Sunday 4 November 2018

BELUM SAMPAI MASANYA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Berpantang maut sebelum ajal. Kalau sudah sampai masanya, semua boleh berlaku hanya sekelip mata sahaja. Andai sudah tertulis dan Allah sudah utuskan malaikat maut menjemput tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Teringat kisah semalam, buat hati berdebar-debar dan juga kecut perut.
Berlaku sesuatu kejadian itu tanpa diduga.

Semalam saya bekerja seperti biasa.
Hari Ahad, kebiasaannya orang ramai. Nak-nak kalau yang mengunakan highway Plus ke satu destinasi. Kebetulan pulak hari Selasa ini, bagi panganut agama hindu akan meraikan Hari Deepavali.

Kebiasaannya hari Ahad adalah hari kritikal. Kerana cuti hujung minggu dan kebetulan cuti sekolah dan juga hari tidak bekerja. Bertugas di shift pagi agak banyak kerja yang perlu diuruskan. Dari order barang, loading barang dan juga menyusunnya.

Kalau order barang pula, tidak boleh terlalu banyak. Semuanya ada had-had yang tertentu. Tugas utama yang paling terbesar dalam menguruskan kedai ini adalah produk makanannya yang paling utama iaitu Pau. Setelah selesai pau disusun untuk dimasak dan juga disimpam didalam freezer, saya dan rakan sekerja pula terpaksa menyusun pula stok minuman dan juga makanan ringan.

Semua tugas-tugas ini bukanlah boleh disiapkan dalam masa yang singkat. Dalam masa yang sama juga, harus juga melayan para pelanggan yang mahu membeli pau dan juga minuman.

Apabila berada dalam keadaan ini didalam satu tempat yang kecil dan sempit suasananya agak kelam-kabut sedikit. Apa saja pekerjaan harus dilakukan dengan cepat, kemas dan juga teliti. Paling penting walau hanya sebuah kedai minuman di R&R tapi sudah ada SOPnya yang tersendiri.

Ketika sedang sibuk uruskan segala barang yang disusun dan kebetulan melayan karenah para pelanggan yang ada, saya seakan terdengar satu bunyi berdesir dan juga bau gas.

Waktu itu, saya sedang menyusun air minuman dan sedang sibuk mengangkat barang disana dan sini. Pada mulanya bunyi berdesir itu taklah sekuat mana.
Rakan sekerja menjerit memanggil nama saya dan bertanya bunyi berdesir itu datangnya dari mana.

Terus terlintas difikiran saya, ini pasti gas yang bocor. Sepantas kilat saya berlari menuju ke steamer pau dan menutup kepala gas kerana paip ditepinya sudah terkena besi yang berdekatan yang panas terkena bahang dapur tempat mengkukus pau.

Waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Jantung berdegup kencang dan dalam minda hanya nak selamatkan rakan sekerja dari terhidu bau gas yang bocor. Mujur juga waktu itu saya tengah menyusun air mineral. Air mineral tu saya campak ke tepi dan terus meluru untuk menyelamatkan keadaan dari kejadian yang tak diingini.

Alhamdulilah. Syukur Allah masih beri saya kesempatan untuk bernafas lagi.
Jika saya lambat bertindak, kedai ini mungkin akan meletup dan terbakar. Jujurnya ini bukan kali pertama. 

Kejadian ini adalah kali yang kedua. Dan baru sahaja beberapa hari yang lepas ada satu pemeriksaan dikedai dari pegawai-pegawai Plus yang bertugas.
Semuanya berlaku begitu pantas dan langsung tak terfikir diakal saya.

Rasa bersyukur ini sukar digambarkan. Mungkin juga saya terselamat berkat dari doa ayah, adik-beradik, saudara-mara , sahabat-handai atau mungkin juga dari anda yang sudi baca entri di blog saya ini.

Apa yang berlaku semalam sangat menginsafkan diri saya dan yang pasti saya mesti bersiap sedia dari sekarang. Insha Allah.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...