Thursday, 19 March 2020

APABILA VIRUS COVID-19 MENYERANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Tidak lama dahulu virus ini berada di negara China. Kini dalam masa hanya beberapa bulan virus Covid-19 ini telah pun berada di Malaysia.
Di awal mendaratnya virus Covid-19 di pintu masuk negara, ketika itu negara sedang bergelora dengan arus politik yang bakal menentukan siapakah perdana menteri Malaysia yang baru.

Setelah diumumkan perdana menteri Malaysia yang baru terus memikul tanggungjawab berhadapan dengan kes virus Covid-19 merebak begitu cepat sekali. Dan rasanya tidak perlu penulis menyatakan secara lebih terperinci tentang perkembangan terbaru kes Covid-19 ini 

Segalanya boleh di rujuk pada portal lama sesawang kerajaan yang telah pun ada secara rasmi. Dan kerajaan Malaysia pun telah mengeluarkan arahan kepada semua rakyat Malaysia untuk menghadkan pergerakan masing-masing dari satu tempat ke tempat yang lain.

Juga ambillah langkah berhati-hati dengan memakai facemask, menggunakan hand sanitizer dan juga sarung tangan. Kerana virus Covid-19 ini langsung tidak nampak dek mata manusia yang normal.

Paling pelik ialah virus Covid-19 mampu hidup lebih lama dalam eco sistem kehidupan manusia. Sama ada pembawa virus Covid-19 ataupun yang sudah dijangkiti virus ini, gejala-gejalanya hanya dapat dilihat dalam masa kurang dari seminggu.
Keupayaan virus ini bernafas sangat menakjubkan. Bagaimana virus ini wujud hanya Allah yang maha mengetahui. Jika tanpa izinNya,maka tidak mungkin segalanya terjadi.

Untuk mengelakkan virus ini dari terus merebak, jadi silalah patuhi apa sahaja arahan dari pihak kerajaan. Duduklah dirumah dan kurangkan interaksi dengan orang lain. Hadkan jarak sesama sendiri. Tidak perlu bersalam dan keraplah amalkan mencuci tangan selepas melakukan apa sahaja aktiviti.

Jangan memburukkan lagi keadaan dengan pulang ke kampung. Apa pun rasa bersyukur teramat sangat kerana Allah permudahkan hajat untuk menziarahi kedua orang tua pada awal cuti persekolahan yang lepas.

Sempatlah bertemu mereka dan alhamdulillah, mereka berdua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Kini rutin harian bekerja dan masa kerja bakal dihadkan hanya kepada 7 petang sahaja .
Anak-anak keduanya ada dirumah dan diri ini berusaha yang terbaik untuk habiskan masa yang ada bersama.

Selain berdoa, diri ini berusaha tingkatkan lagi segala amalan agar Allah lenyapkan terus virus Covid-19 dari bumi ini buat selamanya. Sedar dan insaflah. Segala yang buruk ini ada hikmahnya yang tersendiri. Cukup-cukuplah menghukum sesama sendiri. Yang pasti selagi bernama manusia dan hambanya kita akan selalu diuji untuk menguji tahap keimanan kepada Allah yang maha esa.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar semuanya dipermudahkan dan dijauhi dari perkara yang tidak diingini. 
Aamiin Ya Allah.


Sekian 

17 comments:

  1. inshaAllah semua yang terjadi ada hikmahnya. yang penting kita kena jalankan tanggungjawab masing-masing, duduk di rumah

    ReplyDelete
  2. Marilah sama-sama bertanggungjawab. Main peranan. Jangan pentingkan diri sehingga menyusahkan orang lain

    ReplyDelete
  3. Moga negara kita serta dunia segera pulih. Dengan izinNya juga akan pulih. Rakyat pun kena usaha juga ikot arahan stay at homes

    ReplyDelete
  4. Kita Jaga diri kita dan family kita. Insyaallah rantaian virus blh dihampus kan dlm masa 2 minggu ni kalau kita dengar kata

    ReplyDelete
  5. Apabila Covid19 menyerang, inilah masanya kita buat pilihan dan patuh arahan, mudah-mudahan dengan kerjasama semua, ianya akan berakhir...

    ReplyDelete
  6. Semoga masalah penularan covid-19 dapat disekat .sama2 kita bantu kerajaan.. stay at home..tp sakit hati dgn org yg x dgr ckp ni..kt area umah iena still ade budak2 main kt playground.. :(

    ReplyDelete
  7. Yer hari ni dah lebih 1000 orang dijangkiti kat Malaysia dah rasa macam kita ni tak boleh nak kawal tengok negara orang semua dah lockdown harap kita tak sampai tahap macam tu takut...

    ReplyDelete
  8. tak larat nak baca dah kak.. kita redha je la.. orang lain taknak jaga keselamatan dorang ...bior lah.. kita ni duduk je kat umah... moga allah lindungi kita semua selalu

    ReplyDelete
  9. Sis convid ke covid ? Tak kisahlah sekarang ni je la masa yang ada untuk kita semua luangkan masa bersama anak anak next in the future tak tahu lagi.. semoga tak jumpalah kita dengan dajjal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah betulkan ejaan. Terima kasih atas tegurannya.

      Delete
  10. Moga benda.ni cepat2 pergi dan berakhir. Letih dengan virus dan juga perangai manusia

    ReplyDelete
  11. semoga cepat2 berakhir dan keadaan kembali kepada sedia kala insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Yang penting masyarakat kita patuh arahan Insyallah wabak ni boleh dibendung sekaligus dihapuskan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang

    ReplyDelete
  13. Rakyat Malaysia nie ramai yang degil kan. Dah pelbagai bahasa dah peringatan diberikan tapi still tak takut. Moga semuanya selamat #StayAtHome

    ReplyDelete
  14. Let's pray for Covid 19 soon to end.
    Malaysian all & all nations , we can do all this together!

    ReplyDelete
  15. Semoga wabak ni dapat dibendung dengan segera, buat masa ni kita duduk kat rumah jer

    ReplyDelete
  16. Semoga wabak ni dapat dibendung dengan segera dan kita dapat kembali menjalani hidup seperti biasa.

    ReplyDelete

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....