Monday, 6 December 2021

KOPI KEHIDUPAN





 

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Alhamdulilah hari ini memulakan rutin pekerjaan seperti biasa. Hari ke 2 selepas mendapat suntikan dos penggalak. Masih berasa lenguh, tetapi lengan agak ringan sedikit dan boleh melakukan kerja-kerja ringan seperti biasa.

Cepat masa berlalu. Hari ini  adalah hari yang ke 3 dalam bulan Disember 2021. Bermakna tahun 2021 bakal berakhir hanya beberapa minggu sahaja. Bersyukur apa yang Allah aturka, tidak kira ujian dan juga rahmat-Nya. Yang pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Kebiasaannya pada hari Jumaat ini, pelanggan agak ramai yang singgah berhenti berehat di hentian rehat dan rawat. Memandangkan sudah hampir penghujung tahun dan semenjak rentas negeri dibenarkan, maka hentian rehat ini tidak pernah sunyi daripada pengunjungnya. Maka, banyaklah barang-barang dan juga stok diperlukan bagi persediaan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Melihat orang ramai yang berduyung-duyung dengan tujuan masing-masing, terfikir, adakah mereka tidak berasa takut akan kedatangan varian yang baru ini. Namun tetap memujuk hati dan minda ini untuk selalu berfikir positif.

Kemungkinan mereka terpaksa keluar dan ada hal penting yang perlu diselesaikan.

Dari jauh, diri ini hanya memerhatikan saja segala apa yang berlaku, sambil tidak berhenti berdoa agar dilindungi dari jangkitan wabak penyakit ini. 

Ada yang berdisplin mematuhi sop dan tidak kurang juga yang culas dan memberikan pelbagai alasan.

Sebagai salah seorang pekerja di sebuah hentian rehat dan rawat ini, hanya mampu berusaha apa yang termampu.

Terlihat salah seorang pelanggan memesan air kopi, aromanya hampir mengoda hati dan juga jiwa ini. Secara jujurnya tidak gemar meminum air kopi, tetapi suka akan harumannya yang mengasyikkan.

Seumpama kehidupan ini. Walau sesekali disapa dengan ujian tetap setia dan gigih untuk mengharungi apa jua cabaran yang mendatang. Sakit dan memeritkan namun tidak pernah membuatkan diri serik untuk berhadapan dengan segala ujian.

Kopi walau pahit tetap ada pengemarnya yang tersendiri.

Begitulah kehidupan ini. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasi segala ujian. Dan ujian itulah yang mendewasakan diri seseorang. Orang semakin ramai singgah di hentian rehat ini. Masuk sahaja waktu petang, makin meriah dan hujan turun menyerikan lagi suasana pada petang Jumaat ini.

Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan berehatlah secukupnya sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.


Sekian

Thursday, 2 December 2021

DUGAAN HADIR, MAKA ADA RAHMAT ALLAH TERSEMBUNYI

 

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber ; Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Dugaan hadir lagi. Memang seksa dan amat melelahkan. Bermacam perasaan yang hadir. Berasa diri insan yang paling malang dan berdosa. Semua perasaan itu adalah perkara biasa. Ujian yang menyapa, adalah teguran kasih sayang daripada Allah yang maha esa. Semua orang tidak terlepas dari ujian Allah. Dan ingatlah ujian itu, adalah tanda tuhan tidak mahu kita terus terleka dalam dunia yang tersendiri.

Sejak beberapa minggu yang lepas diuji dengan satu masalah. Masalah yang melibatkan maruah dan juga pendirian diri ini. Ketika itu sudah berusaha yang terbaik untuk selesaikannya. Tetapi tetap menemui jalan buntu. Merayu dan lebih gemar mengakui kesilapan sendiri dengan harapan pihak yang satu lagi memahami. 

Namun kita hanya merancang dan tuhan jualah yang menentukan segalanya. Keputusan yang tidak disangka-sangka diambil. Berserah sebulatnya kepada maha pencipta. Mengakui kekhilafan diri dan bertaubat dan berusaha menghindarkan diri dari melakukan segala noda.

Sungguh ajaib kuasa Allah.

Saat itulah pelbagai rahmat datang tanpa disangka-sangka. Allah gerakkan hati manusia untuk membeli buku dan yang terbaru ada hamba Allah yang berminat untuk membeli segala artikel yang dikongsikan di laman muka buku. Cantik aturan Allah. Sekali pun hati ini amat menyukai dan selesa dengan keadaan sekarang, rupanya Allah punya rancangan yang lebih baik.

Maka lapangkan hati dan minda ini, menerima setiap apa yang dihidangkan. Ketika dilanda ujian itu, memang diri agak kemurungan. Lebih suka menghabiskan masa dengan tidur dan hanya mahu berbaring sahaja.

Saat itulah terlihat wajah anak-anak yang tetap tabah menghadapi apa jua dugaan.

Lantas terus bangkit dan berhadapan dengan apa jua cabaran, sambil tidak pernah berhenti berdoa dan juga berusaha. Berkat dari semua ujian itulah, rupanya terlalu banyak rahmat yang Allah hidangkan. Nikmat yang paling bahagia, apabila hikmat yang tersembunyi disebalik semua ujian yang mendatang.

Kini semakin yakin mendepani ujian dan juga cabaran. Berjanji kepada diri sendiri agar tidak lemah dan bersedih saat ujian hadir untuk menguji kekuatan keimanan ini. Membersihkan hati dari apa saja prasangka dan tidak membalas segala apa yang dilakukan oleh insan yang hadir dalam perjalanan hidup ini.

Ketika ini, sepatutnya sedang menyiapkan satu manuskrip antologi dan juga buku solo.

Harapannya semoga penulisan untuk kedua projek ini berjalan lancar, dapat memberikan manfaat sekaligus pihak editor tertarik dengan isu yang sedang cuba disampaikan.



Lihatlah pemandangan yang indah ini. Walau nampak semakin gelap, namun tetap punya keunikan yang tersendiri. Dan begitulah juga perjalanan kehidupan ini. Perahu yang berlayar disetiap perhentian pasti akan ada dugaan yang tersendiri.

Manusia sebolehnya tidak terlalu terbuai dengan kesedihan akibat dari masalah yang dihadapinya. Sebaliknya jika ingin bersedih, jangan terlalu lama dan berusahalah untuk terus bersemangat mengorak langkah walau perjalanan dihadapan penuh liku dan berduri.

Haruslah ingat, dunia bukanlah tempat rehat yang paling baik.
Memang harus lalui pelbagai ujian dan juga cabaran supaya Allah dapat melihat hamba-hambanya sama ada beriman ataupun sebaliknya.

Dugaan hadir tanda Allah sayang akan diri kita dan mahu berada di landasan yang sepatutnya.
Insya-Allah.


Sekian

 


Sunday, 31 October 2021

JANGAN MENGALAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Dugaan menyapa lagi. Terasa hilang kata dan juga semangat yang ada. Dalam celik rupanya leher semakin terjerat.

Tidak mampu berkata apa, hanya ucapan ' Alhamdulillah' dan juga insya-Allah. Itulah sahaja kalimah yang mampu membangkitkan kekuatan dalaman. 

Hati makin terjerut kesedihan juga kekecewaan. Dengan mulut manis manusia merayu demi ikhsan dan bangsa. 

Yang dituntut agama dan tuhan dibiarkan sepi dan sunyi begitu sahaja. 

Demi segunung emas dan nafsu, semua diabaikan demi kepuasan diri.
Allahuakbar. Sesungguhnya diri ini makin risau akan segalanya. 

Apakah bala bencana dan wabak yang melanda baru-baru ini tidak menginsafkan umat manusia?

Mengapa masih serakah dan melahap segenap ruang kemanusiaan? 
Menindas golongan yang tidak berdaya dengan diumpan kata dan janji manis.

Entahlah manusia sememangnya mudah lupa dan dunia ini bukanlah tempat terbaik untuk bersenang-lenang. 

Dunia bagaikan sebuah dewan peperiksaan. Setiap hari bakal dibentangkan dengan kertas soalan yang pelbagai rupa.

Soalannya langsung tiada dalam matapelajaran kehidupan dan juga rutin hariannya. Barangkali soalan yang sama, mungkin juga kau tidak pernah alami dan tidak kurang juga soalan yang meragut seluruh jiwa dan mengubah kehidupan yang tersedia ada.

