Saturday 7 June 2014

AMANAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Secara jujurnya telah hampir sepuluh tahun, ku menjalankan amanah dan tanggungjawabku ini. Biarpun pekerjaan ini bukanlah berdasarkan minat, namun hanya itu sahaja pekerjaan yang sesuai yang di lakukan buat masa sekarang. Pekerjaan ini menguji tahap dan juga kesabaran ku melayan karenah pelanggan yang hanya mahukan yang terbaik daripada perkhidmatan yang di sediakan.

Pengalaman menjadi seorang jurujual dan juga seorang customer service banyak membantu diriku untuk berurusan dengan semua para pelanggan. Bukan mudah menyakinkan pelanggan untuk membeli produk yang disediakan dan juga bersama-sama dengan perkhidmatan yang di sediakan. Itulah urusan jualbeli yang di lakukan secara offline dan ini amatlah berbeza dengan urusan jualbeli secara online.

Semakin hari , menjalankan amanah ini hanya Allah SWT sahaja yang menjadi petunjuknya. Segala cabaran dan dugaan yang mendatang hanya perlu bersikap positif dan maju ke hadapan. Semua perkara yang negatif biarkan sahaja ianya berlalu begitu sahaja.

Fikiran dan tenaga semakin mencapai tahap maksimunnya. Kini hanya mampu merehatkan diri dan berdoa moga esok segala urusan akan berjalan dengan lancar. Insha Allah.

Coretan Rasa Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...