Monday 12 November 2018

RINDU SEMALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Buat yang paling istimewa kini dan selamanya.
Al-Fatihah buat anakanda syurga Siti Nur Balqis Ahmad Roslan

Tetiba rasa rindu membuak-buak.
Sakitnya kerinduan ini tiada ubatnya.
Bukan rindu pada sang kekasih.
Kerana kekasih hati hanyalah Allah yang maha esa.

Rindu akan senyumnya, gelak tawanya, suaranya merengek-rengek mohon senantiasa diberi perhatian.

Rindu akan semangatnya.
Berjuang meneruskan kehidupan walau hanya sementara.

Gambar ini makin pudar. Tapi ingatan dan segala memori indah tentangmu takkan pernah pudar dari kehidupan yang serba indah ini.
Hadirnya dirimu banyak mengajar diri tentang erti sebuah kehidupan.

Bagaimana kau terus berjuang melawan kesakitan dan tetap terus tersenyum walau sedang menahan kesakitan yang teramat sangat. Allah kurniakan anugerah ini sebagai salah satu peluang. Peluang bagi diri untuk membuat lebih banyak pahala buat bekalan disana nanti.

Alhamdulilah. Rasa bertuah tak terhingga kerana Allah pilih diri ini untuk lalui semua dugaan maha besar ini. Benarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik berbanding dengan hamba-hambanya. Saat sedang sibuk menjaga dirimu dalam masa yang sama Allah kurniakan satu lagi nyawa dan juga bakal adikmu.

Beberapa ketika sebelum pemergianmu ke maha pencipta adikmu lahir dan diberi nama Muhammad Aiman Hakimi. Kamu waktu itu telah menjadi seorang kakak dan dirimu sangat gembria dengan kehadiran adik tersayang.

Tak pernah lupa sewaktu kamu dimasukkan ke hospital, kamu selalu ternanti-nanti akan kedatangan adik tersayang untuk melawat dirimu. Manis sungguh kenangan itu bagai tiada gantinya lagi.

Tahu suatu hari nanti kita pasti akan bertemu jua dan semoga dengan lena malam ini akan termimpi-mimpi akan dirimu sayangku  Aqis.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...