Tuesday 16 October 2018

APABILA RINDU BERTANDANG LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. 
Dapat juga off hari ini. Semalam dah pun berkerja dari pagi sampailah ke malam.
Bangun dahlah pukul 5 pagi. Lepas solat Subuh dah sesiap nak pergi kerja.
Mujur jugalah Allah permudahkan segala urusan.

Hari ini dalam usaha nak habiskan 44 entri lagi untuk blog kesayangan, hati tetiba rasa rindu yang teramat sangat.
Rasa rindu yang teramat sangat pada arwah anak sulung yang tersayang Siti Nur Balqis Ahmad Roslan.

Berbelas tahun dia pergi menemui maha penciptanya. Memori dan segala kenangan manisnya semasa menjaga arwah anak tersayang masih segar dalam ingatan.

Semangatnya untuk teruskan hidup dan perjuangannya untuk melawan penyakit Biliary Aretesianya. 
Itulah peluang yang Allah beri sebagai salah satu tiket pahala disana nanti.

Jika arwah anak masih ada dia dah pun berumur 21 tahun. 
Waktu itu hospital adalah rumah kedua. Seluruh aktiviti kehidupan perlu mengutamakan arwah anak tersayang.

Masih ingat biarpun pembesaran arwah anak tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, tetapi dia tetap tersenyum riang mengharungi segala kesakitan yang dialaminya.

Arwah anak juga suka dengan buku. Terutamanya buku-buku cerita. Walau tak sempat belajar dan menulis, arwah selalu teruja apabila melihat saja buku-buku cerita yang berwarna-warni.

Untuk hilangkan segala rasa rindu yang terpendam ini, hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan juga doa semoga arwah anak tersayang menjadi anak yang solehah.
Aamiin Ya Mujib


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...