Monday 12 November 2018

KISAH SI PENJUAL PAU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kisah seorang penjual pau je pun. Tapi bukanlah semudah yang disangka.
Terpaksa menahan bahangnya panas pengkukus pau, bahangnya hanya Allah yang tahu. Mungkin sesetengah orang menganggap, senang saja kerja menjual pau ini. Bila dah buat sendiri, barulah tahu akan susah dan senangnya.

Inilah kerja yang telah lakukan selama hampir berbelas tahun lamanya. Kerja yang bukan berdasar hanya sekadar bekerja untuk keperluan kehidupan selama ini.

Walau semakin hari semakin mencabar, saya memilih bertahan dan bersabar buat masa ini.

Setelah siap menyusun pau yang hendak dikukus, api dibawah pengkukus pau ini tidaklah boleh terlalu kuat. Kalau terlampau kuat, nanti pau yang dikukus akan cepat menjadi warna kekuning-kuningan. Air untuk kukus pula harus banyak dan cukup untuk mengkukus pau yang ada.

Bila wap pengkukus pau itu semakin banyak, maka haruslah dibuka sedikit dan lihat sama ada pau sudah masak ataupun belum. Kalau permukaan kulit rasa lembut maknanya pau yang dikukus itu telah pun masak.

Kecilkan api dan lihat air pengkukus pau sama ada masih banyak atau tidak. Jika air pengkukus pau sudah kurang, maka haruslah ditambah dari semasa ke semasa. Jangan dibiarkan air pengkukus pau terus kering.

Itu cara untuk mengkukus pau. Dalam masa yang sama, sambil mengkukus pau, kena juga melayan karenah para pelanggan yang ada. Biasalah pelanggan. Ada yang cerewet dan juga sebaliknya.

Ada masa pelanggan akan tanya banyak soalan tentang pau itu. Antaranya ada berapa jenis pau, pau dibuat dimana dan bermacam lagi soalannya.

Bayangkan dalam keadaan bahang panas pengkukus pau itu terpaksa pulak menjawab pelbagai soalan cepu emas dari para pelanggan. Dahlah panas, kedainya pulak bukanlah besar mana. Bekerja pulak seawal pukul 6.30 pagi hinggalah pukul 4 petang.

Hari biasa selalunya taklah ramai mana. Yang paling menduga kesabaran ialah apabila tiba cuti hujung minggu, cuti public holiday dan cuti hari perayaan.
Macam minggu lepaslah. Ramainya pelanggan dan melayan gelagat mereka senantiasa menguji kesabaran.

Jika terlampau ramai pelanggan tak terjawab semua soalan yang mereka ajukan. Sebab semuanya soalan hampir sama. Cuma cara mereka bertanya sahaja yang berlainan.

Itulah sebagai satu coretan ringkas kisah si penjual pau yang taklah sehebat mana. Dalam hati ini senantiasa berdoa agar dapat mempunyai satu perniagaan yang tetap suatu hari nanti. Insha Allah. Aamiin Ya Mujib.

Sekian
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...