Friday, 26 October 2018

ISTIQAMAH DALAM LAKUKAN SEGALA AMALAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Apabila engkau terlanjur berbuat dosa, maka dengan itu jangan engkau berputus asa dalam menggapai istiqomah kepada Tuhanmu, kerana boleh jadi, itulah dosa terakhir yang ditakdirkan bagimu.”

[Imam Syeikh Ibnu At’thoillah As-Sakandari قدس 


Syukurlah dah pun hari Jumaat.
Tak lama lagi habislah tahun 2018 ini. Cepat sungguh masa berlalu.
Usia pun dah makin bertambah. Sedar tak sedar dah berumur 44 tahun.
Bukanlah muda mana lagi. 

Apa pun walau usia dah makin bertambah, maka segala amalan juga harus diperbanyakkan lagi. Tanpa sedar tiap hari ada saja dosa yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun sebaliknya.

Kecil atau besar dosa yang kita lakukan tetap Allah kira sebagai satu dosa dan wajiblah kita bertaubat dan lakukan segala ibadab yang Allah sarankan kepada semua umatnya.

Janganlah asyik lakukan segala dosa tanpa ada niat untuk berubah dan juga bertaubat bersungguh-sungguh.
Ajal kita ini, belum pasti lagi. Entahkan esok ataupun lusa.
Sebelum kita dijemput Allah yang maha esa, ada baiknya kita bertaubat dan perbanyakkan segala amalan kita.

Semoga kita dilindungi dari api neraka dan juga segala seksaan apabila berada disana nanti.


Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

HARAPAN 2025

Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri  sangat...