Monday 26 November 2018

ORANG QADA PUASA, DIA QADA TIDUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Amboi!!
Bukan main sedapnya anak dara tidur. Mentang-mentang cuti sekolah dah bermula. Dia punya qada tidur macam nak tidur setahun. Kalau qada puasa tu dapatlah jugak pahalanya.
Hari tu masa saya balik sahaja dari kerja, masuk sahaja dalam rumah, penuh dengan barang-barang asramanya. Dengan buku-buku teks, baldi , hanger baju dan juga barang-barangnya yang lain. Itulah yang rasa kelakarnya. Orang qada puasa. Yang anak dara seorang ini pulak qada tidurnya.

Naik sahaja ke tingkat atas, tengok dia tidur dengan lenanya tak jadi pulak nak marah. Faham sangat rutinnya di asrama macam mana. Terpaksa bangun awal, takut nanti bila dah terbangun lewat penuh pulak bilik mandinya dan kena lagi beratur.

Itulah yang saya ingat masa memula dia belajar duduk asrama dahulu.
Bila balik sahaja dari asrama, pasti lama sikit dia akan tidur dari biasa.
Rasa tenang dan damai melihat dia tidur nyenyak begitu. 

Hilang sekejap rasa stress dan juga apa sahaja masalah yang bermain dalam benak fikiran ini. Apa pun bila dia dah bangun nanti, bolehlah ansur-ansur suruh dia kemas barang asramanya elok-elok. Terutamanya buku-buku teksnya itu.

Bukan apa saya risau takut si bulus ambil kesempatan kencing di buku-buku teks tersebut. Si bulus ini pulak ada masa pandai berlari keluar dari rumah kalau nak melepas. Ada masa nakal pulak perangainya.

Jadi kita yang bernama manusia ini, kenalah lagi bijak pandai mengatur akan segala. 

Hailah anak!
Punyalah dah lena tidur sampai ajak makan pun tak nak. Puas jugaklah gerakkannya bangun kerana dah masuk waktu Isyak dan harus laksanakan tanggungjawab yang sepatutnya kepada Allah yang maha esa.

Dah selesai semua itu, barulah boleh tidur ya, sayang!


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...