Wednesday 14 November 2018

CUTI REHAT LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Agak lama jugak tak ke luar bandar ini. Sejak tak cukup staff dan terpaksa ganti staff dari cuti raya Deepawali itu, memang dah tak tahu apa perkembangan di pekan itu. 
Biasanya saya keluar bersama-sama dengan kedua anak tersayang.
Memandangkan mereka berdua masih belajar dan tugasan mereka belum selesai, maka saya ambil keputusan untuk berjalan seorang sahaja.
Pekan ini, taklah besar mana. Lebih kurang pekan tempat kelahiran saya jugak.

Saya bercadang nak beli seluar kerja dan beberapa barang keperluan yang lain.
Apa pun, saya nekad hanya untuk membeli barang yang perlu sahaja.
Sedikit barang keperluan sendiri dan juga barang-barang makanan.

Puas jugaklah saya berpusing-pusing seorang diri. 
Lelama terasa pening pulak dibuatnya. Setelah saya melihat-lihat seluar dan juga beberapa helai blouse, akhirnya saya buat keputusan untuk beli seluar yang berwarna hitam dan blouse yang berwarna biru laut.

Lebih sukakan simple dan taklah terlalu menjolok mata.
Nak bergaya sangat pun, tak berapa pandai.
Lagipun segan kalau terlalu bergaya. Nanti apa pulak anak teruna dan anak dara kesayangan cakap nanti.

Si abang memang agak pendiam. Bila bersuara terasa sentap juga. Anak dara jangan cakaplah. Sangat pandai mengkritik dan tak suka ibunya ini berpakaian keterlaluan sangat.

Selesai sahaja membeli barang makanan dan apa yang patut, saya terus bercadang untuk pulang ke rumah. 
Sebelum itu, sempat lagi saya membeli Nasi Ayam Penyet yang kedainya terletak dengan sebuah kedai jamu dan juga klinik. 

Ingat tadi nak singgah ke pusat Cyber Cafe berdekatan. Tapi perut pulak dah muka berbunyi. Mana taknya, keluar dari rumah tadi pun, hanya minum milo dan juga tiga keping biskut.

Balik sahaja dari rumah, saya rehat dan makan Nasi Ayam Penyet tadi. Habis sahaja makan, saya ambil keputusan untuk mengemas dibahagian depan ini.

Dalam hati risau jugak akan jiran-jiran sebelah ini.
Tak pernah bercakap, tapi ada sahaja rungutannya tentang anak-anak bulus saya. 

Biarlah saya berdoa agar semuanya bebaik sahaja dan tiada apa yang perkara tak diingini berlaku.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...