Hati ini makin sayu dan adakalanya lemah.
Mencari seluruh kekuatan untuk terus bertahan dan tersenyum.

Dari rancaknya jari-jemari menari menukang askara, menyusun kata dengan harapan resah terlerai dan lenyap tanpa sesisa.


Sekian 
Sariah Awang Senik

Monday, 25 October 2021

BUKU ANTOLOGI LEGASI ABAH, LELAKI HIMPUNAN SETIA.

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Setelah hampir beberapa bulan belajar di UnIKH yang diketuai oleh Puan Sri Diah Shaharuddin secara dalam talian, maka siaplah buku kisah hidup Legasi Abah, Lelaki Himpunan Setia.

Naskah ini sangat bermakna sebagai salah satu hadiah istimewa buat abah yang telah banyak berkorban dan juga bersusah demi kami sekeluarga.

Harapannya abah suka dengan hasil askara tentang abah dan juga arwah emak. Seramai 33 orang penulis pemula dan juga penulis lama bergabung tenaga menghasilkan kisah sosok keramat dalam kehidupan masing-masing.

Harga buku ini berharga RM30 dan wajib dimiliki oleh semua bakal ayah dan juga setiap keluarga yang berada di negara ini.
Ingin tahu, apakah keistimewaan kisah-kisah abah yang berada dalam buku Lelaki Himpunan Setia ini, bolehlah terus berhubung pada link yang berkenaan.www.wasap.my/60194075634/LelakiHimpunanSetia

Banyak kisah dan pengajaran tersendiri dalam buku Lelaki Himpunan Setia ini. Setiap coretan yang dikongsikan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.


Sekian
Sariah Awang Senik

RAIKAN APA ADANYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Ya, setiap perjalanan di dunia ini bukan mudah. Ada saja cabarannya yang tersendiri. Ketika dilanda ombak sesekali akan terusik jua. Namun tetap ingat bahawa dunia maha sementara dan diakhirat jugalah tempat yang terakhir.


Untuk mencapai satu kejayaan, kita harus bersiap sedia dengan apa saja kegagalan. Dari kegagalan yang kita tempuhi, janganlah cepat berputus-asa untuk berusaha dan bangkit kembali.

Belajarlah dari satu kesilapan dan berusahalah untuk perbaiki kesilapan yang ada. Jika masih lagi menemui kegagalan, jangan lelah untuk terus bangkit dan berjuang lagi.

Berdoa juga kepada Allah agar merestui setiap perjalanan dan rancangan yang bakal dilakukan nanti.

Insya-Allah, satu ketika ini akan berjaya jua satu hari nanti.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Sekian
Sariah Awang Senik


Wednesday, 20 October 2021

PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Beberapa bulan lagi, maka berakhirlah tahun 2021. Sudah hampir dua tahun virus Covid-19 mendiami bumi Malaysia. Banyak keluarga yang telah kehilangan insan tersayang akibat dari virus yang sangat merbahaya.

Namun seperit makan ujian yang kita harungi, kehidupan harus diteruskan seperti biasa. Umpama secawan kopi walau pahit tetap ada kemanisan yang tersendiri.

Disebalik hitam warna air kopi, masih mempunyai daya tarikan tersendiri dan ada sesetengahnya menjadikan satu kemestian meminum kopi sebagai salah satu terapi.

Kehidupan yang kita jalani setiap hari tidak jauh bezanya dengan air kopi. Rasa pahit yang menggunung warnanya yang hitam itu ada terselit keindahan dan aura dari aroma kopi yang memikat hati pengemar minum kopi.

Berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup membuatkan menjadi lebih berhati-hati mendepani semua permasalahan.

Ujian yang hadir bukanlah melemahkan diru seseorang, tetapi menjadi satu anjakan agar terus bersemangat dan tidak cepat mengalah dengan apa saja cabaran yang dihidangkan dari Allah yang maha esa.

Semoga terus bersemangat dan dapatkan aura yang lebih positif setiap hari walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pahit maung kehidupan.


Sekian
Sariah Awang Senik

Friday, 15 October 2021

BERAKHIRLAH SEBUAH PENANTIAN


 



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Koleksi Facebook
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Satu pengalaman yang sangat indah dan bermakna. Bergelar seorang siswa di Universiti Inspirasi Kisah Hidup secara dalam talian adalah satu alternatif baru untuk belajar dengan lanjut lagi mengenai dunia penulisan. Hari berakhirlah semester 1 sebagai salah seorang pelajar di UnIKH Semester 1 dibawah rektornya Puan Sri Diah Shaharuddin.

Belajar menulis dengan betul dan juga cara-cara mempromosikan buku sendiri. Selain dapat belajar tentang ilmu penulisan, diberi peluang juga untuk menghasilkan sebuah antologi kisah hidup yang bertemakan Abah. 

Temanya pula sangat dekat dihati ini, memandangkan kerinduan kepada abah memuncak akibat pandemik yang melanda negara pada penghujung tahun 2020. Syukur juga dapat berkenalan dan menjalinkan ikatan persahabatan dengan Puan Marwani Ridzuan selaku ketua kumpulan LA12.

Bertemakan Lelaki Himpunan Setia, berusaha menulis kisah abah yang gigih menjaga arwah emak yang menghidap penyakit kanser payudara dan abah tetap setia menjaga arwah emak sehinggalah ke akhirnya.

Berpeluang juga mengenali rakan-rakan penulis yang dari dari LA1 hinggalah kepada kumpulan LA12.
Paling tidak dilupa pertama kali bercakap secara live bersama dengan rakan penulis dari LA1 dan beberapa LA yang lain.

Semua ini membantu meningkatkan keyakinan dan juga memberi satu pengalaman yang baru.
Malam ini secara rasminya, terlancarlah sudah buku kisah hidup Legasi Abah dari LA1 hinggalah ke LA12.

Banyak acara yang menarik sambil diserikan lagi dengan kehadiran penulis tamu dari seperti ustaz Asraf, Dr shukri Abdullah dan juga ustazah Muzayyanah. Semua ilmu yang dikongsukan sangat bermakna dan memberi satu keinsafan dan juga sangat bermanfaat yang boleh dipratikkan terus dalam kehidupan seharian.

Jika ada yang berminat hendak buku Legasi Abah, Lelaki Himpunan Setia ini, bolehlah dapatkan terus dari link wasap yang berkenaan.www.wasap.my/60194075634/LelakiHimpunanSetia

Dalam buku terdapat seramai 33 orang pengkarya yang terdiri dari latar belakang yang berbeza. Ada yang dari golongan profesional dan tidak kurang juga dari kalangan orang biasa. Kisah yang dikongsikan sangat menarik dan juga daya tarikan yang tersendiri.

Setiap kisah dapat dijadikan contoh dan juga semangat dalam menjalani kehidupan seharian yang sangat mencabar terutama ketika berhadapan dengan perang virus C19.

Semoga yang bakal membaca buku Lelaki Himpunan Setia dapat lebih menghargai susuk keramat seorang yang bergelar abah, walid, papa, ayah dan juga apa sahaja panggilan yang sangat bermakna bagi kehidupan seorang yang bergelar anak.


Sekian







Tuesday, 5 October 2021

KITA PERNAH BERADA DI TEMPAT YANG SAMA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Pinterest
 https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Satu masa dahulu, kita pernah berada di tempat yang sama. Mengharungi segala kepahitan dan menebalkan muka memohon pertolongan. Namun untuk meminta pertolongan bagaikan nyawa berpisah daripada badan. Dan tidak semua orang yang susah itu, suka untuk ke sana dan ke sini memohon pertolongan. Jika tidak terdesak, mereka tidak sewenang-wenangnya berbuat demikian.

Jika hari ini, kita direzekikan oleh Allah untuk hidup senang, janganlah cepat mendabik dada. Kerana rezeki yang ada bukan, hak mutlak seseorang hamba Allah. Semuanya hanya sebagai salah satu pinjaman dari tuhan yang maha esa.

Ramai insan yang hidup susah ini, bukanlah pilihan mereka sedari awal lagi. Senatiasa ada saja cabaran yang datang bertandang sebagai ingatan buat diri kita yang selalu lemah dan tidak berdaya.
Ada sebab mengapa Allah aturkan kehidupan mereka sedemikian rupa. Semuanya untuk mendidik diri manusia, agar tidak leka dan berpegang teguh kepada Allah yang maha esa.

