiasa bersama anak-anak tersayang. Yang si abang di Ipoh dan adiknya bersekolah asrama. Maka secara tidak langsung sudah terbiasa hidup bersendirian.
Bila mereka berdua ada di depan mata, terasa lebih bersemangat dan kadangkala berbeza pendapat. Apa pun keadaan itu tidaklah lama. Kerana antara anak dan diri ini, kami menyukai satu hal yang sama sejak dulu. Kami tiga beranak suka dan sayangkan kucing. Walau hanya kucing kampung, sayangnya tetap sama.
Itulah yang menyatukan kami tiga beranak. Setiap hari apabila masuk sahaja ke ruang dapur pasti akan terlihat di kawasan belakang rumah ini. Terdengar bunyi burung, air sungai yang mengalir, suara ayam bersahut girang dan sebagainya.
Indah dan mahal sungguh nikmat itu. Satu masa dulu, selalu menghabiskan masa melakukan rutin harian. Sebelah pagi menghantar anak dara ke sekolah rendah dengan hanya berjalan kaki, kerana sekolah kebangsaannya tidak jauh dari kawasan perumahan ini.
Kemudian sebelah petang pula, menghantar anak dara ke sekolah rendah agama. Yang sekolah rendah agama ini agak jauh. Terpaksa bersabar berpanas hujan berjalan kaki menghantar anak ke sekolah rendah agama. Bertahun-tahun di sepanjang perjalanan itu terpalit sejuta kenangan indah. Semua tumbuhan, pokok dan juga rumput menjadi saksi akan segala perjuangan ini.
Sesekali saat lelah, berhenti sejenak menikmati keadaan sekeliling. Betapa di daerah ini keindahannya masih terpelihara.
Kini hanya mampu memandangnya dari kejauhan jendela teratak ini. Hanya sesekali terasa hembusan bayu yang singgah bertandang.
Masih jelas di minda akan pepohon hijau tumbuh meliar juga bunga-bungaan yang indah di halaman rumah jiran tetangga.
Bunga seperti bunga kertas menjadi bunga wajib yang ada di setiap kejiranan.
Namun sejak tempoh PKP ini, masih lagi tidak dapat bebas keluar tanpa ada alasan yang tertentu. Rasa kerinduan terhadap alam yang Allah ciptakan ini, hanya Dia yang mengetahuinya.
Dahulu masa dihadapan mata jarang nak menghargai. Kini Allah tarik kenikmatan sebentar dan digantikan dengan nikmat yang lain pula. Maka senantiasa muhasabah diri agar tidak lalai dengan segala nikmat yang diberi.
Demi nak hilangkan rasa kerinduan terhadap alam, sengaja kongsikan gambar-gambar pemandangan yang menarik di entri ini. Biarpun masih tidak berkesempatan untuk menikmati segala, keindahan ini bakal terlukis terdampar indah diruangan mata hati.
Insyaallah.
Sekian
Betul tu sis. PKP ni banyak mengajar kte lebih menghargai suasana yang kte ada selama ni. Sekali nikmat itu ditarik, terkesan subgguh kan .
ReplyDeletePKP ni macam mengeratkan ikatan perkahwinan, ibu dan anak-anak. Banyak hikmah tersembunyi. Allah nak suruh kita dekat kepadaNYA dan dekat juga kepada keluarga kita dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.
ReplyDeletesaya paling rindu nak masuk hutan. nak dengar deruan sungai yang mengasyikkan. sunguh2 rinduuuu
ReplyDeleteGood post. Although I am an introvert who always have things to do at home, I do miss going out, enjoying girls day out with my girls, and watch movies. Harapnya dpt lah buat semua tu lepas PKP nie. Huhuhu......
ReplyDeleteSayu jer membacanya...pada kita yg rumah masih ada halaman mmg x bosan sangat berbanding yg duduk di flat yg sempit.
ReplyDeleteHmm.. mmg teekesan dengan pkp ni kan.. rindu dwngan banyak perkara sebenarnya
ReplyDeleteAllah cuma tarik sementara sahaja kepada kita nikmat untuk melihat alam semulajadi ini dan kita rasa tak tenteram moga kita kembali kepada fitrah dan mensyukuri apa yang kita ada..
ReplyDeleteBila kita semua melalui PKP dan tidak bebas seperti dulu terasa sayu di hati. Kita tidak lagi boleh menikmati alam dengan tenang. Ada hikmah semua ini berlaku. Redha saja.
ReplyDeleteBetul kak rindu sgt nak keluar. Haritu za dpt keluar kejap ada urusan pun rasa rindu tgk alam flora fauna kat luar.. Nmpk cantik sgt
ReplyDeleterindu kan nak tengok dunia luar. insyaALlah ketentuan Allah mesti ada disebalik setiap kejadian
ReplyDeleteBuat masa ni memang teringin nak tengok Pantai dan Ombak...tapi masih boleh tertahan rasa rindu tu... sebabnya tengok dekat handphone terubat jua rasa rindu..
ReplyDeleteMula dulu agak lemas gak duduk aje rumah, lama-kelamaan , jadi seronok dan banyak jimatnya...so now lebih suka duduk rumah dari nak keluar ke sana ke sini tu, sebab takuttt...
ReplyDeleteSuka baca entri ni :).
ReplyDeletePKP ni byk hikmah kan, sis.
Byk benda yg kita sedar. Byk benda yg kita amik berat at the end, kan.
Sama la, saya happy anak2 depan mata. Mereka selamat dan sihat.
Ada masa utk rumahtangga.
Alhamdulillah. Kita biarkan alam berehat kejap.
Rindu hendak tetokai keindaham alam kehijauan rimba dan air terjun dan keindahan bunga2 di taman2..
ReplyDeleteI miss my time when I can go out and also playing with my daughter. During this MCO we really learn a lot of stuff and lessons. Stay song sister!
ReplyDelete