Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Ramadan yang ke 8 ini sangat bermakna. Dalam kesibukan berperang melawan pandemik Covid-19 ini, ada juga hikmah di sebalik musibah ini.
Secara jujur melayari kehidupan seorang yang bergelar ibu tunggal bukanlah satu perkara yang amat mudah. Menjadi ibu dan ayah sekaligus, cabaran yang datang teramat hebat.
Biarpun begitu, tetap merasa bersyukur kerana senantiasa fikirkan ada insan lain yang kehidupannya teramat susah dan menderita. Tiada tempat berlindung, tiada pekerjaan atau sumber pendapatan tetap.
Sekurang-kurangnya diri ini ada tempat tinggal, pekerjaan tetap dan juga beberapa perniagaan secara online yang diusahakan secara sampingan.
Berkat doa kedua orangtua, adik-beradik , saudara-mara dan juga rakan-rakan maka diri ini perlu bangkit segera membina satu kehidupan baru yang lebih indah.
Demi masa hadapan anak-anak tersayang, maka sesuatu mesti dilakukan.
Berkat usaha dan juga doa yang tak pernah putus-putus, akhirnya berjaya juga melalui frasa awal 3 tahun selepas perceraian. Hanya Allah yang mengetahui bukan mudah segala perjalanan tersebut.
Senantiasa menghabiskan waktu membaca buku-buku motivasi, mendekatkan diri lebih kepada Allah dan juga memperbaiki segala amalan. Paling penting hati kena redha dan ikhlas menerima apa yang telah aturkan.
Dalam perjalanan sebuah perjuangan, secara kebetulan terjumpa satu tajuk buku yang amat menarik perhatian dan terasa begitu dekat dengan hati ini.
Tajuk buku tersebut ialah Stay Strong yang ditulis oleh seorang penulis yang hebat iaitu Bonda Nor. Membaca kata-kata yang berada di hadapan kulit buku ini, seakan- akan ada satu semangat baru yang membara dalam hati ini.
Satu bisikian bahawa diri ini tidak boleh mengalah dengan segala cabaran yang mendatang. Lalui sahaja semua keperitan dan nikmati saat- saat duka itu. Usah salahkan diri ataupun menyalahkan sesiapa.
Cukup memaafkan dan melepaskan semua rasa yang membuku di kolam hati.
Dan percayalah saat kita benar-benar ikhlas melepaskan semuanya, barulah Kehidupan akan lebih tenteram, tenang dalam menghadapi segala rutin kehidupan.
Dan percayalah saat kita benar-benar ikhlas melepaskan semuanya, barulah Kehidupan akan lebih tenteram, tenang dalam menghadapi segala rutin kehidupan.
Percayalah ada hikmah mengapa Allah datangkan dugaan yang maha hebat dalam kehidupan dan segalanya berubah dalam sekelip mata sahaja.
Mungkinkah kita sudah terlalu leka dengan dunia yang tersendiri dan Allah mahu kita kembali kepada fitrahnya. Alasan- alasan seperti rasa kecewa, teraniya, terasa diri bagai tidak berguna dan sebagainya hanyalah asbab sahaja.
Di sebalik Allah ingin kita sedar dan belajar dari kesilapan. Allah teramat rindukan hambanya.
Dalam buku Stay Strong ini juga ada satu kata-kata oleh Bonda Nor yang amat menyentuh hati ini. Dalam masa yang muhasabah diri akan segala yang berlaku.
Antara kata-katanya ialah " Aku ingin mengadukan tentang resah, tentang
lelah, tentang musibah yang sedang kuharung dengan sebegini susah payah.
Tentang hati yang lumpuh sebelah. Tentang tubuh tersungkur lemah
lantaran tewasnya pada satu mujahadah."
Menarik bukan kata-katanya. Seolah-olah segala yang tertulis dalam buku Stay Strong ini bagaikan luahan teka-teki dari hati yang membuku selama ini.
Membaca buku ini bagai membuat ' comeback' setiap kali dilanda sesuatu masalah.
Selain qalam Allah yang sentiasa menjadi rujukan, buku Stay Strong ini bagaikan salah satu suntikan semangat agar terus kekal kuat dan berani berdepan apa sahaja cabaran.