Dalam menyantuni orang-orang yang hidupnya susah, berhati-hatilah dalam meluahkan kata-kata. Bimbang dalam keghairahan untuk membantu kita telah membuatkan hati mereka tersinggung dalam meluahkan apa yang kita rasa.

Itulah dosa tanpa sedar yang kita selalukan.
 Melihat orang lain sedang dalam kesusahan, rupanya bahang ujian itu tempiasnya juga datang kepada diri kita.

Berfikirlah dengan bijak.
Mereka juga sudah berusaha yang terbaik, hanya rezekinya masih belum sampai kepada diri mereka.
Memang kehidupan kita sudah selesa, tetapi janganlah kita asyik hendak menjalankan kerja Allah dengan menghukum diri insan yang tidak berdaya.

Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan diri kita dan dalam masa yang sama berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday, 19 September 2021

GIGIH PERBAIKI KEHIDUPAN

Teks ; Sariah Awang Senik

Sumber : Pinterest

 https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Syukurlah Allah masih izinkan diri ini untuk bernafas lagi. Sejak dua, tiga hari ini, diuji dengan pening dan juga sakit lutut. Entah apa yang tidak kena, masih kurang pasti. Mungkin salah makan, kurang rehat atau pun terkena hujan yang lebat semasa pulang daripada kerja tempoh hari.

Kemungkinan juga kesan vaksin Sinovac yang sudah tertanam dalam badan telah bertindak balas dengan sistem imun tubuh. Apa pun hanya berdoa agar Allah mudahkan dan jauhkan diri ini dari segala penyakit yang berbahaya.

Hari ini juga anak dara bakal mendapat vaksin pertama di sekolahnya. Syukur jugalah ada abangnya yang boleh menghantarnya ke sekolah untuk mendapatkan vaskin tersebut. Melihat mereka dua beradik, tidak pernah putus berdoa agar keduanya dapat bantu membantu sesama sendiri. 


Dalam usia sekarang, lebih fokuskan kepada diri, anak-anak dan juga keluarga tersayang; Banyak perkara yang mesti dilakukan sebagai persiapan untuk kembali pulang ke pangkuan Allah yang maha esa. Bukan mudah juga untuk melakukan satu penghijrahan untuk ke arah yang lebih baik. Dugaan selalu datang menjenguk. Ujian untuk melihat sejauh mana ikhlasnya untuk berubah.

Dahulu, banyak perkara yang terlepas pandang. Selalu mengambil ringan akan sesuatu hal. Kini hanya mahu lebih fokus dan tidak mahu membuang masa yang ada. Dalam keadaan pandemik yang masih belum reda ini, masa semakin singkat.

Kepada Allah berdoa agar dikurniakan rasa istiqamah yang tinggi supaya tidak kalah dengan kepenatan dan juga ujian yang hadir setiap hari.


Sekian Terima Kasih

Sariah Awang Senik



 

Tuesday, 7 September 2021

TERUSLAH MELANGKAH DAN JANGAN PERNAH MENGALAH

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/



Hari ini berehat sebentar dari pekerjaan utama. Cadangnya hendak bercuti hari Sabtu ini. Namun disebabkan kelas online dibatalkan maka berehatlah sehari hari ini. Ada beberapa manuskrip yang perlu diolah sebaik yang mungkin.

Jujurnya banyak kerja penulisan yang perlu disiapkan secepat yang mungkin. Projek buku solo di bawah Hamare Group juga beberapa projek antologi. Menyerap semangat semua jemaah KaratekidsWriters, aku tidak boleh mengalah begitu sahaja. Kak Kyra selaku admin dalam kumpulan itu, begitu bersemangat setiap hari berjuang dengan penyakit kansernya.

Dia menerima aku dalam kumpulan aku tanpa mengira latar belakang pendidikan dan juga pekerjaan, Jika diikutkan rasanya diri ini sahajalah yang bekerja biasa dan tidak dari golongan profesional.

Apa pun cabarannya, tidak boleh mengalah begitu sahaja.

Perjuangan ini harus diteruskan sehinggalah berjaya sampai ke kemuncaknya.

Ada sebabnya mengapa Allah aturkan kehidupan sedemikian. Mungkin salah satu sebabnya adalah untuk kembali mencapai cita-cita yang pernah tercicir satu masa dahulu.

Kepada Allah memohon restu agar perjalanan ini diredhai dan dimudahkan segala ujian yang mendatang.


Sekian Terima Kasih

Sariah


Thursday, 2 September 2021

TENANGLAH DAN TERUSLAH BERJUANG

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Hari sudah pun 2 September. Tidak lama hari jadi anak teruna pun bakal menjelang. Sementara ibunya masih sibuk menaip dan menyiapkan segala manuskrip yang tertangguh.

Banyak perkara yang berlaku dalam negara hari ini. Selain kes pandemik yang masih tiada kurangnya, kisah seorang wanita hamil di Palestine yang dipenjarakan oleh rejim zionis sungguh membuatkan diri ini berasa sedih. Tega dan langsung tiada perikemanusia rejim Israel yang membiarkan seorang wanita bersalin dalam penjara yang kotor dan langsung tidak mempunyai segala kelengkapan.

Tambah memyedihkan lagi, bayi wanita tersebut bakal dipisahkan oleh ibunya.

Allahukhbar. Besar sungguh ujian wanita dan bayinya itu. Tidak dapat bayangkan kalau perkara tersebut berlaku kepada saudara ataupun rakan-rakan yang kita kenali. 

Dalam masa yang masa, marilah kita berdoa agar Allah kurniakan kemudahan buat wanita tersebut untuk melahirkan anaknya, biarpun tiada sesiapa yang membantu di dalam penjara tersebut.

Dari sisi yang lain, berkenaan dengan atlit paralimpik negara yang meraih pingat perak dalam sukan sea yang sedang berlangsung di Jepun.

Latar belakang athlet Wei Lun, sangat. Ditinggalkan oleh ibunya di rumah kebajikan ketika berumur 9 tahun dan kemudiannya dibela oleh datuknya.

Dan walaupun bergelar seorang oku, beliau mencipta sejarah tersendiri untuk negara tercinta.

Syabas buat dirinya yang membuktikan kepada dunia bahawa cacat bukanlah halangan untuk mencapai sebuah kejayaan.


Sekian Terima Kasih






APA KHABAR HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Allahuakbar. Itulah yang nak dijaga. Seketul daging yang berada dalam tubuh ini. Tersasar sedikit, bisa mengundang dan menambah dosa yang tersedia ada.

Ada beberapa yang menghasut diri ini. Namun segigih mungkin berusaha menepisnya agar lebih berhati-hati. 

Melihat mereka terbit sedikit cemburu. Namun bukan cemburu pada bakat yang dimiliki tetapi siapa yang meminpin dan juga mengajar mereka.

Salah satu susuk yang terkenal dengan buku-buku dakwah santai yang tulisannya penuh dengan perkongsian tersendiri. 

Sedari awal, sudah tahu akan perancangan yang besar itu. Tetapi disaat akhir tidak dapat membayar penuh yuran, akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Mulanya sedih dan kecewa.
Tetapi itulah ketentuan Allah. Harus utamakan apa yang utama terlebih dahulu.
Dan sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang tersirat dalam hati ini.

Hatta sebesar zarah kebencian pun, tuhan dapat menghidu, inikan lagi perkara yang terangan lebih buruk lagi.

Maka terpulanglah kepada hati ini, bagaimana untuk tenangkan dan fikir hanya yang baik-baik sahaja. Pilihan tetap ada, walau hati berbolak-balik.

Mudah mengikut rasa hati, tetapi berasa jiwa akan mati jika terlalu mendengar kata hati.

Begitulah sukarnya menjaga hati sendiri.
Lebih sulit menjaganya dari hati orang lain.

Harapannya, agar diri tidak menjadi seorang manusia yang terlalu tamak dan dengki. Kerana rezeki setiap manusia tidak sama.

Hari ini, mungkin kurang.
Esok pasti Allah kurniakan yang lebih baik.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday, 25 August 2021

RAIKAN DAN HADAPI APA SAJA

Teks: Sariah Awang Senik

Sumber: Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Hai. Memang seronok begini. Cuti sambil boleh menulis, membaca dan dalam masa yang sama siapkan segala urusan rumahtangga. Nikmat Allah mana lagi yang hendak didustai. Sambil menaip entri blog ini, aku dengar sekali lagu BTS dan aku sedar, diri tidaklah muda mana. Bukan aku lupa diri, tapi sesekali aku perlu lakukan sesuatu yang agak luar biasa.

