Sunday 14 July 2019

CORETAN R&R HIGHWAY


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Semalam dalam sibuk bekerja, sempat jugalah tengok temuramah penulis Tuan Khairul Abdullah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Dalam slot bedah buku itu, Tuan Khairul membincangkan tentang bukunya iaitu Mentaliti Masih Jamban.
Bukunya bersambung kisah dengan buku yang terdahulu iaitu Mentaliti Jamban.

Secara ringkasnya bukunya berkisar tentang sikap kita yang terlalu mementingkan diri sendiri sehingga ada yang menyusahkan orang lain.

Sebenarnya bercakap akan kisah pentingkan diri ini, setiap hari Kak Long terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yang sebegini.

Bukan kata diri Kak Long dah cukup sempurna tapi berazam untuk jadi lebih baik hanya untuk diri sendiri dan keluarga.
Sikap manusia yang sengaja melupuskan
erti kesabaran dalam menuntut satu perkhidmatan yang terbaik

Ya, Kak Long sedar pekerjaan sebagai seorang pembantu kedai ini bukanlah satu pekerjaan yang jadi impian orang ramai.

Namun tanpa sumbangan kami golongan pertengahan ini mana mungkin sistem lebuhraya dapat berfungsi dengan baik.
Yang paling menyedihkan silap sikit layanan yang diberikan kamilah yang terpaksa menanggung bahangnya.

Pernah juga berhadapan sikap pelanggan yang menganggap kami ini bagaikan seekor anjing kurap.
Bercakap kasar tidak sopan dan bermacam lagi.

Terfikir Kak Long, kalau golongan macam Kak Long ini kurang ajar sikit terus mengadu kepada pihak atasan, tapi bagaimana kalau pelanggan yang kurang ajar terhadap kami?

Memang pelanggan selalunya betul tapi tak akan mengabaikan hak Kak Long sebagai seorang pekerja juga.
Apa pun bila mendengar perbincangan Tuan Khairul semalam, ada kebenarannya.

Bukanlah nak mintak selalu dihargai tapi sesekali berusaha untuk berfikir dalam keadaan seperti golongan macam Kak Long ini.
Pekerja tandas, tukang sapu, pembantu gerai, pekerja tol dan highway semuanya bukan satu tugas yang mudah.

Dalam keadaan panas, hujan, kami selalu sedia berkhidmat.
Walau nampak kami tersenyum melayan para pelanggan, namun pernah tak terfikir apa yang ada dalam minda kami?

Di minda kami, teringin juga seperti anda semua.
Bawa keluarga berjalan-jalan, cuti Sabtu dan Ahad.
Tapi tak mampu sebab Sabtu dan Ahadlah orang ramai dan kenalah bekerja kerana pada hari Sabtu dan Ahadlah bayaran agak mahal.

Dan ada juga yang terpaksa kerja sampai malam demi menyara keluarga tercinta.
Anak-anak yang bersekolah, belajar, ibu dan ayah yang uzur dan pelbagai lagi seribu satu kisah.

Harapan dengan adanya buku seperti Mentaliti Masih Jamban ini dapatlah menyedarkan dan mendidik lagi masyarakat bahawa sikap pentingkan diri tidak akan menguntungkan sesiapa malah memburukkan lagi keadaan.


Sekian
Sariah Awang Senik

1 comment:

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...