Tuesday 8 May 2018

PILIHAN DAN HAK KITA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Hujan jugak petang ini.
Patutlah tadi panas teriknya semacam.
Rupanya nak hujan.
Syukurlah hujan dah turun.
Jadi taklah terasa panas hangat sangat.

Almaklumlah!! 
Sekarang bahang PRU makin terasa.
Sana-sini orang sibuk bercerita kisah tentang 
parti politik ni.
Hatta uncle tandas tu dan makcik-makcik bawang 
sibuklah membawang sesama sendiri.
Kalau dengar, rasa bangga jugak.
Mana taknya, tak sangka mereka lebih hebat
bercerita tentang semua parti politik yang ada kat Malaysia ini.

Maknanya itu satu perkembangan yang sangat bagus.
Walaupun kerja mereka hanya tentang tandas dan kekotoran
tapi mereka lebih tahu bezakan apa yang baik dan sebaliknya.

Rakyat Malaysia kalau nak diikutkan sangat bertuah.
Setiap lima tahun gunakan hak yang diberi untuk membuat pilihan untuk
tentukan siapa yang akan memerintah negara Malaysia ini.

Hak dan pilihan yang ada eloklah dihargai dan dijaga dengan baik.
Jangan pandang ringan akan semua tu.
Cubalah ingat macam mana susahnya nak dapatkan
sebuah kemerdekaan.


Betapa ramai nyawa yang dah terkorban ketika zaman 
penjajah dahulu.

Amboi!! Rasa semangat patriotik pulak.
Tengoklah sahaja negara-negara lain.
Contoh, Syria dan juga Palestin yang hampir berdekad lamanya berjuang untuk dapatkan satu kemerdekaan.

Jangan nanti kita hilang hak dan pilihan tu sudahlah ya.
Maka walau susah mana sekalipun usahalah untuk keluar mengundi.
Tunjukkan contoh yang baik kepada anak generasi zaman siber ni.
Jika kita tak hargai, siapalah yang bertanggungjawab kepada negara tercinta Malaysia ini.

Insha Allah, esok saya akan mengundi di Nilai Negeri Sembilan.
Patutnya saya kena tukar alamat.
Tapi dek terlalu sibuk kalah Pm Najib, maka saya terlepas pandang tentang semua itu.
Dah habis mengundi nanti barulah saya tukar alamat ke tempat sekarang.

Buat semua para pengundi tidak kiralah mengundi ditempat jauh atau dekat, buatlah pilihan dan gunakan hak yang diberi sebaik-baiknya.
Kalau kita yang berbilang bangsa boleh duduk berdamai sesama sendiri sejak berkurun lamanya, kenapa kita nak hancurkan semua tu, hanya sebab berbeza parti politik.

Jangan benarkan anasir-anasir jahat sibuk merasuk dan mengoda jiwa dan keimanan kita.
Ada baiknya kita renungkan kembali akan sukarnya untuk 
mendapatkan satu kemerdekaan.
Jom kita sedekahkan Al-Fatihah buat negara yang bertuah ini Malaysia.
Al-Fatihah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...