Monday 22 July 2019

TARBIAH HATI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syaitan membisikkan sesuatu yang tak sepatutnya, maka pilihan yang pertama adalah lebih baik.

Jika sudah ada sebesar zarah pun dosa yang sedang bercambah dihati ini, hanya keampunan dipohon daripada yang maha esa.
Sesungguhnya manusia tak akan pernah sempurna.

Dalam nekad pilih untuk buat lebih banyak kebaikan, ujian tak akan pernah sunyi dalam hidup ini.
Irama musibah dahulu agak berbeza dari sekarang.

Dendangannya lebih halus dan menusuk kalbu.
Maka perisai keimanan mesti diperkukuhkan lagi.
Ingatan buat diri segalanya terjadi dan dipertemukan dengan izinnya.

Maka kepada Allah jualah memohon agar dipermudahkan segala urusan ini.
Boleh sahaja membuat pilihan untuk memohon pertolongan dari keluarga tercinta.

Tapi sampai bila?
Masih ingat lagi pesanan abah tersayang.
Berusaha, berdikari dan berdoa jangan sesekali lupa.

Insyaallah. Walau perit untuk hari ini, namun mengalah tidak sesekali sebelum berjuang.
Jikalau sudah mampu melepasi sang ombak yang pernah membadai dan menghancurkan mahligai impian, jadi tiada bezanya ujian ini.

Diri, kau mesti boleh.
Ikutlah rentak yang sama, dan pasakkan senjata kesabaran dan keimanan mengatasi segalanya.
Dan siapa tahu nikmat kemanisannya ujian ini Allah telah aturkan pahala yang maha besar.
Insyaallah. Aamiin Ya Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...