Thursday, 4 October 2018
RAIKAN KEBAHAGIAAN
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Al-Fatihah buat diri terutamanya kedua ibubapa tersayang juga buat arwah anak, arwah emak dan bapa mertua dan tidak juga lupa buat semua sahabat.
Masa berlalu amat pantas.
Dan ada masanya, masa itu lebih mahal dari wang ringgit.
Disebabkan masa yang pendek itulah, kita harus lebih banyak menghargai masa juga lebih sayang akan sesiapa sahaja yang ada disamping kita.
Sayang dan menghargai sesama sendiri tidak terletak pada satu-satu ikatan yang khusus.
Maksudnya, tak semestinya ada seorang suami, atau teman lelaki untuk belajar menghargai seseorang.
Adik-beradik, sahabat-handai juga saudara-mara itulah sepatutnya lebih dihargai.
Tanpa mereka dan juga sokongan yang diberikan tidak mungkin kita berada ditahap sekarang.
Doa-doa yang mereka berikan lebih bernilai dari seketul emas.
Bahagia tidak semestinya membahagiakan diri sendiri sahaja, tapi wajib juga berusaha untuk membahagiakan orang lain dengan jujur dan ikhlas tanpa meletakkan sebarang isyarat.
Tidak perlu membuang masa mencari sebuah kebahagiaan, tapi ciptakan kebahagiaan itu.
Raikan sebuah kebahagiaan, walau ianya tidaklah sebesar mana.
Ada masanya menghabiskan masa bersama keluarga dan juga teman-teman juga salah satu dari sebuah kebahagiaan.
Hatta dapat menulis, juga menaip entri ini juga memberikan sebuah kebahagiaan dan juga kepuasan yang tersendiri.
Meraikan sebuah kebahagiaan juga tak perlu mengeluarkan belanja yang mahal-mahal.
Cukup memasak makanan kegemaran anak-anak adalah satu kebahagiaan dan juga pengorbanan paling bermakna dalam diari yang bergelar seorang ibu.
Akhir kata, bahagia ada dimana-mana dan wujudkanlah sebuah kebahagiaan dalam sebuah perjalanan kehidupan yang bermakna setiap hari.
Alhamdulilah.
Sekian
Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARAPAN 2025
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...
No comments:
Post a Comment