Tuesday 16 October 2018

BERMULA APA YANG ADA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Cantik kan logo ini?
Sekali pandang dah macam Cikgu Blog Online saya Pn Anys Idayu Zakaria kan?
Kalau nak tahu dialah yang bertanggungjawab atas apa yang jadi kepada saya hari ini.

Apa yang dia telah buat ya?

Dialah yang memperkenalkan saya kepada dunia blog ini. Dulu saya memang teramat jahil tentang dunia blog ini. Nak jadi seorang penulis tapi tak tahu dimana saya harus belajar tentang selok-belok penulisan ini.

Okey.
Dah pepetang ini, kita janganlah serius sangat. Tahu mesti ada yang tengah penat melayan jem nak balik dari kerja tadi kan?
Atau, mungkin ada yang masih berperang dengan kerja lagi.

Tidak kiralah dimana saja anda berada, didoakan agar segala urusan berjalan dengan lancarnya ya.

Berbalik kepada logo diatas itu, sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan saya. Akademi Bekerja Di Rumah. Hampir kebanyakan yang jadi ahli jemaah ini adalah kaum hawa. Apa pun ada juga golongan bapa.
Cuma tak pasti berapa yang ada dibawah jemaah Akademi Bekerja Dari Rumah sekarang.

Saya masih ingat satu masa dahulu. Bagaimana bersusah payahnya saya untuk mencipta blog Travelog Kehidupan ini.
Sebelum wujudnya blog Travelog Kehidupan ini, saya ada lagi satu blog.
Dah lama bersawang dan bersemadi dan terus lenyap.

Blog pertama saya banyak menulis entri-entri yang negatif. Asyik bercerita tentang hal yang tak sepatutnya. Tulis hal yang bermasalah, jadi siapalah yang sudi nak singgah membacanya.

Hinggalah saya bertemu jodoh dengan guru blog online ini iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria. Waktu itu saya tidak tahu bahawa ada kelas yang diwujudkan secara online.

Puas jugaklah nak fikir hal itu semua.
Dan cuba bayangkan juga macam manalah kelas ini berjalan.
Dan cabaran yang paling terbesar ialah, nak menulis tapi saya tiada laptop dan hanya mempunyai telephone pintar.

Disebabkan minat yang sangat mendalam dalam penulisan, saya usaha jugalah untuk cari jalan penyelesaiannya.

Masa itu yang ada hanyalah data internet dan juga telefon pintar. Saya usaha cari jalan kalau-kalau ada software yang dapat memudahkan saya untuk menulis blog.

Kalau tak silap waktu itu, ada beberapa software yang free. Antaranya Blogger dan beberapa software yang lain. Setelah buat pendaftaran dengan guru online Pn Anys Idayu Zakaria untuk sertai jemaah Akademi Bekerja Dari Rumah itulah segala tugasan bermula.

Antaranya menyiapkan 44 entri pengenalan diri seperti yang saya lakukan sekarang. Bukan mudah sebenarnya menaip segala tugasan tanpa kemudahan komputer ataupun laptop.

Dengan software yang ada itulah satu persatu entri saya usaha siapkan sebaik yang mungkin. Memandangkan pengalaman IT tidaklah sebanyak mana, setiap soalan yang tidak faham terus saya tanyakan pada guru online sehinggalah siap semua 44 entri tersebut.

Kalau nak ikutkan taklah bagus mana saya menulis, tapi saya usaha perbetulkan segala kelemahan yang ada.

Akademi Bekerja Dari Rumah ini sebenarnya perkongsiaan berdasarkan pengalaman, minat ataupun perkhidmatan yang ada pada setiap ahli jemaah Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Ada yang telah pun menggunakan blog yang ada untuk menjana pendapatan sampingan ataupun tetap. Dan ramai juga yang telah berjaya dengan cemerlangnya. Antaranya ialah guru online sendiri Pn Anys Idayu Zakaria, foundernya Pn Masayu Ahmad juga Pn Khairunissa Hamzah dan ramai lagi.

Saya juga pernah beberapa kali mendapat pelanggan hasil dari penulisan saya di blog. Bagi saya yang ada kemudahan laptop dan juga internet janganlah dipersia-siakan.

Untuk memulakan satu perniagaan tak perlukan modal yang sangat besar. Dengan kemudahan yang ada juga kepakaran yang sedia ada juga mampu menjana pendapatan secara sampingan.

Kini saya sedang berusaha mengulangkaji penulisan diblog dengan siapkan sebanyak 44 entri lagi.
Saya berdoa kepada Allah, setelah saya siapkan lagi 44 entri ini dapatlah membuka lebih banyak peluang dalam bidang penulisan nanti.
Insha Allah.

Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...