Thursday 29 September 2016

TEMAN SETIA PENGLIPUR LARA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Hai, beginilah rutin harian saya. Selesai je, anak-anak ke sekolah, saya pulak sibuk melayan si bulus-bulus tersayang. Kalaupun semua kerja rumah dah siap dan kita ini sibuk dengan kerja kita sendiri, pasti si bulus ini akan berusaha untuk tarik perhatian saya.

Bukan manusia je yang nakkan perhatian. Binatang punandai nak berkasih sayang. Yang tengah duduk beriba ini namanya Tom. Dia ini kucing betina tapi sangat gilakan perhatian.

Tengoklah saya sedang sibuk draft posting untuk facebook, dia pulak sibuk cari 'pot' terbaik untuk tidurnya. Amboi, kita tengah sibuk cari idea, dia pulak menyelit nak tidur. Bukan seekor, tapi ada dua ekor lagi yang berusaha gigih nak cari perhatian saya.

Yang dua ekor lagi itu, namanya Rimau dan Nemo. Kalau nak tahu empat belas ekor kucing dirumah saya. Asalnya mereka ini hanya kucing datang. Tapi sebab kesian punya pasal, saya dan anak-anak pun kesian dan beri mereka makan. Apa pun masa saya tengah sedih ata tension, si bulus inilah yang menghiburkan hati saya yang sedang resah gelisah tu. 

Itulah gunanya bila ada kucing ini. Walau hanya sebagai kucing jalanan, tapi bila lihat muka dia yang comel dan gelagatnya yang nakal itu, secara tidak langsung hilanglah semua rasa sedih dan juga risau itu. 
Asyik fikirkan si bulus ini, hampir tidak siap semua jadual untuk posting saya esok harinya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 26 September 2016

SELAMAT HARI JADI YANG KE 17

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Genap sudah umur anak teruna tersayang 17 tahun hari ini. Cepat sangat masa berlalu. Rasanya baru semalam je mengandung dan lahirkan ke dunia kan.
Anak bujang yang seorang ini memang agak pendiam sikit orangnya. Dulu masa saya baru sahaja berpisah, dia terus jadi seorang yang pendiam. Agaknya tertekan dengan segala masalah yang saya hadapi ketika itu. Alhamdulillah. Keadaan beransur pulih sedikit demi sedikit dan sehinggalah sekarang  dia sudah mampu hidup berdikari dan juga mencari pendapatan sampingan untuk perbelanjaan persekolahannya.

Kalau nak tahu, anak bujang tersayang ini memang agak kreatif walau agak pendiam. Sejak dah bekerja ini, barulah dia pandai bercampur gaul dengan rakan sekerja yang lain. Dari situ, barulah ada sedikit keyakinan terhadap dirinya. Minatnya terhadap seni penulisan khat telah banyak membantu dirinya agar lebih yakin menjalankan segala rutin hariannya. 
Di samping itu, dia juga bertanggungjawab jawab menjaga adiknya yang perempuan ketika saya keluar bekerja. Maklumlah, saya bekerja shift dan terpaksa tinggalkan anak-anak sendirian dirumah. Tapi bukanlah saya tinggalkan mereka berdua tanpa sediakan makan minum yang secukupnya.

Selain dari mencari pendapatan secara sambilan, menjaga adik, dia juga banyak bantu saya menguruskan segala macam hal berkaitan dengan rumahtangga. Dia boleh juga mengemas, membasuh dan juga memasak makanan yang simple-simple. Kalau setakat nasi goreng, masak nasi dan juga nasi goreng. Tidak kisahlah apa yang dia masak. Asal ok dan sedap, saya dan juga adiknya makan je.

Kini anak bujang tersayang, Muhamad Aiman Hakimi Ahmad Roslan ini semakin bijak berdikari dan juga merancang segalanya berkaitan tentang kehidupannya sendiri. Selalunya dia akan berusaha sedaya upayanya untuk mencapai sesuatu .