Mendengarnya sambil dapat menulis entri ini umpama diari kesayangan aku. Sekejap lagi aku nak masuk gua sekejap sebab nak siapkan beberapa manuskrip yang tertangguh. Harapannya agar semuanya berjalan dengan lancar dan dimudahkan oleh Allah.

Ketika pandemik sedang melanda negara ini, banyak perkara yang berlaku dan menyedarkan diri sendiri. Bahawa kehidupan maha singkat dan patut lebih menghargai segala apa yang berada dihadapan ini. Usah terlalu fikirkan perkara yang diluar jangkaan. Usahakan sebaik yang mungkin, agar kehidupan yang dilalui lebih bermakna dan indah.

Ya. Aku juga sering dilanda pelbagai masalah. Dan tidak perlulah aku memberitahu satu dunia akan masalah yang sedang dihadapi sekarang. Tuhan selalu ada, dan pada dialah aku berharap dan juga terus berdoa. Perkara utama yang aku mesti lakukan adalah berhadapan dengan masalah tersebut dan cari jalan untuk selesaikannya secepat yang mungkin.

Ketika sedang menaip entri ini, tajuk pun belum sempat aku fikirkan lagi. Hanya mengikut gerak jari-jemari dan juga hati sendiri. Lagipun sudah agak lama aku tak sumbangkan apa-apa entri dalam blog kesayangan aku ini.

Terfikir juga nak masak apa sempena hidangan tengahari nanti.

Anak dara pula, masih ada kelas Pdpr yang belum habis lagi. Nak order foodpanda, macam dah jemu sangat. Terbayang nak masak nasi gorang sahaja yang simple dan cepat.

Boring dengar lagu Kpop, terus aku pasang lagu Whitney Houston. Lagu-lagu lama beliau mengimbas kembali zaman sekolah dahulu. Bersama dengan rakan-rakanku, banyak memori indah. Suka duka tetap bersama. Kena denda, ponteng sekolah dan sebagainya. Namun nakal macam mana pun, tetap ada batasannya. Dan jangan sesekali bersifat kurang ajar terhadap orang yang lebih tua. Hormati emak dan juga abah. 

Biar pun punya pandangan berbeza, tetapi jangan sesekali melawan cakap emak dan juga abah. Tergolong dalam kalangan anak yang agak degil, bukanlah alasan aku hendak menjadi seorang anak yang kurang ajar. Pernah dirotan, semuanya itu aku dah lalui.

Syukur sangat anak-anak tiada yang mewarisi sifat kedegilan aku ini. Degil untuk perkara yang mengarahkan kebaikan tidak mengapa lagi. Tetapi jika yang kurang baik, berusahalah untuk menghindarkannya.

Ingat hendak menaip secara ringkas saja. Tiba terlanjur pula menaip panjang.

Tak mengapalah.

Sesekali menulis panjang. Bukan selalu. Teruskan saja menulis, asalkan perkara kebaikan.

Tidak perlu asyik cerita tentang keburukan dan juga keaiban orang lain. Sedangkan diri sendiri pun berdozen dosanya. 

Baiklah dah masuk waktu Zohor. Solat dahulu dan sekejap lagi bolehlah sambung menaip apa yang patut.


Sekian Terima Kasih







Tuesday, 13 July 2021

JANGAN BERPUTUS ASA

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Masih meneruskan segala cita-cita. Tidak akan pernah berputus asa. Dan tak akan sesekali menyerah kalah. Walau diri ini, terlalu banyak kekurangannya, namun teruskan  jua segala impian yang tertinggal ini. Allah sudah aturkan jalan yang terbaik buat diri untuk menyampai segala impian yang tertinggal satu masa dahulu. 

Dalam umur yang semakin meningkat ini, dan sebagai persediaan hidup sendiri satu hari nanti, juga ketika anak-anak sudah ada kehidupan sendiri, maka diri ini tidaklah terlalu terbeban perasaan kerinduan kepada anak-anak yang tersayang.

Membayangkan anak-anak sudah dewasa, ada pekerjaan yang bagus, rajin berbuat kebajikan serta tidak meninggalkan apa yang Allah suruh, titik temu itulah satu kebahagiaan buat seorang ibu yang bernama Sariah Awang Senik ini.

Meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang penulis yang bagus serta sampai ke hati para pembacanya, bukanlah satu perkara yang mudah. Perlu banyak berusaha dan belajar seberapa banyak ilmu.

Dan senantiasa pasakkan di minda ini agar tidak cepat berputus-asa walaupun dihidangkan dengan pelbagai masalah yang ada. Yang penting, sungguhpun usaha yang dilakukan tidaklah terlalu drastik, namun yang penting, adalah istiqamah dalam mencapai sesuatu impian.


Sekian

Sariah Awang Senik



Monday, 12 July 2021

TERUSLAH MELANGKAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Sebagaimana anak kecil yang tidak pernah lelah melangkah, semangat itulah yang patut ada dalam diri seorang dewasa.

Perhatikan anak kecil dalam gambar ini?

Walau terpalit segala kekotoran, dia langsir tidak menghiraukan, malah terus menyusun strategi untuk menoraikan dunia luar.

Anak kecil yang terpana dengan keunikan dunia, terus saja menyusun langkah tanpa lelah.

Dan kini seorang yang bernama dewasa makin lemah longlai untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Bukan kaleng-kaleng, dugaan menyapa malah bertalu-talu hingga membuatnya kalah dengan semua ujian.

Namun dewasa lupa untuk bangkit berjuang kembali. Menyerah kalah sebelum berjuang hingga titisan terakhir.

Sesekali renungkanlah perjuangan anak kecil ini. Dia tetap gigih bangkit untuk terus melangkah sehingga kelak mampu berlari dan terokai dunia yan maha indah ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday, 26 June 2021

BERCUTI YANG TAK MACAM CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Bercuti hanya semata hendak belajar secara dalam talian. Sedar diri ini terlalu banyak kekurangannya. Maka jika dimulakan dari sekarang, bila lagi?

Umur sudah semakin bertambah.
Beberapa tahun lagi sudah pun berumur 50 tahun.

Sejak kebelakangan ini sibuk menyiapkan beberapa projek antologi puisi. Berdoa juga agar Allah kurniakan ilham supaya dapat menyiapkan sebaik yang mungkin. Tidak mahu hanya setakat siapkannya, tetapi tiada roh dalam puisi tersebut.

Siang tadi mengikuti kursus penulisan dalam talian bersama dengan penulis terkenal puan Nisah Haron. Beliau banyak  menulis novel, cerpen dan juga buku travelog.

Menurut beliau banyakkan membaca pelbagai jenis genre supaya kita tidak terlalu fokus kepada satu bentuk penulisan sahaja.


Jika menulis novel atau cerpen ada gaya tersendiri. Begitu juga dalam menulis artikel dan sebagainya.
Apa pun berusaha untuk menulis dengan lebih baik dalam setiap penulisan terutamanya di laman sosial facebook dan sebagainya.

Berdoa juga agar Allah kurniakan idea menulis yang tidak menyimpang dari yang sepatutnya.
Insya-Allah.

Sekian
Sariah Awang Senik

Nota : Nak beritahu sale Shopee sedang berlangsung. Bakal berakhir pada 7/7/2021 ini.
Boleh dapatkan barang-barang dari link ini.

Friday, 25 June 2021

HANYA MAMPU BERSERAH

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Dari Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Sudah hampir sebulan ' lockdown' ini berlangsung. Namun kes pandemik ini semakin meningkat dan membimbangkan. Jauh di sudut hati hanya mampu berdoa agar negara yang tercinta ini  dilindungi dari segala perkara yang buruk. Juga berdoa agar Allah lenyapkan wabak penyakit Covid-19 dari muka bumi ini.

Tidak lama lagi proces lockdown ini akan berakhir dan tidak pasti apakah lagi langkah proaktif yang bakal kerajaan ambil untuk memutuskan rangkaian pandemik ini. Semakin ramai yang kehilangan punca pendapatan dan tidak juga ada yang sanggup membunuh diri kerana masalah kewangan juga dibebani dengan banyaknya hutang.

