Saturday 26 May 2018

SYURGA KECIL


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Patutnya kena masuk tidur awal, sebab nanti nak bangun sahur pulak. Tapi tulah, mengenangkan yang anak teruna keluar rumah untuk jumpa kekawannya, maka rasa tak aman damai pulak nak lelapkan mata ini. 

Baru saja tulis di posting fb tentang syurga kecil ini. Jujur agak lama juga saya hidup bersendirian. Tapi belumlah lagi sampai 10 tahun.
Apa pun walau sibuk gila macam mana pun, saya akan tetap usaha untuk habiskan masa bersama anak-anak tersayang. 
Kebetulan hari ini , si anak dara balik bercuti dari asrama dan abangnya ada habiskan cuti semester yang ada.

Hari ini walau hari mendung, dalam pukul 5 macam tu, turun pulak hujan dengan selebatnya.  
Syukurlah dengan turunnya rahmat Allah ke bumi ini, maknanya tak dapatlah anak-anak tersayang saya pergi ke bazaar Ramadan.

Terima kasihlah pada sang hujan yang lebat tu, telah beri saya idea untuk buat Murtabak Manggie. Sementara tunggu hujan reda sikit ni, sempat saya masak nasi, buat sambal telur dan sebagainya. Bila hujan dah reda tu, saya pun suruh anak bujang pergi ke kedai beli Maggie dan juga daun sup. Patutnya kena ada isi ayam, baru sedap. Tapi kenangkan masa yang dah pun pukul 6.30 petang, maka saya usaha jugaklah masak murtabak ni secepat yang boleh.

Bila semua bahan-bahan ini dah masak dan diadunkan, kenalah masak semuanya dalam kuali dan letaklah sedikit minyak. Api pulak tak boleh terlalu besar. Nanti jadi pulak murtabak rentung. 😀😀.

Hampir-hampir dah nak masuk waktu berbuka, maka Murtabak Maggie saya secara rasminya pun masaklah. Betul-betul pakai 2 bungkus maggie. Anak dara kata, patutnya saya letak kesemua perencah Maggie tu. Tapi saya hanya letak sebungkus saja. Apa pun jadi jugak walau last minit saya masak Murtabak Maggie nie. 

Dengan masak Tauchu Ikan Kerisik, Sambal Telur dan juga Murtabak Maggie, maka berbukalah kami 3 beranak. Tak delah lauk-pauk yang mewah-mewah sangat. Apa yang ada kat dalam peti sejuk tu semua saya jadikan lauk untuk berbuka. 

Masa bersama anak-anak inilah bagi saya sangat berharga. Macam emas. Emas tu pun ada nilainya. Cuma masa dengan anak-anak yang sedang nak membesar bagai johan ni yang tak akan berulang lagi. Dan dengan sebab itulah saya nekad untuk lupakan dulu kebahagiaan sendiri demi mereka berdua.

Lagipun ada banyak perkara lain yang perlu saya capai dan uruskan. Walau hanya sekadar satu syurga yang kecil dirumah tapi sangat bermakna dan bagi satu kepuasan pada diri seorang yang bergelar ibu tunggal. 

Alhamdulilah. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan perjalanan hidup yang Allah telah tentukan ini. 


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday 24 May 2018

SEMINGGU RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Sedar tak sedar dah seminggu 
kita berpuasa. Dan tak lama lagi berhari rayalah
kita, insha Allah.
Masa sebulan tu, bukanlah lama sangat pun.
Pejam celik dah sebulan.
Jadi, takkan tiap kali tiba bulan Ramadan kita ni asyik
nak buat benda yang sama.

Pasti kita nak lain ataupun sekurang-kurang nak buat
yang lebih terbaik dari bulan Ramadan tahun lepas.
Contohnya, nak perbanyakkan lagi amal ibadah, berzikir dan 
berselawat kepada Allah, baca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya.

