Tuesday 10 June 2014

PANDUAN MENJAGA ANAK-ANAK MENGHIDAP SAKIT KRONIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri

Siapa sangka bayi yang di lahirkan cukup sifat dan sempurna kelahirannya, rupa-rupanya menghidap penyakit kronik yang sukar di ubati. Inilah yang berlaku kepada arwah anak tersayang iaitu Siti Nur Balqis Ahmad Roslan.

Di peringkat awal apabila menerima penerangan doktor akan keadaan arwah anak, memang agar sukar dan kekadang merasa malu dengan keadaan arwah anak yang tidak seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun setelah beberapa kali pergi untuk temu janji doktor dan bertemu dan berkenalan dengan ibubapa yang mempunyai penyakit yang sama dengan arwah anak, barulah lah mempunyai kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semuanya.

Mempunyai dan menjaga anak-anak yang mempunyai penyakit yang kronik bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap ibu dan bapa haruslah mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal untuk menghadapi segala masalah di dalam menjaga dan merawat anak-anak yang sakit ini semasa di rumah. Kebanyakan doktor pakar telah meramalkan bahawa jangka hayat anak-anak yang menghidap penyakit yang kronik tidak lama. Malah doktor telah meramalkan bahawa arwah anak hanya mampu bertahan hanya 1 tahun lebih. Tetapi kita hanya merancang yang selebihnya tuhan yang menentukannya. Arwah anak dapat bertahan hanya sampai 3 tahun lebih malah hampir memasuki program pemindahan hati namun tidak kesampaian.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah kisah sedih ataupun untuk meraih simpati namun hanyalah untuk berkongsi pengalaman menjaga arwah anak yang menghidap penyakit kronik buat pengetahunan semua di luar sana.

Antara panduan menjaga anak-anak yang menghidap penyakit kronik ini ialah:
-Sebelum memegang anak pastikan tangan dan pakaian bersih daripada sebarang kotoran.
-Pastikan tangan anda di basuh terlebih dahulu sebelum menjaga dan juga menguruskan anak.
-Segala pakaian anak seperti baju,seluar, tuala mandi, lampin ( jika anak masih kecil) janganlah di campur bersama dengan pakaian ahli keluarga yang lain.
-Alatan anak seperti botol susu, puting, cawan dan sebagainya hendaklah di sterilkan selalu bagi membasmi kuman daripada berjangkit.
- Elakkan anak-anak yang lain yang mempunyai penyakit yang mudah berjangkit seperti deman, selsema dan batuk menghampiri anak yang menghidap penyakit yang kronik.
- Antibodi badan anak yang menghidap penyakit kronik amatlah lemah dan mudah terdedah dengan sebarang jenis penyakit dan juga jangkitan kuman.
- Pastikan segala ubat-ubatan hendaklah di berikan tepat pada waktu yang di tetapkan.
- Segala perkembangan anak yang kronik ini haruslah di catat dari semasa ke semasa. Semua catatan ini adalah penting semasa temujanji doktor setiap bulan.
- Luangkan lebih masa bersama anak yang kronik ini seperti bermain, membaca dan juga sebagainya.

Kita tidak akan tahu berapa lama jangka hayat anak-anak yang menghidap penyakit yang kronik ini. Mungkin esok, lusa ataupun bila-bila masa mereka akan pergi meninggalkan kita semua.

Sebagai seorang ibu saya tetap bersyukur kerana berpeluang menjaga anak yang menghidap penyakit yang kronik. Walaupun usia arwah anak tidak panjang namun saya telah banyak perkara tentang semengatnya dan beberapa perkara yang lain.

Semoga arwah anak senantiasa tenang dan damai bersama dengan maha penciptanya.

Coretan terindah
Sariah Awang Senik

******************************************************

   AKADEMI BEKERJA DARI
        RUMAH!!!!

Ingin bekerja dari rumah tetapi tidak tahu apakah persediaan yang harus di buat
Ingin bekerja dari rumah tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
Ingin bekerja dari rumah tetapi tidak mempunyai produk sendiri.

Kami di akademi bekerja dari rumah boleh membantu anak selesaikan semua masalah anda. Ingin tahu lebih lanjut , sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

1 comment:

  1. kak sariah, saya juga ada anak yang mengidap epilepsy. memang sedih tapi tidak berpanjangan. bersyukurlah kak, akak dipilih untuk jadi ibu yang bertuah mempunyai anak syurga. arwah mungkin sakit di dunia ni, tapi arwah sedang bergembira bersama Penciptanya. dan dia sedang tunggu akak di syurga. InshaaAllah.

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...