Sungguh menyeramkan apabila membaca berita sensasi seperti ini. Menjadi pengajaran buat diri agar berhati-hati berbelanja dan tidak perlu membeli sesuatu yang tidak diperlukan. Kini hanya mampu bertahan dan berbelanja secara berhemah. Disamping itu berusaha perbaiki diri dengan belajar ilmu baru dan juga perbaiki segala kelemahan yang ada.

Tidak putus-putus berdoa agar segalanya kembali seperti biasa. Dan dalam masa yang sama dapat pulang ke kampung menziarahi kedua orang tua tersayang. Hampir setengah tahun juga tidak pulang kerana pandemik ini menyerang negara yang tercinta.

Hanya mampu berserah dan berdoa segigih yang mungkin.

Ya Allah rindunya kepada kedua orang tua tersayang. Semoga Allah merahmati mereka berdua.

Aamiin.


Sekian

Sariah Awang Senik

Wednesday, 23 June 2021

MENUKANG ASKARA LAGI

 

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi dari Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Alhamdulilah bersyukur kepada Allah atas segala rahmat-Nya. Bertahun mengumpul demi hanya untuk membeli sebuah laptop baru. Sebelum ini berangan hendak membeli sebuah mesin jahit yang baru.

Kini hajat untuk membeli sebuah laptop yang baru tercapailah sudah. Lagipun sejak kebelakangan ini banyak melakukan kerja-kerja penulisan. Maka mahu atau pun tidak berusahalah menyiapkannya menggunakan laptop. 

Mata pun semakin berumur sudah tidak macam dahulu. Pandangan sudah semakin kabur. Namun berusaha yang terbaik untuk menyiapkan segala manuskrip yang dikehendaki.

Jika menghadap screen handphone dalam tempoh yang agak lama, sangat memedihkan mata. Maka itulah sebeb utama mengapa berusaha belajar menggunakan laptop ini.

Terlibat dengan projek antologi puisi memaksa diri berusaha gigih menyiapkan segala tugasan. 

Disamping itu juga berdoa agar Allah kurniakan idea untuk menulis ikhlas dari hati dan juga tidak putus buah idea seumpama air yang mengalir di sungai tanpa hentinya.

Terfikir juga adakah lagi orang yang masih sudi untuk singgah membaca entri dalam blog kesayangan ini. Malam sudah semakin jauh. Mata pun sudah beransur mengantuk. Semoga esok dapat siapkan segala penulisan yang tertangguh.


Sekian

Sariah Awang Senik







Tuesday, 15 June 2021

DALAM DEBARAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Mengimbas kenangan indah yang lalu.

Rindu kampung halaman dan kedua orang tua tercinta. Namun dek kekangan pandemik Qif-19 terpaksa akur akan segalanya.

Rindu kepada abah tiada penghujungnya. Mendengar kisah zaman muda abah, berkongsi kisah kesusahan abah semasa kecil tidak pernah jemu mendengarnya.

Abah semakin berumur. Namun bersyukur, Allah kurniakan kesihatan yang baik. Seorang lelaki yang kuat bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidupnya. Walau abah tidak punyai harta kekayaan yang melimpah-ruah namun pengalaman hidup yang abah lalui bukan kaleng-kaleng.

Dengan kerinduan kepada abah yang semakin meluap-luap, maka ingin hadiahkan abah buku antologi yang ditulis sendiri.

Buku antologi tersebut yang bertajuk Lelaki Himpunan Setia itu sangat dekat kepada abah.

Dengan kisah Seteguh Kasihmu yang mengisahkan abah yang setia menjaga arwah emak yang menghidap sakit kanser payudara.

Abah tidak pernah berfikir untuk meninggalkan arwah emak yang sedang dalam kesakitan. Sebaliknya abah tetap setia menjaga arwah emak sehinggalah ke akhir hayatnya.

Seorang lelaki yang kreatif, pandai memasak dan juga menguruskan rumah.
Boleh dikenakan abah yang serba boleh.

Begitulah abah lelaki pertama dalam hidup ini. Dia yang senantiasa memberi semangat saat diuji dengan pelbagai ujian.

Semoga cetusan rasa dalam buku Lelaki Himpunan Setia dapat menambat hati abah. Juga berdoa agar abah senantiasa dibawah rahmat Allah.

Untuk pengetahuan semua buku Legasi Abah ini tidak terdapat di mana kedai buku. Semua buku Legasi Abah hanya boleh dibeli terus dari pengkarya-pengkarya Legasi Abah.

Maka wajiblah menbuat tempahannya sebagai bahan santapan minda ketika musim pandemik ini.

Boleh buat tempahan di borang yang berkenaan.https://bit.ly/3kjd9mL

Atau boleh terus berhubung dengan saya, Sariah Awang Senik dari link wasap yang berkenaan.
www.wasap.my/60194075634/LegasiAbah.


Sekian

Saturday, 12 June 2021

HARAPAN HANYA KEPADA ALLAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Allah itu maha pengasih lagi penyayang.
Meskipun diri masih bergelumang dengan dosa, tetap Allah kurniakan segala nikmatnya tanpa memilih kasih.

Bayangkan kalau Allah hanya memilih hambanya yang kurang berdosa jika dibandingkan yang banyak dosa?

Bagaimanalah nasib kita nanti.
Allahuakbar. Pasti kita berusaha gigih untuk selalu menyucikan diri dari segala noda.

Setiap yang berlaku dalam kehidupan ada sebabnya yang tersendiri. Jika selama ini kita hidup dalam kelalaian, maka dengan ujian itulah Allah tegur dan menjentik perasaan kita agar berubah ke arah kebaikan.

Ada masanya kita sebagai manusia terlalu bergantung kepada makhluk Allah demi sebuah kebahagiaan. Sedangkan pengharapan yang sebenarnya hanya kepada tuhan yang maha esa.

Meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehinggakan mengabaikan Allah yang maha esa, bukanlah satu perbuatan yang bijak.

Seluruh kehidupan kita dipegang oleh Allah. Apa saja boleh berlaku dengan izinnya.

Setiap apa yang kita miliki bukanlah bersifat kekal. Sebaliknya hanya sebagai salah satu pinjaman. Sampai masa Allah ambil kembali.

Sesuatu niat jika diletakkan harapan hanya demi Allah, pasti tidak akan berasa lelah.
Jika gagal, perasaan tidaklah berasa seberat mana.

Kita menerima segala ketentuan dengan penuh sabar dan redha.

Berharap hanya kepada Allah yang menguasai seluruh alam. Kuasa Allah teramat besar melebihi dari akal fikiran manusia.

Semoga hati kita tidak lalai dan hanya percaya juga berharap kepada Allah yang satu lagi maha kekal buat selamanya.


Sekian

Tuesday, 25 May 2021

COVID-19 TIDAK MENGENAL SIAPA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi

Sebagai kakaknya, aku hanya mampu berdoa dan tidak lelah berdoa.

Sebelum bulan puasa yang lepas, sempatlah berjumpa dengannya sekeluarga.

Selepas itu hanya berhubung melalui panggilan video dan juga berwasap sahaja.

Kami berdua banyak berkongsi rasa dan juga apa sahaja. 

Dan adiklah yang banyak membantu ketika aku melalui saat yang sukar dahulu.

Terlalu banyak bantuan. Kewangan, sokongan moral juga suka melayan dan mengembriakan anak-anak buahnya dengan bermacam hadiah.

Hari ini dia dan keluarganya sedang diuji dengan pandemik Covid-19. 

Walau tiada simptom, tetapi itulah yang paling membimbangkan.

Berdoa agar Allah kurniakan dia kesembuhan dan anak-anak serta suaminya bebas dari jangkitan pandemik ini.

Benarlah virus ini sangat bahaya. 

Bukan dongeng dan patuhilah sop sebaik yang mungkin. 

Sebabnya kita tidak tahu virus ini berada di mana kerana sifatnya yang terlalu halus dan tidak nampak dari kata kasar manusia.

Tambah sudah ada varian baru dari India dan juga Afrika. Terlalu cepat merebak.

Harapannya semoga adik sembuh dan anak-anak serta suaminya dilindungi dari jangkitan Covid-19 ini.

Tidak banyak yang dapat dilakukan untuk adik.

Dia berada di Sungai Buloh, manakala diri ini berada di Hulu Bernam Selangor.

 Tidaklah jauh, namun dengan peperangan pandemik terpaksa akur atas segala sop.