Memang sebagai hamba Allah kita ni mana ada sempurna.
Maka jika ada apa saja kekurangan bermohon dululah
kepada Allah yang maha esa.
Mintak terus kepada Allah agar dikurniakan segala kemudahan untuk lakukan segala amal ibadah itu.

Ini, kita sombong sangat dengan Allah.
Tidak pernah secara bersungguh-sungguh dan seikhlas hati.
Allah tahu dan boleh baca segala isi hati kita walau kita menipu sekalipun.

Dah nak hampir pukul 5 pagi ini. Kalau dah mula tulis entri ini, memang payah gilalah nak stop jari-jemari ni menaip.
Saya berdoa agar sepanjang bulan Ramadan ini kita semua akan dikurniakan kemudahan dalam lakukan segala ibadah juga dianugerahkan rezeki yang melimpah-ruah dan tanpa henti-hentinya.
Aamiin Ya Mujib.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 8 May 2018

PILIHAN DAN HAK KITA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Hujan jugak petang ini.
Patutlah tadi panas teriknya semacam.
Rupanya nak hujan.
Syukurlah hujan dah turun.
Jadi taklah terasa panas hangat sangat.

Almaklumlah!! 
Sekarang bahang PRU makin terasa.
Sana-sini orang sibuk bercerita kisah tentang 
parti politik ni.
Hatta uncle tandas tu dan makcik-makcik bawang 
sibuklah membawang sesama sendiri.
Kalau dengar, rasa bangga jugak.
Mana taknya, tak sangka mereka lebih hebat
bercerita tentang semua parti politik yang ada kat Malaysia ini.

Maknanya itu satu perkembangan yang sangat bagus.
Walaupun kerja mereka hanya tentang tandas dan kekotoran
tapi mereka lebih tahu bezakan apa yang baik dan sebaliknya.

Rakyat Malaysia kalau nak diikutkan sangat bertuah.
Setiap lima tahun gunakan hak yang diberi untuk membuat pilihan untuk
tentukan siapa yang akan memerintah negara Malaysia ini.

Hak dan pilihan yang ada eloklah dihargai dan dijaga dengan baik.
Jangan pandang ringan akan semua tu.
Cubalah ingat macam mana susahnya nak dapatkan
sebuah kemerdekaan.


Betapa ramai nyawa yang dah terkorban ketika zaman 
penjajah dahulu.

Amboi!! Rasa semangat patriotik pulak.
Tengoklah sahaja negara-negara lain.
Contoh, Syria dan juga Palestin yang hampir berdekad lamanya berjuang untuk dapatkan satu kemerdekaan.

Jangan nanti kita hilang hak dan pilihan tu sudahlah ya.
Maka walau susah mana sekalipun usahalah untuk keluar mengundi.
Tunjukkan contoh yang baik kepada anak generasi zaman siber ni.
Jika kita tak hargai, siapalah yang bertanggungjawab kepada negara tercinta Malaysia ini.

Insha Allah, esok saya akan mengundi di Nilai Negeri Sembilan.
Patutnya saya kena tukar alamat.
Tapi dek terlalu sibuk kalah Pm Najib, maka saya terlepas pandang tentang semua itu.
Dah habis mengundi nanti barulah saya tukar alamat ke tempat sekarang.

Buat semua para pengundi tidak kiralah mengundi ditempat jauh atau dekat, buatlah pilihan dan gunakan hak yang diberi sebaik-baiknya.
Kalau kita yang berbilang bangsa boleh duduk berdamai sesama sendiri sejak berkurun lamanya, kenapa kita nak hancurkan semua tu, hanya sebab berbeza parti politik.

Jangan benarkan anasir-anasir jahat sibuk merasuk dan mengoda jiwa dan keimanan kita.
Ada baiknya kita renungkan kembali akan sukarnya untuk 
mendapatkan satu kemerdekaan.
Jom kita sedekahkan Al-Fatihah buat negara yang bertuah ini Malaysia.
Al-Fatihah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...