Thursday, 12 March 2020

ANATOLOGI WARKAH UNTUK BONDA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariahawangsenik

Ya Allah, lenyapkan penyakit virus Corona ini dari bumiMu Ya Allah.

Secara jujurnya rasa seram sejuk juga mendengar bagaimana wabak virus Corona ini.  Namun semuanya datang dari Allah, maka kepada Allah jualah memohon pertolongan dan juga kekuatan. Berusaha dan berdoa agar semuanya pulih seperti sediakala.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Antologi Warkah Untuk Bonda telah pun selesai dibukukan. Projek Antologi Warkah Untuk Bonda ini di penyelenggaraan Puan Rahmah Saad. 

Perkenalan dengan Puan Rahmah Saad ini secara kebetulan di laman sosial fb tidak berapa lama dahulu. Walau tahu ilmu penulisan diri tidaklah setinggi mana berharap dengan menyertai projek-projek penulisan antologi ini sebagai medium untuk mengasah bakat menulis dan juga belajar dari penulis-penulis yang lebih berpengalaman.

Antologi Warkah Untuk Bonda ini melibatkan seramai 33 orang penulis baru dan juga lama. Dan ada di antaranya aktif menulis di dada Facebook dan sebagainya. Kebanyakan mereka berlatar belakangkan pendidikan yanh agak tinggi dan sangat jauh berbeza dari diri ini yang hanya berpendidikan SPM sahaja.

Namun itu semua tidak melemahkan semangat diri dan menyahut cabaran untuk terus berlatih menulis dan menimba pengalaman dari penulis yang jauh lebih berpengalaman. Dan ada juga penulis yang merupakan penulis yang paling muda berumur 15 tahun dan masih lagi bersekolah.

Setiap dari 33 orang penulis ini menyumbangkan karya mereka berkongsi kisah tentang kekuatan ibu-ibu mereka dalam menghadapi cabaran kehidupan. Setiap kisah yang dikongsikan meninggalkan impak yang maha besar dalam kehidupan semua penulis Antologi Warkah Untuk Bonda ini.

Kekuatan dan ketabahan ibu mereka menjadi contoh kepada penulis-penulis Antologi Warkah Untuk Bonda. Di samping tunjuk ajar dan nasihat kepada penulis. Segalanya menjadi bagai salah satu sumber kekuatan dan rujukan saat-saat penulis membesar dan belajar mengenal asam garam kehidupan.

Dengan terbitnya buku Antologi Warkah Untuk Bonda ini dapat dijadikan sebagai salah satu teladan dan pemangkin semangat kepada setiap pembaca yang memiliki buku ini kelak.

Dan saya juga selaku penulis yang menulis kisah arwah emak, Siti Rokiah Binti Abdul Kadir dalam berjuang melawan sakit kanser payudara. Namun dalam kesakitan dan kesibukan arwah emak menjalani rawatan, arwah emak tidak pernah ketinggalan untuk mengajar anak-anaknya hidup berdikari dan kuat melawan apa jua cabaran kehidupan.

Yang pelik dan ajaibnya arwah emak tidak pernah sesekali mengeluh akan penyakit kanser payudara yang di alaminya.

Nak kisah lanjut tentang arwah emak, maka wajiblah miliki Antologi Warkah Untuk Bonda ini yang berharga hanya RM 30 sahaja. Dan tidak termasuk kos postage.



Jika ada yang berminat, bolehlah terus menekan no ini iaitu 019-4075634.

Rasa sangat berbesar hati bagi yang sudi membeli buku Antologi Warkah Untuk Bonda dan semoga melimpah -ruah lagi rezeki bagi yang memiliki Antologi Warkah Untuk  Bonda. Insyaallah. Aamiin Ya Allah.

Sekian Terima Kasih

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis Sariah, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....