Monday 8 October 2018

PENGORBANAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Begitu pantas masa berlalu.
Hari ini pun dah 7 Oktober. Tak lama lagi habislah tahun 2018 ini.
Sana-sini bermacam hal telah berlaku. 

Semoga dengan apa saja yang berlaku itu dapat memberikan kita satu pengajaran buat semua. Dan demi untuk kehidupan yang lebih baik, ada masanya kita perlu lakukan satu pengorbanan.

Pengorbanan adalah satu perbuatan secara sukarela demi untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik.

Dizaman Nabi Muhammad SAW, terlalu banyak yang Nabi Muhammad lakukan dalam usahanya mengembangkan ajaran agama Islam yang suci ini. Cabaran yang terpaksa Nabi Muhammad hadapi juga bukanlah dugaan yang biasa-biasa.

Malah hampir semuanya adalah dugaan yang teramat besar.

Berbalik kepada kehidupan saya, tiada apa yang istimewa. Mungkin juga ada kehidupan insan lain yang lebih susah dari saya.

Apa pun sejak saya berpisah dan menjadi seorang ibu tunggal, saya sudah pun membuat keputusan untuk tumpukan sepenuh perhatian terhadap ketua anak tersayang.

Walaupun terpaksa korbankan kebahagiaan sendiri, namum hakikatnya saya tak sanggup kehilangan kasih sayang anak-anak hanya kerana saya inginkan satu kebahagiaan.

Susah payah, jerih-perih semuanya saya lalui sendiri dalam 4 tahun kebelakangan ini. 
Ada masa saya terpaksa bekerja dari pagi sampailah ke malam. Penat memanglah penat. Tapi demi anak-anak tersayang, saya tetap usaha untuk mengharungi semua keperitan tersebut.

Saya percaya dan yakin, bahawa kebahagiaan tidak semestinya wujud hanya hidup berpasangan. Bukanlah menolak jodoh, tapi sebaliknya saya sendiri belum bersedia untuk lalui sebuah lagi ikatan perkahwinan.

Dalam erti kata lain, agak sukar untuk saya tumpukan perhatian dalam apa saja bidang jika pada masa yang sama ada komintment yang lain.

Apa pun saya bersyukur kerana saya ingin mencapai dulu impian bergelar seorang penulis dan juga demi kebahagiaan anak-anak tersayang.
Insha Allah


Sekian 
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...