Tuesday, 16 October 2018

KONSISTEN RESIPI KEJAYAAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Percaya dan buktikan kepada diri bahawa kita boleh capai kejayaan yang luar biasa.
Yang penting konsisten dan displin.

Tiada jalan singkat untuk berjaya.
Semuanya mesti dimulakan dengan satu tindakan yang dilakukan secara konsisten atau istiqamah.
Adakalanya dalam kita konsisten lakukan sesuatu perkara pun, belum tentu berjaya. Tapi sekurang-kurang kita telah membuat satu langkah ke hadapan dalam mencapai satu kejayaan.

Paling penting adalah displin yang tinggi dan fokus akan segala matlamat yang ingin dicapai.

Kalaupun ditakdirkan gagal sekurang-kurangnya kita dah pun berusaha semampu yang boleh.

Maka sangat benarlah dan terbukti bahawa konsisten lakukan sesuatu tanpa kenal erti jemu adalah resipi kejayaan yang paling utama.

Saya berdoa kepada tuhan agar kita bakal memprolehi kejayaan dalam apa jua pekerjaan yang kita sedang lakukan sekarang.

Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

HARAPAN 2025

Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri  sangat...