Monday 8 October 2018

ADUHHH MENGANTUKNYA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bukan senang nak senang!!!
Ada masanya betul-betul menguji kesabaran.
Dahlah semalam kerja dari pagi sampailah ke malam.
Kerja pulak dalam suasana yang panas melampau. 

Yalah!! Kerja sebagai seorang penjual pau.
Bila kuih pau tu tengah panas, panasnya berapi-api.

Musim kejap-kejap hujan dan panas ini, kuranglah sikit bahang panas dalam kedai ini. Tapi kalau masa musim panas atau tengah berpuasa, tulah yang menduga segala mak nenek kesabaran.

Hari ini, taklah ramai mana pelanggannya. Sebabkan kena cover shift dari pagi sampai malam, tu yang rasa mengantuk teramat sangat. Lagipun pagi tadi dah terbangun awal gara-gara siapkan anak dara yang nak balik ke asrama.

Patutnya petang semalam dah balik asrama. Dek kerana hujan dan baju yang dah dibasuhnya belum lagi kering.
Anak gadis saya macam itulah.

Agaknya saja jer dia mereka alasan sebab tak nak balik ke asrama secepat yang mungkin. 

Tengahari tadi lepas selesai makan tengahari, rasa mengantuk yang teramat sangat tu tak tahu nak cakap macam mana.
Kat mata ini, rasa terbuai-buai jer. Pegang handphone nasib tak terjatuh. Kalau tak alamat kena beli barulah jawabnya.

Usaha juga nak hilangkan rasa mengantuk dengan berjalan-jalan dan berborak dengan rakan sekerja. Walau macam mana pun, tetap juga rasa mengantuk bagai satu saka yang dah lama bersemadi dalam diri ini.

Aduhh!!! 
Mengantuknya sampai nak taip entri ini asyik salah jer.

Ya Allah, saya berdoa agar rasa mengantuk ini akan cepat hilang.
Nak-nak dah dekat waktu magrib ini.
Salam Magrib buat semua dan semoga kita dapat lakukan solat Magrib dengan khusyuknya. Insha Allah.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...