Wednesday 10 October 2018

OPERASI CUCI KEDAI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboii!!
Penatnya Allah je yang tahu.
Walau dalam keadaan hujan pun, amanah ini mesti dilakukan sebaik yang mungkin.

Inilah kali pertama saya terlibat dalam operasi cuci kedai ditempat kerja saya.
Sejak bertukar ke shift pagi, rasa macam mula masuk kerja pulak.
Rasa segar dan taklah terlalu penat.

Operasi cuci kedai ini atau bahasa omputihnya " Spring Cleaning" perlu dilakukan setiap bulan. Memandangkan bulan lepas banyak sangat public holiday, maka tak delah operasi cuci kedai ini.

Maka hari ini, operasi cuci kedai ini pun berjalan seperti biasa.
Tujuan utama operasi cuci kedai ini dijalankan setiap bulan adalah untuk memastikan semua gerai dibawah PLUS senantiasa bersih dan teratur. 

Banyak aspek-aspek yang perlu diambil kira. Bukan setakat hanya operasi cuci kedai yang biasa sahaja. Cara nak cuci kedai pun ada peraturan yang telah ditetapkan oleh PLUS.

Almaklumlah hentian rehat dan rawat ini senantiasa menjadi tumpuan orang ramai yang singgah berehat dalam menuju ke destinasi masing-masing.

Antara yang menjadi perhatian dalam operasi cuci kedai atau spring cleaning ini ialah :
@ Aspek keselamatan makanan, kebersihan, process semasa nak sediakan semua bahan-bahan yang nak dimasak.
@ Kebersihan alat-alat memasak.
@ Kebersihan pengendali makanan atau pembantu kedai
@ Keselamatan bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan jika ianya kedai makan.

Sebenarnya ada banyak lagi aspek yang lain yang harus juga diambil kira.

Alhamdulilah lewat petang dalam pukul 5. 30 petang selesai segala operasi Spring Cleaning. Dan shift petang pula akan menyambung semua tugasan yang lain.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...