Hanya Allah yang maha mengetahui akan segala perasaan ini sebagai seorang kakak.
Lindungi dia dan rahmatilah dirinya sekeluarga.
Aamiin Ya Allah.

#PerangiCovid19
#Lindungidirisendiri

Sunday, 25 April 2021

BELAJAR MENULIS DEMI MEMANDAIKAN DIRI DAN GENERASI.

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Dari jauh, aku hanya memerhatikan saja. Namun dalam masa yang sama, niat haruslah diperbetulkan. Melakukan sesuatu, dengan tujuan mendapat ganjaran sesama makhluk Allah, bukanlah satu niat yang baik.

Lakukan demi Allah, juga mintalah dari DIA agar mudahkan semua pembelajaran kau. Allah kurniakan sedikit kepandaian agar dapat digunakan kepada jalan yang sepatutnya.

Begitulah juga halnya dalam perjuangan kau untuk terus belajar menulis dengan baik lenggok tatabahasa dan iramanya.

Sudah masuk kuliah yang ke 8 dalam Sekolah Penulisan Ramadan 2021. Panel yang diketengahkan pada tahun ini, semuanya hebat belaka. 

Antaranya sasterawan negara professor Dato' Dr Siti Zainon Ismail dan juga ustaz Pahrol yang terkenal dengan buku-buku Islamiknya.

Kelas penulisan ini diketuai oleh Tuan Hafiz Latif dan juga Tuan Zamri Muhammad. 

Sungguh segala pembelajaran bukanlah mudah. Tambah diri sendiri tiada latar belakang belajar tentang penulisan yang formal.

Hanya berbekalkan minat yang suka menulis diari , menulis blog dan juga di laman sosial Facebook dan sebagainya.

Itulah medan menukang askara, selain masih meneruskan catatan di buku nota dan diari sehinggalah kini. Berusaha memperbaiki penulisan dengan banyakkan lagi membaca karya penulis yang lain.

Sehingga kini hanya beberapa buah antologi sahaja yang terhasil. Belum lagi ada buku solo dan bercadang menerbitkan sebuah buku solo kelak.

Hajat dihati ingin menulis kisah perjuangan sendiri yang membina kehidupan baru dari kekecewaan yang lalu. Indahnya aturan Allah, dari ujian itulah bermulanya secara lebih serius dalam bidang penulisan dan dipertemukan jodoh pula berkenalan dengan orang-orang yang hebat dalam bidang penulisan.

Namun masih ada lagi satu hasrat dalam hati ini. Bercita-cita menyambung pengajian secara lebih serius dalam bidang penulisan sehinggalah ke peringkat lebih tinggi.

Ya, diri ini hanyalah seorang ibu yang bekerja sebagai seorang pembantu kedai. Tetapi menyimpan cita-cita yang tertinggal ini setelah sekian lama.

Melalui pembelajaran secara online inilah menggunakan masa yang untuk belajar menulis dengan baik tanpa ada langsung rasa satu ketakutan.

Kelas-kelas yang disampaikan oleh semua barisan panel, kita boleh menontonnya berkali-kali sehingga faham apa yang ahli panel cuba sampaikan.

Masih lagi terbuka untuk pendaftaran melalui link ini. Dan semua kelas dapat diakses mengikut masa anda sendiri.


Jika ada sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi saya di sini.


Sekarang semua kelas masih lagi berlangsung dan banyak ilmu dan juga tips menarik hasil dari semua pembelajaran ini.

Marilah kita belajar menulis demi memandaikan diri dan juga memaknakan lagi kehidupan yang serba mencabar sebagai salah satu rujukan pada masa yang akan datang.


Sekian 

Friday, 9 April 2021

TERUS KEKAL MENULIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Siang tadi, aku memerhatikan saja dari jauh. Dengan doa dan harapan, agar satu hari nanti, diri ini bakal juga berada sebaris dengan insan-insan yang hebat seperti mereka.

Walau sesekali terbit rasa cemburu, namun aku pantas saja memadamkan semua nyalarasa itu. Bimbang dengan sedetik lintasan hati, bakal menambah dosa yang tersedia ada.

Memang mulut dan bibir ini tidak meluahkannya, namun Allah itu maha tahu. Kepada Allah aku mohon kemaafan atas perasaan yang tidak sepatutnya itu.

Ada baiknya, aku berdoa untuk mereka, agar doa yang sama berbalik kepada diri ini. 

Ya. Aku sedar diri ini terlalu banyak kekurangan dan masih banyak yang aku perlu pelajari dalam penulisan ini. Berbekalkan semangat, minat dan pengalaman kehidupan yang ada, mungkin ada yang sudi membaca kisah-kisahku ini.

Terdetik dalam hati ini, bahawa dugaan yang dihadapi selama ini tidaklah sesusah seperti insan yang lain.

Ada insan lain yang lebih susah dan menderita kehidupannya. Namun tetap bersemangat menghadapi apa jua dugaan.

Memandangkan terlalu banyak dugaan yang dihadapi setiap hari, maka dengan menulis inilah dapat berkongsi, memberi manfaat dan juga panduan kepada yang lain.

Tidak akan pernah lelah untuk terus menulis, selagi ada kudrat dan diizinkan Allah yang maha esa.

Kepada Allah yang maha esa, mohon dikurniakan kemudahan dan juga rezeki agar dikurniakan idea-idea yang baik dan bermanfaat untuk terus menulis dan kekal menulis buat selamanya.


Sekian

Monday, 5 April 2021

GENAP UMUR 16 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Semalam menghantarnya balik ke asrama. Setelah hampir 5 bulan berada di rumah akibat pandemik Covid-19.

Sudah terbiasa, dia ada bersama, maka tidaklah berasa sunyi. Bergaduh, tidak sama pendapat namun hobi menyatukan kami dua beranak. 

Dia dilahirkan 16 tahun yang lalu di hospital Selayang. Lahir tepat pada pukul 12 tengahari. Sejak kecil, syukur dia anak yang tidak banyak karenah. 

Seorang yang agak berani dan suka mencuba sesuatu yang baru. Hari ini genaplah umurnya 16 tahun. Walau baru sahaja menghantarnya balik ke asrama semalam, perasaan rindu sudah membuak-buak dalam hati ini. 

Semoga Allah senantiasa melindungi dan merahmati dirinya dan dijauhkan dari semua perkara yang tidak diingini. 

Berdoa juga agar Allah jadikannya seorang muslimah yang kuat keimanannya , menjaga aurat dan maruah keluarga. Juga berjaya di dunia dan juga akhirat.


Wednesday, 31 March 2021

KETENANGAN HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Bersyukur kepada Allah, kerana segalanya berjalan dengan lancar.
Berdoa juga kepada Allah, agar masalah di tempat kerja akan selesai dan pekerja baru yang mendaftarkan diri dapat menjalankan tugas mereka sebaik yang mungkin.

Kerana jika ada masalah, terpaksalah diri ini bekerja sehingga ke malam. Dalam usia yang sudah semakin berumur, kesihatan perlu dijaga sebaik yang mungkin.

Bukan saja kesihatan, malah minda juga perlu dirawat juga. 
Selain itu, jagalah segumpal daging yang berada dalam tubuh kita ini. Segumpal daging yang dimaksudkan itu adalah hati ini.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

هُوَ الَّذِيْۤ اَنْزَلَ السَّكِيْنَةَ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ لِيَزْدَا دُوْۤا اِيْمَا نًا مَّعَ اِيْمَا نِهِمْ ۗ وَلِلّٰهِ جُنُوْدُ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضِ ۗ وَكَا نَ اللّٰهُ عَلِيْمًا حَكِيْمًا 
huwallaziii angzalas-sakiinata fii quluubil-mu-miniina liyazdaaduuu iimaanam ma'a iimaanihim, wa lillaahi junuudus-samaawaati wal-ardh, wa kaanallohu 'aliiman hakiimaa

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al-Fath 48: Ayat 4)

* Via Al-Qur'an Melayu https://quranmelayu.com

Jika sedang dilanda masalah atau apa sahaja dugaan, maka berbaliklah kepada Allah dan perbanyakkan berdoa memohon bantuan dari Allah yang maha esa.

PENDAFTARAN SEKOLAH PENULISAN RAMADAN 2021

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram 
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Perbaiki cara kita menyampaikan kisah hidup sendiri akan memperbaiki cara hidup pada kemudian hari.

