Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Jika datang kemarahan maka diam dan tenanglah, ketahuilah bahwa kata-kata yang terucap saat marah itu hanya akan menjadi sebuah penyesalan.”
[Habib Muhammad Al-Bagir Bin Alwy Bin Yahya]
https://t.me/iloverasulullah
Bismillahirahmannirahim.
Semoga Allah permudahkan segala penulisan entri ini.
Kita sedia maklum bahawa perasaan adalah satu emosi yang sangat kuat seperti sedih ataupun rasa kecewa terhadap sesuatu perkara.
Apabila kita berada dalam perasaan marah dari segi sains, hormon seseorang juga akan berubah. Hati terasa panas membara dan meluap-luap bagaikan lahar gunung berapi. Jika tidak dikawal dengan baik, bimbang akan mendatangkan kesan buruk terhadap diri dan juga orang disekeliling kita.
Dalam ajaran agama Islam, apabila sedang marah, syaitan akan memainkan peranannya yang paling utama. Masa inilah apabila marah, kita akan bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.
Bila sahaja perasaan marah itu melanda apabila sedang berdiri, kita digalakkan untuk duduk ataupun mengambil wudhuk dan sebaik-baiknya solatlah dan berdoalah kepada Allah untuk hilangkan segala perasaan marah yang ada itu.
Pendek kata, perasaan marah itu langsung tidak mendatangkan sebarang kebaikan dalam kehidupan seharian kita.
Sama ada bercakap, berfikir ataupun melakukan sesuatu dalam perasaan semuanya tidak menghasilkan kebaikan.
Kawallah perasaan marah dan jangan biarkan perasaan marah menguasai seluruh kehidupan kita.
Sekian
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment