Saturday, 6 October 2018

JANGAN PENAT BERAMAL


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Lelahkanlah dirimu dengan amal. Sesungguhnya istirehatnya seorang muslim adalah di syurga kelak.”

[Sayyidina Ali Bin Abi Thalib كرم الله وجهه]


https://t.me/iloverasulullah

Alhamdulilah. Bersyukur hari ini kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas lagi. Apa pun peluang dan nikmat yang diberi oleh Allah yang maha esa, seeloknya janganlah dipersia-siakan.
Janganlah kita dengan nikmat yang diberi hinggalah terlupa untuk membuat amal ibadah yang lain.

Memanglah penat berzikir, berselawat, mendirikan solat sunat juga berpuasa sunat. Tapi ganjaran yang Allah janjikan disana nanti, amatlah besar pahalanya.

Semoga dengan cara istiqamah membuat amal ibadah dapat mengelakkan diri dari terus membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Insha Allah. 

Semoga kita semua terhindar dari perbuatan dosa dan melatih diri agar terus bersabar dalam membuat segala amalan setiap hari.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

HARAPAN 2025

Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri  sangat...