Ambil contoh, kita kembali ke tahun 1500-an. Andaikan orang Melaka berkata begini, "Tentera Portugis membawa bersama senjata-senjata yang canggih yang tak mampu kita hadapi."

Agak-agaknya apa tahap motivasi melawan orang Melaka ke atas Portugis pada waktu itu?

Jika orang Melaka berkata begini, "Tentera Portugis membawa bersama senjata-senjata yang canggih mendorong kita berfikir mengalahkan mereka menggunakan cara lain."

Agak-agaknya apa tahap motivasi melawan orang Melaka ke atas Portugis pada waktu itu?

Cerita yang sama, motivasi melawan berbeza. 

Satu cerita mendekati lemah semangat, satu lagi cerita menekankan kepada berbeza cara fikir.

Sebab itu kawan-kawan, perbaiki cara kita menyampaikan kisah hidup sendiri akan memperbaiki cara hidup pada kemudian hari.

Belajar seni mengarang cerita diri pada bulan Ramadan ini.

Terus lihat panduan dalam link yang berkenaan.
https://yosh.my/order/form/vsspr2021/Sariah0274https://yosh.my/order/form/vsspr2021/Sariah0274

Sekian.

Wednesday, 24 March 2021

REVIEW BUKU BERDAMAI DENGAN TAKDIR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Banyak perkara yang harus diperbaiki.

Lebih banyak merenung diri dan juga kedua anak tersayang.

Berbisik kepada diri, adakah sudah mendidik mereka berdua mengikut ajaran yang sepatutnya.

Buku Berdamai Dengan Takdir oleh Puan Rohamiah Muda banyak menyedarkan diri.

Paling merisaukan tentang aurat dan pegangan agama apabila mereka berdua sudah melangkah ke kehidupan yang sebenar.

Ya sebagai seorang ibu kerisauan itu pasti ada.

Tambah menjadi seorang ibu dan ayah dalam masa yang sama.

Tetapi itu bukanlah alasan mendidik mereka secara sambil lewa.

Setiap kali bersama dengan anak-anak, tidak lupa berpesan agar menjaga solat,aurat, bersedekah dan banyak lagi.

Harapannya satu hari nanti, mereka berdua agar ingat dan amalkan segalanya kelak.

Apa pun perkongsian dari salah seorang penulis Bonda Nor ini, menginsafkan diri sendiri.

Berusaha perbetulkan apa yang sepatutnya.

Semoga anak-anak menjadi seorang anak yang tahu halal dan haramnya serta berpegang teguh pada ajaran yang suci ini.

Buat Puan Rohamiah Muda, terima kasih atas perkongsian dan dapat lagi membaca lagi karya penulisan puan di masa depan.

Nak baca buku ini, anda boleh dapatkan terus dari link ini.


#ingatanbuatdiri
#dakwahsantai

Tuesday, 23 March 2021

ANTOLOGI NOTA KASIH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Sedang membaca buku antologi Nota Kasih yang diselenggarakan oleh Puan Rahmad Saad.

Jujurnya banyak projek antologi bersama dengan Puan Rahmah Saad ini. Seorang wanita yang kental dan banyak pengalaman dalam bidang penulisan.

Antologi Nota Kasih disertai oleh 37 orang penulis yang mempunyai kisah tersendiri tentang seorang yang bergelar suami.

Semuanya ada kisah tersendiri dan sangat menarik. 

Setiap kisah mempunyai pengajaran yang tersendiri dan memberi sumber inspirasi kepada yang membacanya.

Antaranya perjalanan liku kehidupan berumahtangga sehinggalah meninggal dunia.

Ingin memiliki dan membaca buku ini?

Anda boleh berbuat demikian pada link yang disediakan ini.




Monday, 22 March 2021

TERAPI MINDA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Berehat dan berangan sebentar.

Namun dalam hati ada taman.

Bukan taman apa, hanya berdoa agar dapat berehat dan selesaikan apa yang sepatutnya.

Bekerja tidak tentu masa rehat dan ada masanya terpaksa sampai ke malam.

Apa pun kita hanyalah manusia.
Perlu juga masa untuk diri dan juga keluarga.

Maka, selain habiskan beberapa tugasan dan juga bacaan, tidak salah jika berangan sebentar.

Siapa tahu, berkat berangan akan termakbul.

Tiada yang mustahil.
Kerana bagi Allah semuanya boleh terjadi dengan izinnya.

Berangan berada di sini, walau tidak pasti di mana tempatnya.

Bersantai dengan anak-anak dan keluarga, itulah terapi terbaik buat seorang ibu berusia lewat 47 tahun ini.

Berangan kan perkara percuma?
Bukan kena bayar pun.

Betul tidak?😊

Nota : Kredit kepada apps Pinterest. Dengan semua gambar yang cantik dapat merehatkan minda sekejap.

#apabilakaklongmenulis
#diariseorangpendosa

SEKOLAH PENULISAN RAMADAN 2021

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Tip memanjangkan kesan motivasi dan inspirasi apabila mengarang cerita.

Matikan penghujung ayat dalam cerita dengan harapan.

Ia akan meninggalkan kesan feel good dalam diri mereka.

1. Contoh kisah hidup dimatikan dengan inspirasi.

Ayah meninggalkan kami dengan kemahiran hidup mulakan apa yang ada dalam tangan. Ayah mengajar kami dapat mencipta peluang berkali-kali meskipun diasak kesukaran.

2. Contoh kisah hidup dimatikan dengan menghukum pembaca.

Ayah meninggalkan kami dengan kemahiran hidup mulakan apa dalam tangan. Ayah tidak menjadikan kami seperti orang lain yang terpaksa menunggu 'sedekah peluang' agar dapat berdiri.

Mahu belajar lagi?

Anda boleh dapatkan segala maklumat terus dari link ini.



Sekian.

KEINGINAN NAN SATU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Sungguh, teringin berada dalam senarai mereka yang berjaya dalam sesuatu bidang.

Namun process berada pada tahap itu, bukanlah mudah.

Setiap kali melihat mereka yang berjaya, aku selalu berdoa agar dapat jua menjadi seperti mereka.

Walau ada suara-suara berbisik jauh dalam diri ini, sengaja aku abaikan saja.

Ya, tersangat sedar diri banyak kekurangan.
Dan tidak segan untuk menimba ilmu walau lambat dan perlahan.

Namun, kekuatan hanya satu.

Ada sebab mengapa Allah jadikan perjalanan sebegini.
Dan tidak pernah sesekali, aku kesali.

Menyalahkan mana-mana hebat, sejak dugaan itu melanda hidup ini, bukanlah perkara yang bijak.

Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Dan bersyukur, Allah pilih diri ini untuk melaluinya.

#apabilakaklongmenulis
#diariseorangpendosa

Tuesday, 2 March 2021

UJIAN MENGINSAFKAN MANUSIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Banyak perkara yang berlaku hari ini. Memberikan keinsafan dan juga muhasabah diri. Manusia yang hidup di atas muka bumi ini tidak akan lari dari segala kesilapan.

Dugaan yang Allah kurniakan kepada manusia, bukanlah satu bebanan. Tetapi sebagai ujian untuk menguji setiap hambanya.

Mungkin juga dugaan yang bertandang itu satu teguran dari diri kita yang selalu leka.

Jika terlampau berat ujian yang melanda diri kita, maka insaf dan bertaubatlah. Pasti selama ini terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan.

Banyakkan berdoa dan kembalilah kepada Allah yang maha esa. 
Mengadulah kepada Allah dan insya-Allah, pasti semuanya baik-baik sahaja.


Sekian.

Thursday, 25 February 2021

PROCESS MEREKA BARCODE UNTUK BUKU LEGASI ABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5335195913188039&id=100000930502254

Tetap berusaha sehinggalah berjaya.

Dan biar pun hanya sebesar zarah kejayaan yang dicapai, tetapi sangat bermakna

Begitulah perjuangan seorang murid otai macam Kak Long ini.

Menyiapkan tugasan mereka cipta barcode untuk buku Legasi Abah adalah satu ilmu yang amat berguna.

Belum belajar lagi dan inilah pengalaman pertama.

Terkial-kial jugalah membuatnya dan mujur juga ada anak-anak yang membantu.

Anak yang sibuk dengan kerja sekolah pun, terpaksa korbankan masanya menyiapkan tugasan ibunya.

Akhirnya siaplah juga barcode untuk Legasi Abah ini.
Buku Legasi Abah ini masih lagi dalam proses penerbitan.


