Monday 8 July 2019

LAMAN SOSIAL GEDUNG PAHALA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Syukur atas segala rahmatNYA yang dikurniakan kepada hambanya walau tahu hambanya tak sebaik mana. Namun Allah tetap jua aturkan sesuatu supaya hambanya kepada bertaqwa kepada Allah yang maha esa. Berkongsi kisah ini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan diri baik atau apa. Perkongsian adalah sekadar satu pengalaman bahawa kesusahan yang sedemikian rupa boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Untuk membuat kebaikan tidak Allah tetapkan kepada hambanya hanya kepada bangsa atau seagama sahaja. Malah Allah suka umatnya membuat kebaikan terhadap sesiapa sahaja. Hatta juga kepada seekor binatang.

Kejadian hari ini memberi satu keinsafan buat diri ini. Mungkin juga satu peringatan.
Mohon juga abaikan wajah saya yang tak berapa nak cantik jelita itu. Almaklumlah bekerja dalam keadaan panas dan tempat yang terhad, banyak menguji gunung kesabaran ini.

Bekerja sebagai seorang pembantu kedai, banyak memberi peluang kepada diri ini untuk bertemu dengan sejuta ragam manusia. Ada manusia yang elok budi pekertinya dan tak kurang juga sebaliknya. Namun itulah juga sumber inspirasi saya untuk terus menulis dan juga memberi manfaat buat semua.

Alkisahnya, semalam rakan sekerja yang berbangsa India telah terjumpa satu dompet di depan kedai di tempat saya dan juga rakan-rakan yang lain bekerja.
Semalam adalah hari Ahad, maka ramailah pelanggan yang singgah untuk rehat dan minum di R&R tempat saya bekerja.

Rakan saya itu pada mulanya sudah lama ternampak dompet itu. Namun hampir beberapa ketika tiada yang mengambil dompet tersebut. Risau akan sesuatu, rakan saya tadi memberi tahu kepada rakan yang lain supaya mengambil dompet tersebut dan simpan di dalam kedai tempat saya dan rakan yang lain bekerja.
Menurut rakan saya, tiada ic dalam dompet tersebut.

Yang ada hanya beberapa not duit RM 50 yang agak banyak jugak. Selain daripada itu terdapat kad bank juga kad macam ic berserta nama dan juga syarikat tempat dia bekerja. Jelas hamba Allah ini bukanlah rakyat Malaysia. Dia warganegara India dan datang bekerja di salah sebuah syarikat di bukit Jalil. Dalam hati macam mana nak cari no telefon syarikat ini. Tiba-tiba terfikir nak cari segalanya di Google.

Laju sahaja jari jemari ini mencari maklumat. Selagi tak cari rasa hati ini bagai tak tenteram.
Terkenangkan duit tunai yang ada dalam dompet tersebut. Lagilah bertambah runsing jadinya. Rakan sekerja saya memang tahu yang saya agak aktif di laman sosial. Mana tahu hamba Allah ini ada akaun fb dan sebagainya.


Setelah beberapa lama saya mencari maklumat, barulah terjumpa no tel syarikat tempat hamba Allah ini bekerja. Waktu bekerja pejabat itu bermula pada pukul 9 pagi.
Memandangkan tadi masih awal, maka saya mengambil keputusan untuk menunggu seketika. Sementara itu saya berusaha mencari maklumat di laman fb.
Mungkin saya dapat hantar message di fb akaun messenger.

Alhamdulillah. Rupanya hamba Allah ini akaun fb. Dari fbnya jelas dia bukan warganegara India yang biasa-biasa. Berlatar belakangkan seorang yang berpendidikan tinggi dan mungkin berjawatan agak tinggi di syarikat di tempat dia bekerja sekarang.
Sudah pun bernikah dan rasanya pernikahan hamba Allah ini baru sahaja berlangsung.
Lega dengan maklumat yang terkini, saya langsung memberitahu rakan sekerja akan perkembangan tuan punya dompet ini.


Kira-kira pukul 9.30, saya berusaha menghubungi hamba Allah tersebut.
Namun hampa kerana menurut operator tadi, dia belum lagi masuk ke pejabatnya.
Dalam pukul 11, lagi sekali saya menelefon dan tinggalkan semua detail dan sebagainya kepada operator tersebut.

Rasa syukur yang teramat sangat, bila hamba Allah yang bernama Mr Ravi ini call saya pada kira-kira 12 tengahari. Sewaktu menjawab panggilan beliau dia terus bertanya akan dompetnya dan lokasi kedai tempat saya bekerja. Tak sampai beberapa minit, baru saya terperasan yang Mr Ravi ini sudah pun berada di dalam kedai saya.

Mr Ravi dan isterinya rasa sangat terkejut dan berpelukan sesama sendiri.
Mungkin juga mereka berdua rasa terharu dan seakan tak percaya akan terjumpa dompet berserta duit tunai mereka berdua.
Sebenarnya bagi pihak diri saya, rasa sangat bersyukur dapat pulangkan dompet kepada tuannya sendiri. Membantu bukan atas dasar apa-apa hanya berharap Allah jua yang membalasnya.

Kerana kita tidak tahu bila akan ditimpa sesuatu kesusahan. Cubalah bayangkan kita berada di negara orang dan telah kehilangan pengenalan diri.
Tentu sangat susah dan perit. Yang memudahkan semuanya hanyalah Allah yang maha esa.
Sementara Google dan fb ada hero dan juga heroin saya untuk cari segala maklumat.
Yalah, sekarang kan maklumat dihujung jari.

Pasti hampir semua dari kita dah ada akaun fb. Jadi samalah halnya dengan Mr Ravi dan isterinya. Malam ini dah tentulah Mr Ravi dan isterinya dapat tidur dengan lena. Esok bolehlah Mr Ravi masuk ke office seperti biasa.
Sebagai rakyat Malaysia, wajiblah tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat negara yang lain. Supaya nama Malaysia semakin terkenal bukan sahaja makanannya tetapi juga rakyat negara Malaysia sendiri. Tapi bukanlah nak puji diri sendiri pulak ya.

Apa pun laman fb adalah satu tempat untuk bersosial.
Gunakan laman sosial ini untuk berbuat seberapa banyak amal kebaikan.
Berusahalah untuk berkongsi kebaikan dan juga sebaliknya.
Maka tak mustahil juga boleh dijadikan sebagai salah satu gedung pahala buat di kampung abadi nanti.
Insyaallah.

Nota : Maaf keadaan diri yang kurang cantik sebab ada kipas yang buatkan tudung jadi tak kemas.😅😅


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...