Saturday 10 November 2018

NEKAD


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Apabila sudah nekad untuk lepaskan semuanya, maka secara automatik minda hanya berfikir ke satu arah. Sewaktu di awal pra perceraian dahulu, jujurnya hati memang agak berbelah bagi. Namun alhamdulilah setelah reda dan susana agak tenang, maka barulah dapat berfikir secara lebih rasional dan tidak dipengaruhi oleh apa jua keadaan.

Ada hikmahnya Allah aturkan hidup sebegini.
Menyesal?
Tidak sesekali. Kerana sekarang terlalu sibuk perbaiki diri dengan belajar dan perbaiki apa perlu sebagai persediaan apabila berada disana nanti.

Walau masih lagi bergelar seorang ibu tunggal, rutin harian asyik sibuk dengan kerja, uruskan anak-anak tersayang, menguruskan perniagaan sampingan secara online juga menyiapkan segala task-task penulisan.

Kalau pun ada masa terluang, biasanya saya habiskan masa bersama adik-beradik, pulang ke kampung ziarah kedua orang tua ataupun sekadar habiskan masa santai bersama rakan-rakan dan juga membaca buku.

Bukanlah menolak jodoh, tapi saya lebih selesa dan fokus kepada perkembangan anak-anak serta memantau segala perkembangan anak-anak.
Memang anak-anak dah semakin meningkat dewasa dan remaja tapi itu bukanlah alasan saya sebagai ibu untuk membiarkan mereka berdua begitu sahaja.

Tidak mahu mereka berdua rasa terabai, maka saya nekad untuk korbankan kebahagiaan sendiri serta fokus untuk mencapai segala impian walaupun terpaksa hadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan ini.

Berusaha untuk peruntukkan lebih banyak masa untuk belajar tentang ilmu dan perbaiki segala kelemahan yang ada.

Yakin dan percaya cepat ataupun lambat pasti akan berjaya juga suatu hari nanti.


Sekian
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...