Harapan saya sebagai seorang ibu, hanya doa dan juga harapan serta menerima segala kekurangan dan juga kelebihannya seadanya. Buat anak bujang tersayang, ibu ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-17 tahun dan juga semoga jadi anak yang soleh dan juga berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 23 September 2016

WAKTU BEKERJA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Mulakan tugas seperti biasa dan juga seperti selalu. Kalau ikutkan memang dah berminat dengan kerja sekarang. Tapi sebab tanggungjawab punya pasal dan juga nak lakukan hanyalah sebab Allah yang maha esa.
Anggap saja, semua ini dugaan dan ada hikmah disebaliknya.

Kan, kalau ingat macam itu, tidaklah rasa stress kan?

Kalau asyik masalah je, memang tidak berjaya sampai bila-bilakan. Jadi daripada asyik fikir tentang masalah, baik kita cari peluang disebaliknyakan.

Apa pun memang sangat penting untuk senantiasa berfikir positif dan jangan memaksa diri untuk selalu fikirkan tentang masalah sahaja.
Usahalah untuk buang semua itu, macam kita buang dalam tong sampah itu kan.

Senang je. Bungkus dan terus buang. Habis cerita.
Jangan lama peram masalah itu kat dalam kepala dan juga hati itu kan.

Okey, saya nak stop sampai kat sini dulu. Insha Allah, akan saya share lagi satu entri yang menarik lagi ya.
Bye.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 19 September 2016

SETIAP HARI, ADALAH HARI YANG BARU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Anak-anak tersayang sudah pun pergi ke sekolah. Macam itulah rutin harian saya sebagai seorang ibu yang selalu sibuk uruskan anak-anak tersayang dan juga menguruskan urusan rumah tangga.
Walau hampir lima bergelar seorang ibu tunggal, saya tidak pernah sesekali berasa menyesal. Apa yang nak dikesalkan, jika semua yang terjadi bukan kehendak.

Boleh jadi, kita memang tidak suka, tapi itulah yang terbaik buat kita dan juga anak-anak. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita yang sebenarnya. 
Apa pun hidup perlu diteruskan seperti biasa. Kerana setiap hari, adalah hari yang baru dan perlu dilalui dengan semangat yang baru. Jika ditakdirkan hari ini kita tidak dapat hidup bahagia, esok atau lusa pasti kita dapat hidup bahagia semula.

Hargailah apa yang kita miliki dan lalui sekarang. Menyimpan dendam dan juga amarah tiada gunanya. Semua rasa itu akan hanya menyebabkan diri dan juga mental kita bertambah sakit dan merosakkan seluruh perjalanan kehidupan kita.

Jadi apa yang harus kita dilakukan ya?

Lalui semua dugaan dan hadapinya dengan tabah. Tidak perlu lari daripada masalah. Setiap masalah yang datang terselit seribu hikmah disebalik semua masalah tersebut. Ada masalah, janganlah mengeluh. Mengadulah pada Allah yang maha esa dan selalulah dekatkan diri pada yang maha esa.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

ABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Dah pun selesai cuti sekolah selama seminggu. Kebetulan pulak, hari raya haji jatuh pada hari Isnin yang lepas. Faham-faham sajalah, kalau musim cuti ini, pasti ramai orang ditempat keja saya itu. Bekerja ditempat hentian rehat dan rawat, bukanlah perkara yang mudah. Setiap kali terpaksa berdepan dengan karenah para pelanggan yang seribu satu macam perangai.

Tapi bukan baru bekerja disini. Dah hampir 10 tahun lebih dah, bekerja disini. Melihat orang ramai yang sibuk pulang ke kampung untuk pulang menyambut hari raya haji yang lepas, teringat pulak kat abah dikampung.

Kenapa pulak teringat kat dia ya?

Biasalah. Rindu seorang anak kan. Walau arwah emak sudah lama meninggal dunia, saya tetap merindui abah dan juga arwah emak tersayang.
Abah atau nama penuhnya En Awang Senik Bin Adam memang seorang lelaki yang hebat dalam segala hal. Abah seorang lelaki yang setia dan pandai berdikari dan tidak pernah sesekali menyusahkan orang lain. Kalau dia tolong orang dalam kesusahan tidak mengapa. Tapi kalau abah sedang dalam kesusahan, pasti abah akan berusaha sedaya upaya untuk keluar dari kesusahan tersebut. 

