Tuesday 13 November 2018

TIPS MUDAH UNTUK RASA LEBIH BERSEMANGAT



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dah lama sangat tak tengok drama-drama yang hebat di tv ini. Rasanya kali terakhir tengok drama yang best-best masa musim Drama Akasia TV3 Titian Cinta. Kalau nak diikutkan bukanlah juga kaki drama.

Tapi bila dah tahu ada drama yang best ini, maka cuba jugalah tengok jalan ceritanya macam mana. Lagi yang buatkan drama itu lagi menarik jalan ceritanya ialah apabila dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang terkenal macam Zul Ariffin, Datuk Adry Putra dan beberapa pelakon yang lain.

Sebenarnya apa yang saya buat ini hanyalah satu terapi untuk diri sendiri.
Yalah, memandang tinggal berseorangan dengan anak-anak yang masih belajar sangat penting untuk jaga emosi diri sebaiknya.

Dahlah kerja setiap hari bermain dengan bahang panas, dalam masa yang masa terpaksa hadap pulak karenah pelanggan yang macam-macam ragamnya.
Jadi apabila habis sahaja waktu kerja, saya dah rasa tak sabar-sabar nak balik.

Bila rasa bersemangat macam itu, semua stress yang ada hilang begitu sahaja.
Bila sampai sahaja depan pagar rumah saya lupakan semua tentang hal kerja.

Mungkin cara saya lain daripada orang lain. Ada orang mungkin suka bersukan untuk buat diri rasa lebih bersemangat. Apa pun inilah cara saya dan yang paling simpe tanpa keluarkan modal yang banyak.

Jadi bila sahaja rasa tak bersemangat, terus sahaja saya bayangkan apakah perkara yang saya suka buat dan tengok.
Ini adalah tips yang wujud secara tak spontan. Kata orang secara tak sengaja dan berdasarkan atas pengalaman sendiri.

Kalau ada lagi tips-tips yang lagi hebat, jomlah kita kongsi dan bincang sesama ya.

Nota: Kacak kan pelakon Zul Ariffin ni. Pelakon Aida Shafinaz tu pun boleh tahan comelnya.

Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...