Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Allah SWT berfirman:
وَقُلْ لِّـلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَا رِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَـضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوْبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اٰبَآئِهِنَّ اَوْ اٰبَآءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَآئِهِنَّ اَوْ اَبْنَآءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَا نِهِنَّ اَوْ بَنِيْۤ اِخْوَا نِهِنَّ اَوْ بَنِيْۤ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَآئِهِنَّ اَوْ مَا مَلَـكَتْ اَيْمَا نُهُنَّ اَوِ التّٰبِعِيْنَ غَيْرِ اُولِى الْاِ رْبَةِ مِنَ الرِّجَا لِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِيْنَ لَمْ يَظْهَرُوْا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَآءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِاَ رْجُلِهِنَّ لِيُـعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ ۗ وَتُوْبُوْۤا اِلَى اللّٰهِ جَمِيْعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
wa qul lil-mu`minaati yaghdhudhna min abshoorihinna wa yahfazhna furuujahunna wa laa yubdiina ziinatahunna illaa maa zhoharo min-haa walyadhribna bikhumurihinna 'alaa juyuubihinna wa laa yubdiina ziinatahunna illaa libu'uulatihinna au aabaaa`ihinna au aabaaa`i bu'uulatihinna au abnaaa`ihinna au abnaaa`i bu'uulatihinna au ikhwaanihinna au baniii ikhwaanihinna au baniii akhowaatihinna au nisaaa`ihinna au maa malakat aimaanuhunna awittaabi'iina ghoiri ulil-irbati minar-rijaali awith-thiflillaziina lam yazh-haruu 'alaa 'aurootin-nisaaa`i wa laa yadhribna bi`arjulihinna liyu'lama maa yukhfiina min ziinatihinn, wa tuubuuu ilallohi jamii'an ayyuhal-mu`minuuna la'allakum tuflihuun
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(QS. An-Nur 24: Ayat 31)
Alhamdulillah. Panjang lebar Allah jelaskan tentang aurat seorang wanita. Secara jujurnya diri ini terlalu banyak kekurangan dan juga dosa. Namun sejak akhir-akhir ini, bagaikan ada sesuatu yang mengetuk pintu hati ini.
Yang pasti setiap kali melihat wanita berniqab, hati bagaikan tertarik untuk memakainya. Walau tahu pengetahuan agama tidaklah setinggi mana, namun semakin hari, hati bagaikan rasa bersalah teramat sangat.
Bagaimana selama ini memandang ringan tentang aurat. Padahal itulah perkara yang paling Allah tuntut daripada seorang wanita untuk menjaga. Jika tidak berusaha menjaga, kelak di akhirat nanti, anak lelaki, ayah juga adik lelaki bakal berada di neraka.
Jika tidak berniqab sekalipun, sekurang-kurangnya berusaha untuk menutup aurat sesempurna yang mungkin. Bagi diri aku, hebat wanita berniqab ini. Kerana mereka mampu menutup aurat mereka sesempurna yang mungkin.
Harapannya suatu hari nanti dapat menutup aurat semampu yang boleh. Bukan sebab malu sesama insan tapi lebih takut balasan dari Allah dan bakal ditempatkan di neraka nanti. Allahuakbar.
Sekian
Bagaimana selama ini memandang ringan tentang aurat. Padahal itulah perkara yang paling Allah tuntut daripada seorang wanita untuk menjaga. Jika tidak berusaha menjaga, kelak di akhirat nanti, anak lelaki, ayah juga adik lelaki bakal berada di neraka.
Jika tidak berniqab sekalipun, sekurang-kurangnya berusaha untuk menutup aurat sesempurna yang mungkin. Bagi diri aku, hebat wanita berniqab ini. Kerana mereka mampu menutup aurat mereka sesempurna yang mungkin.
Harapannya suatu hari nanti dapat menutup aurat semampu yang boleh. Bukan sebab malu sesama insan tapi lebih takut balasan dari Allah dan bakal ditempatkan di neraka nanti. Allahuakbar.
Sekian
No comments:
Post a Comment