Tuesday, 30 October 2018

URUSKAN RASA AMARAHMU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Tak mampu membalas, walau peluang terbuka dengan luasnya.
Ibarat mencurah minyak ke api yang membara, mahunya terus terbakar.

Pepagi ini, rasa sangat kecewa dan rasa tak puas hati.
Entah dimana silapnya. Apa pun malas nak fikir banyak, terus saya abaikan dan memujuk diri untuk redha dengan apa yang terjadi.

Walau hati rasa membengkak dan terbuku, tapi tiada jalan penyelesaian jika dilayan terus keadaan yang tegang tadi.
Hanya istighfar dan juga selawat ke atas nabi dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sangat penting untuk kita tahu bagaimana untuk menguruskan rasa amarah kita itu. Jika tidak dikawal dengan baik, maka sangat membahayakan diri dan juga semua insan yang kita sayang.

Sekian
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

HARAPAN 2025

Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri  sangat...