Sunday 14 October 2018

APABILA UBAN MAKIN MEMUTIH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam semasa nak keringkan rambut, terperasan akan sesuatu.
Ingatkan salah pandang atau apa. Rupanya tiada yang benar melainkan hanya benar belaka.

Jangan terkejut pulak ya!!
Tiada apa yang serius pun.
Hanya saya baru terperasan yang uban di kepala makin memutih dan banyak.

Yalah!
Umur pun dah 44 tahun. Bukannya muda sangat pun.
Terbaca juga macam-macam kajian tentang uban ini. Tak kira dari segi Sains dan juga agama Islam kita ini. Banyak jugalah antara fakta-fakta itu yang agak menakutkan juga. Apa pun semuanya tuhan yang maha kuasa.

Apakah sebenarnya uban ya?

Uban terjadi akibat kekurangan kandungan melanin pada rambut kita.
Sepatutnya rambut baru yang tumbuh berwarna hitam. Tetapi disebabkan kekurangan melanin, maka rambut pun berubah kepada warna putih.

Biasalah bila uban dah makin banyak tumbuh, gatalnya kulit kepala ini hanya Allah sahaja yang tahu. Dahulu anak dara tersayang gemar habiskan masa mencabut uban dikepala ini.

Tapi disebabkan dah semakin faham yang mencabut uban adalah tidak digalakkan sama sekali. Dengan mencabut uban dikepala kita, maka boleh datangkan kerosakan yang teruk kepada folikel  dan juga saraf-saraf rambut.

Sebenarnya memanglah agak geram bila tengok uban ini tumbuh dikepala kita.
Jari-jemari ini geram sahaja nak cabut uban-uban itu semua.
Namun apabila teringatkan akan segala kajian tentang uban membuatkan diri rasa berdosa.

Uban adalah sebagai salah satu teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.
Sebagai amaran bahawa kehidupan yang kita lalui sekarang taklah sebanyak mana.  Juga sebagai muhasabah diri untuk lebih dekatkan diri kepada Allah yang maha esa.

Perbaiki segala amalan, sedekah dan juga bantu-membantu kepada golongan yang lebih susah.

Kalaulah uban yang ada itu , boleh ditukarkan jadi emas kan lebih seronok.
Walaubagaimanapun, bersyukur kita atas apa yang kita ada dan kecapi sekarang.

Perbanyakkan segala amalan buat bekalan untuk kehidupan yang lebih abadi disana nanti.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...