Friday 2 November 2018

WAHAI BULUSKU SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Tahu hanya sebagai kucing jalanan.
Hadirnya dia mungkin juga berkat salah satu dari doa saya.
Masih ingat masa mula-mula pindah ke rumah ini dulu.
Rumah yang saya duduk sekarang ini pernah setahun tidak ada siapa yang duduk.

Faham-faham sajalah. Kalau rumah dah lama kosong ini. Ada tikus dan macam-macam lagilah. Kalau kotor tu jangan cakaplah macam mana.
Puas jugaklah saya dan anak-anak bersihkan rumah ini dulu. Paling tak lupa bila nak tidur tu, tikus berjalan-jalan disana dan sini.

Sejak kelmarin, setiap  kali melangkah masuk ke dalam rumah, hati ini rasa sayu sangat. Mungkin juga ada silap si bulus-bulus ini yang terkadang melepas dimana-mana yang buatkan ada jiran yang terkecil hati.

Bukanlah niat saya nak balas balik, walau peluang untuk membalasnya terbuka luas. Pada saya jikalau membalas tiada kesudahannya. Rasa geram terbuku dihati ini. Dimanalah saya nak letak si bulus-bulus ini semua.

Saya tak mencari si bulus ini semua. Hanya kasihan dan memberi si bulus makan dan lama-lama kasih dan cinta pun dah berputik dihati saya ini.

Si bulus seolah-olah faham apa yang bergolak dihati saya.
Semalam si bulus yang kedua kecil, entah lari ke mana. Langsung tak nampak kelibatnya sehinggalah pagi ini.

Nak dikurung 24 jam dalam rumah, si bulus dah terbiasa bebas diluar rumah dan jalankan segala rutin harian mereka.

Macam kita jugalah yang bergelar manusia.
Bumi yang bertuah kepunyaan Allah yang maha esa, bukan saja tempat makhluk bernama manusia tetapi juga untuk makhluk-makluk yang lain juga.

Antaranya ialah kucing, anjing, burung dan juga binatang yang lain. Sebagai manusia janganlah kita mengatakan bahawa bumi ini milik kita, sedangkan kita lupa ada lagi yang maha lebih berkuasa.


Sekian
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...