Tuesday, 20 November 2018
LUMRAH
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Dah menjadi kebiasaan.
Saat susah dan peritnya mengharungi kehidupan tiada siapa yang hulurkan bantuan atau sekurang-kurangnya bertanya khabar.
Masih ingat akan sedikit masa dulu, terpaksa menumpang rumah majikan hanya kerana untuk membina kembali kehidupan ini.
Sukar dan susahnya waktu itu tiada yang memahami.
Mereka hanya sekadar mengkritik dan bukan berusaha untuk memahami.
Sokongan keluarga, adik-beradik juga rakan hanya itulah penguat semangat.
Paling tak lupa terpaksa keluar awal setelah solat Subuh hanya semata menghantar anak bujang untuk menunggu bas ke sekolah menengah agamanya.
Juga harus berjalan kaki menghantar anak dara tersayang ke sekolah rendah dan juga sekolah rendah agama.
Pernah anak dara menyuarakan rasa letihnya kerana harus berjalan kaki setiap hari ke sekolah.
Dengan berbekal kisah-kisah para nabi mujurlah anak dara waktu itu leka dan redha akan kesusahannya.
Selama beberapa tahun begitu hinggalah anak dara menamatkan persekolahannya di darjah 6.
Alhamdulilah berkat usaha-usahanya dia berjaya juga mencapai keputusan yang baik dalam pelajarannya. Kini sedang belajar di sebuah sekolah menengah agama yang berdekatan dengan daerah ini.
Semua itu bukan mudah.
Berhadapan dengan rasa letih berpanas dan juga berhujan semuanya sangat menguji kesabaran.
Biarpun waktu itu tiada yang memahami, syukurlah Allah tahu akan segalanya.
Tak pernah putus-putus rezeki anak-anak dan saya sebagai ibu dapatlah juga menumpang sedikit kebahagiaan dari anak-anak tersayang.
Anak-anak makin dewasa dan remaja.
Kini mereka makin berdikari dan tak pernah rasa gentar hadapi apa jua dugaan.
Jadi tak hairanlah saat ini, barulah ada yang cuba memahami dan tak kurang juga yang mengaku kenal atau sebagainya.
Boleh saja membalas segala apa yang mereka lalukan.
Tapi tiada kesudahan.
Memilih untuk memaafkan dan mendoakan agar mereka senantiasa bahagia dan dilimpahi segala rezeki.
Lumrah alam dan kehidupan sebegitu.
Namun lumrah diri ini ada cara tersendiri.
Sekian
Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARAPAN 2025
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...
No comments:
Post a Comment