Sunday, 22 March 2020

HARGAILAH DAN DOAKAN MEREKA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Sesekali cuba kita letakkan diri kita berada dalam diri petugas-petugas KKM, petugas frontline, askar, polis dan sebagainya.

Tak dapat bayangkan bagaimana keperitan mereka.
Dan yang pasti mereka juga ada anak, isteri, suami, adik-beradik, emak, ayah, saudara-mara dan juga rakan-taulan.

Pengorbanan mereka bukan sedikit.
Kesusahan mereka lebih besar dari kita yang terlibat dalam perintah kawalan pergerakan ini.

Usahlah memandang ringan akan tugasan mereka.
Sumbangan mereka terhadap negara amatlah besar.
Yang pasti segala titik peluh mereka adalah pahala di sana nanti.

Kita pula patuhilah segala arahan dan jangan sesekali berhenti berdoa untuk mereka semua.

Kerana siapa tahu asbab doa-doa kita Allah ampunkan segala dosa-dosa kita dan lenyapkan terus virus Covid-19 dari bumi Allah ini.

#StayAtHome


Sekian


No comments:

Post a Comment

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....