Sunday 11 November 2018

SIBUK BUKANLAH ALASAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Demi nak capai satu impian yang taklah besar dan hebat mana, segala kekurangan ini ada hikmahnya. Sedar bahawa diri tidaklah berpelajaran tinggi. Suatu waktu dahulu, pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 namun memikirkan keadaan arwah emak yang sakit juga adik-adik yang pada masa itu sedang belajar, maka niat untuk menyambung kembali persekolahan ke tingakatan 6 dipendamkan begitu sahaja.

Setelah mendapat keputusan SPM yang tidaklah secemerlang mana segala cita-cita disimpan buat sementara waktu. 
Setelah arwah emak meninggal dan kemudiannya bernikah dan bercerai, cita-cita itu tetap segar dalam diri ini.

Seiring dengan masa yang berlalu begitu pantas, saya berusaha lagi sekali untuk mencapai impian yang tidak seberapa ini. Di usia yang agak terlewat saya tidak mahu mengalah sebelum berjuang terlebih dahulu.

Sangat sedar hakikat yang semuanya bukanlah mudah. 
Cuma jikalau saya sudah dapat melepasi segala dugaan sewaktu awal perceraian dahulu, maka procesnya tetap sama. Dengan bekerja sebagai seorang pembantu kedai yang bekerja shift pagi dari 6.30 pagi hinggalah jam 4 petang, itu bukanlah alasan saya untuk bersantai-santai lagi.

Jika tak ramai pelanggan dikedai, saya akan usaha curi-curi masa untuk menaip entri di blog kesayangan Travelog Kehidupan ini. Walau masih lagi tak mampu membeli sebuah laptop, saya tetap jua berusaha gigih untuk buat yang terbaik.

Mujurlah ada smartphone android ini. Dengan menggunakan free software seperti Blogger inilah yang paling banyak berjasa kepada diri saya. Selalunya saya akan cari bahan-bahan untuk entri dan kemudiannya saya terus taip dan publish terus. 

Pada fikiran saya, beruntunglah kalau orang lain yang serba ada semuanya. Yang ada dirumah hanyalah kemudahan internet. Melalui smartphone inilah saya menaip segala entri dan meluahkan segala isi-isi penting untuk entri tadi.

Kadangkala saya terpaksa bekerja lebih masa sampailah ke malam jika tidak cukup staff ataupun terlalu ramai pelanggan. Penat memanglah penat.
Berdiri dari pagi sampailah ke malam dengan waktu rehat dan makan yang tidak menentu. Lagi membuatkan kesabaran teruji, apabila terpaksa bekerja dalam keadaan yang panas dan bermain dengan bahang panas dan sebagainya.

Selalunya gelagat pelangganlah yang banyak memberi sumber inspirasi. Sesetengahnya pula idea entri dari segala yang berlaku terhadap diri dan sebagainya. Biarpun aura negatif senantiasa ada, namun dengan menulislah saya dapat tukarkan kepada aura positif.

Dahlah terikat dengan pekerjaan ini, saya juga menjana pendapatan tambahan dengan menjadi Dropship Dexandra dan juga buku ilimiah. Hasil dari semua ini memanglah tak banyak mana tapi semuanya sangat membantu.

Selain itu saya juga terikat dengan beberapa task dropship dan yang sangat penting sebelum siapkan task yang lain, task dengan Allahlah yang paling nak dijaga. Seawal pagi task dengan Allahlah yang harus diselesaikan terlebih dahulu dan barulah task-task yang lain berjalan dengan lancar.

Ehem, hujan masih turun dengan lebatnya diluar itu. Baru sekejap tadi saya sempat membuka pintu untuk melihat bulus-bulus yang duduk diluar rumah ini. 
Walau macam mana sibuk pun, hanya kepada Allahlah sahaja saya memohon pertolongan terlebih dahulu agar semuanya berjalan dengan jayanya. 

Masa yang ada saya uruskan sebaik yang mungkin. Pernah jugalah saya keletihan dan ada masa diduga dengan satu kesakitan seperti demam, batuk ataupun selsema.

Namun alhamdulilah setelah agak sedikit sihat, saya teruskan segala rutin seperti biasa. Jadi sibuk bukanlah alasannya untuk capai segala matlamat yang tidak seberapa ini.


Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...