Bagi saya, abah seorang suami yang sangat hebat. Sejak dari kecil, saya selalu tengok abah dan juga arwah emak bekerja sama memguruskan rumahtangga. Abah akan sama-sama memasak dan juga mengemas rumahtangga. Kalau nak tahu, belum pernah saya tengok menyuruh arwah emak membuat itu dan ini. Semuanya abah usaha untuk uruskan sendiri tanpa menyusahkan arwah emak dulu. 

Abah juga seorang lelaki yang sangat setia dan tidak suka habiskan sesuatu yang tidak berfaedah. Selepas arwah emak meninggal, setelah sekian lama barulah abah berkahwin semula. Itulah abah, seorang lelaki yang hebat dan memang susah nak cari lelaki macam abah sekarang.

Selain daripada itu, abah juga pandai memasak dan sangat kreatif. Rumah yang abah duduki sekarang juga, adalah hasil dari kerja tangan abah. Abah juga kreatif mengubah suai satu barang yang tidak digunakan menjadi cantik dan boleh digunakan semula.

Secara jujurnya, saya memang sangat merindui abah. Doakan saya untuk membalas semua jasa abah sementara masih berkesempatan. Saya doakan abah dan makcik saya senantiasa dibawah kasih sayang Allah yang maha esa.
Aamiin.

Saya sangat sayang dan kasihkan abah.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 16 September 2016

RAHMAT SETIAP MASALAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com


Hampir seminggu cuti sekolah bermula. Kebetulan pula, hari Isnin itu kita menyambut Hari Raya Aidiladha . Walaupun tidak dapat pulang kekampung berhari raya, saya tidak rasa sedih. Dapat berhari raya bersama dengan anak-anak tersayang, dah cukup buat saya rasa gembria dan juga rasa bersyukur.
InshaAllah , satu hari nanti saya bercadang untuk buat ibadah korban juga.

Yalah, tidak nak tunggu sudah tua dan tidak larat baru nak buat semua itukan.
Bercakap tentang masalah ini, semua orang ada masalahnya yang tersendiri.
Bila dah ada masalah itu, janganlah asyik nak buang masa terus fikirkan masalah itukan!

Apa kata, kita anggap setiap masalah itu bagai salah satu peluang yang hebat?

Macam mana pula ya?

Begini setiap masalah yang datang itu, terselit seribu rahmat yang kita tidak perasan langsung. Masa masalah itu, otak kita secara automatik fikirkan hanya sebagai satu beban yang sangat besar. Apa kata, bila ada sahaja satu masalah yang datang, kita setkan diminda kita, yang Allah itu sedang tunjukkan satu peluang yang sangat hebat dan pasti membawa seribu kerahmatan yang sangat besar dan sukar diluahkan denga setiap kata-kata yang ada.

Maka, mulai dari sekarang tidak perlulah kita habiskan masa fikirkan tentang masalah yang ada. Jadi teruskan berdoa moga dipermudahkan dan mohon ditunjukkan satu jalan penyelesaian yang sangat hebat dan terbaik.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday 15 September 2016

MASALAH BUAT KITA JADI TABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semakin banyak masalah, makin jadikan kita lebih kuat dan juga tabah.
Bukan senang nak hadap semua masalah itu kan. Tambah dengan keadaan persekitaran yang selalu berunsur negatif.

Maka akan bertambah serabutlah kepala kita asyik memikirkannya.
Alhamdulilah. Cubalah tenangkan diri sambil memohon kepada Allah yang maha esa. Segala masalah dan juga dugaan datang daripada Allah. Dan dengan izinnya jugalah semua masalah kita akan selesai satu persatu.

Betul kan?

Cubalah usahakan dan rasai sendiri perbezaannya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday 7 September 2016

BERDAMAILAH DENGAN HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Menghabiskan cuti selama dua hari bukanlah lama sangat sebenarnya. Tapi cukuplah mengambil masa untuk berfamai dengan hati atau senang cakap pujuk hati sendiri yang sedang dilanda keresahan ataupun macam tidak dihargai. Biasalah manusiakan. Tidak selalu sempurna dan ada masanya hati yang seteguh konkrit itu pun roboh juga.