Kesimpulannya penulis sendiri sudah 3 kali mengulang kaji membaca buku ini dan setiap kali membacanya, ada sahaja perkara baru yang terdetik di minda ini.
Dan secara kebetulan diri ini telah pun dilantik sebagai salah seorang dropship untuk menjual semua buku-buku yang ditulis oleh Bonda Nor juga para penulis dari Galeri ilmu.
Selain itu beliau ada juga mengeluarkan satu set bacaan bagi anak-anak yang agak lemah dalam membaca iaitu Ekpress-I.Sebenarnya adabanyak lagi buku- buku yang menarik dari Galeri ilmu ini.
Jika berminat ingin mengetahui akan kisah selanjutnya dalam buku Stay Strong ini bolehlah terus hubungi saya di link wasap yang saya sertakan ini.
www.wasap.my/60194075635/SayaNakBukuBondaNor
Harga buku ini hanya RM 20 dan belum termasuk kos pos.
Percayalah membaca buku Stay Strong ini dapat membuatkan diri lebih bersemangat dalam mengharungi arus kehidupan yang maha mencabar ini.
Dan wajib dimiliki oleh mereka-mereka yang selalu merasa sedih dan terperangkap akan segala masalah yang sedang dihadapi.
Sekian
Sekarang ni yang lebih penting perlu stay sfrinh to #staysafe at home bila keadaan reda.
ReplyDeleteYaaa betul, Sis ada buku ni, jangan kata buku ni, semua koleksi Bonda Nur Sis ada, bagus baca buat peringatan dan ilmu buat diri sendiri..
ReplyDeletedah lama tak membeli buku jadi dah tak berapa aware dengan nama penulis. saya suka buku motivation, akan dapatkan buku bonda nur. thanks sharing
ReplyDeleteStay strong and stay safe. Duduk di rumah. Kita jaga kita. Bagus buku motivasi macam ni. Penguat semangat untuk kita teruskan rutin harian. Salam Ramadan.
ReplyDeleteSetuju macam Eiza cakap. Stay strong and stay safe. Allah takkan menguji hambanya kalau tahu hambanya tak boleh tahan ujian sebegitu rupa. Ujian itu setimpal dengan kekuatan kita. Insya allah kita akan berjaya mengatasinya.
ReplyDeletestay strong ye. apa yg terjadi, jadikan teladan.
ReplyDeletesesuatu yg pahit pasti akan manis kalau kita benar2 menghayatinya.
in shaa Allah.
stay strong ye sis!
Nak suh anak baca buku ni, bagi motivate kat dia sikit. Bagi dia perangsang dan semangat dalam masa2 begini..asyik boring je kat umah
ReplyDeletebanyak motivasi boleh dapat dari koleksi Bonda Nur. Kalau bagi kat anak2 baca pun bagus.
ReplyDeleteBuku mcm ni boleh berikan kesedaran tentsng situasi kita sekarang. Stay strong. Stay safe.
ReplyDeleteKekal bsemangat wpun dugaan ni ada.
Bagus ada buku motivasi macam ni dibaca di saat kita menghadapi PKP supaya kita sentiasa positif kan. Betul apa yang akak kongsikan bila kita melepaskan sesuatu dengan ikhlas, in shaa allah hati kita akan tenang.
ReplyDeleteDibmusim pandemic inibtak ada aktivitas diluar rumah kecuali urgent. Tapi walau tinggal dirumah saja pun tetap harus produktif ya. Untuk mencukupi ekonomi keluarga, bisnis online bisa menjadi salah satu solusinya.
ReplyDeleteSelalu dengar paaal bonda nor tapi x pernah lagi baca buku dia. Nampak menarik, gaya penulisannya
ReplyDeleteKadang-kadang memang berat kan nak melepaskan sesuatu tu. Tapi betul la, kalau kita redha, InshaAllah semuanya akan lebih tenang. Moga dengan adanya buku tu juga dapat membantu akk untuk lebih bersemangat ye..
ReplyDeleteApa2 pun situasi yg kita hadapi sekarang. Kita kena byk bersabar. Byk2 beristighfar. Ada hikmah semua ni berlaku. Be safe, stay healthy and stay strong
ReplyDeleteStay strong, Kak Sariah!
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny