Saturday 13 October 2018

MEMBACA LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan yang lebat tadi, dah pun berhenti.
Ada masa risau juga. Bukan apa, di belakang rumah ini dahlah sungai.
Apabila hujan lebat, air sungai tu pun penuh dan lajunya tak tahu nak cakap macam.

Kalau hari biasa, langsung tak de air. Siap orang boleh lepak lagi dibawah jambatan itu. 
Semoga tiada apa yang buruk berlaku apabila dah tiba hujung tahun 2018 ini.

Dalam sibuk duduk berehat lepas balik kerja ini, sibuk fikirkan idea untuk siapkan 44 entri untuk blog kesayangan Travelog Kehidupan.
Menulis apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan harapan memberi manfaat buat yang sudi baca blog ini.

Rutin dalam kehidupan seharian, selain ada bisnes online yang perlu di update selalu, saya suka luangkan sedikit masa membaca dan juga melayan si kucing kesayangan. 

Ada lagi satu hobi saya iaitu menjahit.
Memandangkan mesin jahit rosak dan belum ada rezeki nak beli yang baru, maka saya banyak habiskan masa dengan kucing dan juga buku.

Dalam sibuk-sibuk kemas buku-buku novel, komik anak-anak tersayang, saya terjumpa beberapa buah buku novel yang belum lagi anak-anak habis baca.

Tergerak hati juga saya nak membacanya. Ditulis oleh salah seorang penulis BestSeller. Tajuk novel ini ialah Perjalanan. 
Nama penulisnya, kalau tak silap Regina Ibrahim.
Ada 27 kisah pendek yang terdapat dalam novel ini yang berkisar tentang kemelut kehidupan, suka dan duka dan bagaimana mereka mengharunginya.

Mana tahu, apabila dah selesai baca novel ini, mungkin dapat beri lagi saya idea dan semangat untuk terus menulis.

Tahu, hari ini saya hanyalah seorang penulis blog sahaja. Siapa tahu suatu hari nanti saya juga bakal menjadi seorang penulis dalam kategori BestSeller.

Hujan turun lagi, tapi ada sahaja idea yang nak saya tulis untuk entri seterusnya.
Semoga Allah kurniakan kemudahan bagi saya untuk terus menulis dan juga membaca novel yang saya sebutkan tadi.

Sekian 
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...