Macam konkrit ke hati itu?

Alhamdulillah, selama ini memang ok. Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini bagai dicarik-carik pula hatinya. Yalah mana tidaknya bila asyik dengar cerita dan keluhan yang sama. Dah ada segala-galanya, tapi entah kenapa seakan tidak pernah puas. Seolah-olah semua rasa sayang dan juga pengorbanan seakan tidak ikhlas dan mengharapkan balasan darinya. Amboi, macam serius pulak ya entri kali ini.

Itulah hakikatnya manusia tidak sempurna dan tidak akan selalunya sempurna. Tujuan entri ini saya tulis bukanlah nak mengaibkan sesiapa. Semuanya hanyalah sedang berfikir dan tenangkan hati yang sedang kacau bilau. Atau senang cerita damaikan hati sendiri dengan siraman zikir dan juga kepada maha penciptanya. Mungkin Allah sedang nak uji kuat atau tidak hati saya itu.

Selalunya bila dah jadi macam ini, apa nak buat ya?

Apa lagi, berdoalah kepada Allah dan banyakkanlah berdoa. InshaAllah, esok atau lusa adalah jalan keluarnya itu. Ehemm, dah malam ini, nak rehat dulu dan juga nak berdoa lagi kepada Allah yang maha esa.

Wahai, hati damailah kau dengan segala doa dan juga zikir. Daripadanya asyik fikirkan salah orang, baik terus jr berdoa kepada yang maha penciptanya.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 6 September 2016

TIPS PAKAI MINYAK WANGI SUPAYA TAHAN LAMA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : ARRISA MIKHEAL
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Syukur atas rahmat yang Allah telah kurniakan. Sebenarnya baru beberapa hari je menggunakan si ARRISA ini.Tapi kesannya sangat memuaskan. Yalah dah tahan lama dan yang pasti wangian bebas daripada bahan-bahan yang membahayakan.

Yang kelakar dan lucunya, si ARRISA ini saya sudah menjadi rebutan anak-anak. Masing-masing sibuk nak senantiasa wangi dan juga segar.
Ini, saya nak kongsikan sedikit cara-cara pakai minyak wangi supaya tahan lebih lama. 
Inilah antara tips yang saya sering buat setiap kali mengenakan wangian yang baru.

Sebenarnya si ARRISA ini tidaklah mahal mana. Harganya pulak sangat berpatutan. Jika ada yang berkenaan, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik atau email sariah.awangsenik@gmail.com.
Lupa pulak nak beritahu, ARRISA MIKHEAL ini ada empat wangian yang sangat menarik. Antaranya ialah yang berwarna pink tu, namanya Freesia, yang purple ialah Impression, yang gold pulak namanya Lagend dan yang berwarna Silver ialah Desire.

Kalau nak tahu lebih lagi, jangan segan-segan call saya ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


BERTAHAN SELAGI MAMPU ATAU BERLALU SAHAJA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Syukur semua urusan dan rutin harian berjalan dengan lancar. Bukan mudah jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan juga ibu. Tapi itu bukanlah alasannya. Segala apa yang telah ditakdirkan, tidak akan sesekali saya kesal malah rasa sangat bersyukur. Bersyukur atas segala rahmat dan bersyukur kerana setiap dugaan yang datang tersirat hikmah yang besar disebaliknya. 

Berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, adakalanya amat menyesakkan. Kalau tidak sabar dan tidak kuat iman didada, kita mungkin cepat terasa hati. Walau hati itu dah kebal macam konkrit pun bukan lagi jaminannya. Ada masanya hati itu tersentuh juga. Mana tidaknya, setiap hari dan saat perkara yang sama berlaku.

Betullah orang kata, bukan mudah nak berhadapan dengan hamba-hamba Allah yang sedemikian. Sama ada bertahan dan bersabar dan tidak putus berdoa atau berlalu sahaja dari keadaan yang sedemikian. Itu adalah jalan terbaik demi menjaga kebaikan bersama.


Yang Benar
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...