Friday, 5 October 2018
PECUTAN 44 ENTRI ULANGKAJI KELAS BLOG ABDR
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Ya Allah, semoga dipermudahkan segala penulisan entri ini.
Aamiin Ya Mujib.
Sebenarnya rasa teruja juga, apabila terlihat satu status guru online Pn Anys Idayu Zakaria yang ingin membuat comeback atau ulangkaji bagi alumni-umni ABDR yang telah pun mempunyai sebuah blog sedikit masa dahulu.
Kalau nak tahu ABDR ini adalah Akademi Bekerja Di Rumah dan singkatannya ialah ABDR.
ABDR adalah satu platform bagi sesiapa ingin mempunyai blog dengan tujuan untuk berkongsi tentang pengalaman, minat, kemahiran juga sebagai salah satu kedai bergerak untuk yang mempunyai perniagaan secara online.
Tujuan utama kelas blog ulangkaji diwujudkan adalah untuk mengaktifkan semula blog-blog yang semua alumni-almuni ada sekaligus menjadikan diri mereka aktif semula untuk menulis dengan entri-entri yang lebih bermanfaat lagi.
Tidak hanya terbuka kepada semua alumni-alumni ABDR, kelas ini juga terbuka juga kepada sesiapa sahaja yang ingin berkongsi apa saja melalui blog yang mereka ada.
Bagi alumni-alumni mereka mempunyai pilihan sama ada membuat blog yang baru atau kekal dengan blog yang tersedia ada.
Semua 44 entri tersebut haruslah disiapkan dalam masa 20 hari sahaja.
Dan setiap 44 entri haruslah mempunyai 5 label yang utama.
Antara 5 label utama tersebut adalah:
@ Perkongsiaan tentang aktiviti harian.
@ Penulisan berdasarkan pengalaman.
@ Penulisan tentang hobi ataupun minat
@ Penulisan tentang aktiviti perniagaan.
Akademi Bekerja Di Rumah ini diwujudkan oleh Pn Masayu Ahmad iaitu seorang penulis di sebuah majalah Mingguan Wanita.
Insha Allah dengan pecutan menulis entri sebanyak 44 entri akan lebih membuatkan diri lebih komited untuk terus menulis dengan harapan dapat mengembangkan lagi bakat menulis yang terpendam ini serta membuka peluang untuk menulis artikel ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan.
Mohon doakan saya untuk menulis dengan lebih baik bukan saja ingin siapkan semua tugasan tersebut tetapi perkara yang paling utama adalah melatih diri untuk terus konsisten menulis.
Doakan ya.
Sekian
Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARAPAN 2025
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...
No comments:
Post a Comment