Dan berdoa juga agar proses penerbitannya berjalan lancar dan semoga habis terjual semua buku Legasi Abah kelak.

Jika ada yang ingin membuat pre-order bolehlah terus klik di link yang disediakan ini.

https://bit.ly/3kjd9mLhttps://bit.ly/3kjd9mL

Nota : Kulit buku hanya ilustrasi sahaja dan bukanlah kulit buku yang sebenarnya.

#BKH_LegasiAbah
#TIM12
#Tugasan11

Tuesday, 23 February 2021

HIDUP YANG TIDAK AKAN SEMPURNA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Alhamdulillah. Syukur. Allah izinkanlah untuk bernafas di muka bumi ini lagi. Sudah agak lama juga tidak menulis entri baru untuk blog kesayangan ini.
Agak sibuk menyiapkan beberapa manuskrip. Maka disebabkan itulah masa sangat terhad. Terikat pula dengan pekerjaan utama, dan tanggungjawab mesti diselesaikan sebaik yang mungkin.

Hari ini menulis lagi tentang kisah kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan warna-warni tersendiri. Membentuk diri manusia dari jalinan warna yang ada. Ya, kehidupan manusia tidak akan pernah sempurna. Perasaan sedih, bahagia itu pasti ada di setiap perjalanan.

Usah mengeluh. Jalani sahaja setiap keadaannya. Jika sedih, bersabarlah. Allah sedang menguji hambanya. Mana mungkin kita mengaku beriman kepada-Nya, selagi belum mengharungi setiap ujian kehidupan yang diberi kepada setiap hambanya.

Ujian bukan melemahkan seseorang. Malah menjadi kekuatan dan sumber inspirasi untuk kembali bangkit berjuang. Kalah,menang, berjaya atau gagal, bukanlah tugas kita untuk menentukannya.

Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya yang kerdil lagi lemah, kita hanya menjadi kuat berkat dari keizinan Allah yang maha esa.

Usahakan untuk banyak berdoa dan memohon keampunan dari-Nya.
Dan ketahuilah satu hari nanti, kau akan berasa sangat bersyukur atas ujian demi ujian yang dilalui setiap hari.



Sekian

PROMOSI BUKU LEGASI ABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Sejenis manusia yang bukanlah kreatif mereka cipta.
Hanya menggunakan apps yang disediakan dalam phone android.

Juga belajar serba sedikit dari mereka yang sememangnya pandai.

Buku Legasi Abah masih lagi dalam proses penerbitan.

Bagaimana gambarannya?
Kenalah bersabar dahulu dalam melalui segala proses penerbitan.

Semakin hari makin teruja berada dalam Tim12 yang dikelolakan oleh Puan Marwani Ridzuan.
Setiap hari ada sahaja pengumuman dalam Tim12.

Di bawah ini hanya ilustrasi sahaja bukanlah gambaran buku Legasi Abah yang sebenar.

Berminat nak baca buku Legasi Abah ini nanti?

Boleh pre-order di sini ya.
www.wasap.my/60194075634/LegasiAbah

#BKH_LegasiAbah
#Tim12

Wednesday, 17 February 2021

MENUJU AWAL 50AN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Alhamdulillah. Dah genap 47 tahun hari ini.
Begitu cepat masa berlalu. 10 tahun juga bergelar sebagai seorang ibu tunggal. Namun gelaran itu tidak langsung melemahkan diri ini. 

Malah berasa syukur Allah kurniakan status itu sebagai salah satu motivasi agar tidak lemah mengharungi segala ujian yang mendatang.

Tiada juga sambutan istimewa. Yang paling istimewa adalah ucapan dari semua rakan di laman socmed. Doa mereka semualah yang paling mahal dan berharga.

Walau hidup masih lagi tidak bertemankan seorang suami, tetap bersyukur apa adanya. Tidak perlu memaksa diri mengikat lagi satu komitmen jika tidak bersedia secara mental dan fizikal.

Bukan menolak jodoh, namun jauh di sudut hati ini masih belum untuk menerima sesiapa. Cukuplah fokus kepada anak-anak, pekerjaan dan juga impian.

Itu yang paling utama dan harus menghargai segala peluang yang ada di hadapan mata.

Doanya semoga Allah tetapkan hati, dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat membuat segala amalan dan juga membuat seberapa banyak kebaikan sebagai pelindung diri di sana nanti.


Sekian
Sariah Awang Senik

VAKSIN KEHIDUPAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Negara sedang giat promosi mengalakkan semua rakyatnya mengambil vaksin Covid-19. Namun sejauh mana keberkesanan vaksin ini, tidak kita ketahui.

Untuk pengetahuan semua, vakin Covid-19 ini akan diberikan terlebih dahulu kepada semua barisan frontliner yang sekarang sedang bertugas dan berkorban apa sahaja demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini.

Namun dalam keghairahan dengan vaksin ciptaan manusia ini, janganlah kita lupa dengan vaksin yang lebih kuat dan paling mujarab.

Vakin yang dimaksudkan itu adalah vaksin kehidupan. 

Apakah dia vaksin kehidupan ini ya?

Nama pun kehidupan, pastinya kita kembali semula kepada Allah dan juga mengamalkan norma yang baru.

Bukan setakat perlu menjaga jarak, jauhi tempat sesak dan juga bersembang secara dekat dan sebagainya. Tetapi bagaimana mengisi masa yang ada dengan pertingkatkan lagi amalan sebagai persediaan untuk kembali ke kampung abadi.

Ketika sedang menjalani tempoh Pkp ini, amalan bersolat bersama dengan ahli keluarga yang lain patut di semarakkan kembali.

Hendak bersolat di surau dan juga masjid pun agak terhad.
Jadi bersolat jemaahlah bersama ahli keluarga yang lain.

Senantiasa isikan masa yang terluang dengan membaca zikir dan juga selawat. Jangan lupa juga untuk bersedekah agar Allah lindungi diri kita dari segala musibah dan juga penyakit.

Ya mungkin vaksin Covid-19 yang kerajaan war-warkan itu perlu. Namun dalam masa yang vaksin kehidupan dengan menghidupkan kembali amalan seperti membaca Al-Quran, zikir, selawat juga sedekah itu perlu supaya dapat menguatkan lagi vaksin yang kita ambil.

Semoga segalanya dimudahkan oleh Allah yang maha esa dan dijauhkan dari segala musibah.
Aamiin Ya Allah.


Sekian 
Sariah Awang Senik

Tuesday, 16 February 2021

TERUS BERJUANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar dari Pinterest
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Sudah bulan Februari tahun 2021. Hampir setahun juga pandemik Covid-19 melanda negara . Kita masih belum menang dan tetap gigih berjuang melawan virus Covid-19 ini. 

Dalam keadaan norma yang baru, kehidupan tetap diteruskan seperti biasa walau hakikatnya terpaksa hidup bersama dengan virus yang teramat bahaya ini.

Walau apa pun yang berlaku jangan cepat menyerah kalah dan berputus-asa. 

Di sebalik musibah yang melanda, rupanya ada hikmah yang tersembunyi. Kita kembali kepada landasan yang sepatutnya. Bergantung harap sepenuhnya pada Allah yang maha esa.

Ramai dikalangan kita yang diberhentikan kerja, tidak dapat berniaga seperti biasa dan sebagainya.

Namun kita tetap perlu berasa bersyukur kerana masih ada keluarga, adik-beradik dan juga kedua ibubapa.

Kini diri ini makin sibuk dengan matlamat sendiri. Melangkah satu persatu anak tangga menuju ke kemuncak. Biar terpaksa menempuh pelbagai halangan, namun tidak sesekali menyerah kalah.

Berjaya atau tidak bukan persoalannya.

Tetapi bagaimana memaksa diri untuk terus melakukan tindakan dengan diri yang terlalu banyak kekurangan.

Akhirnya menerima hakikat yang diri ini mesti lebih banyak belajar, membaca dan juga mengulangi pelajaran.

Jauh di sudut ini berdoa agar Allah mudahkan setiap urusan dalam mencapai satu impian. Semoga Allah merestui perjalanan ini dan terus istiqamah melakukan apa sahaja pekerjaan. Insya-Allah.


Sekian 
Sariah Awang Senik


KOPI KEHIDUPAN

   Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Pinterest https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/ Alhamdulilah hari ini memulakan rutin pekerjaan ...