Friday, 6 March 2020

RAIKAN HARI BAHAGIA ANDA SETIAP HARI.


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
https://www.facebook.com/sariahawangsenik

Syukurlah. Rahmat Allah turun ke bumi beberapa hari ini.
Jadi tidak adalah rasa panas membara sangat. Apa pun tetap rasa bersyukur setiap hari. Walau sangat sedar diri dan kehidupan yang dilalui tidaklah seindah mana.

Kena selalu ingatkan diri tentang bab syukur ini. Rezeki yang ada biar tidak datang dalam bentuk wang ringgit mungkin datang di dalam bentuk yang lain. Jika sedang dilanda suatu masalah, percayalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ingatlah segala yang datang dalam kehidupan kita hadir dengan izin Allah.

Allah maha mengetahui akan segalanya. Dan Allah tahu hambanya mampu lalui dugaan yang diberikan. Kebahagiaan pasti ada dan wujud. Hanya kita selalu sahaja meletakkan harapan sesama makhluk Allah untuk satu kehidupan yang lebih bahagia.

Sedangkan kebahagiaan itu sebenarnya datang dari dalam diri kita sendiri. Lihat sahajalah sang suria. Tetap gigih dan setia memancarkan sinarannya walau apa sahaja keadaan bumi. Panas ataupun hujan, sang suria tetap setia menanti.
Untuk memancar sinarannya kepada seluruh penghuni bumi.
Maka setiap hari kita perlu raikan dan hargai apa yang ada disekeliling kita. Boleh kan?

Sekian

No comments:

Post a Comment

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....