Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Hari ketiga dicutikan dari perkerjaan asbab perintah kawalan pergerakan.
Melihat dan menilai dari kacamata sendiri.
Rahmat disebalik perintah kawalan ini ada hikmahnya.
Tidak mahu melihat orang lain, hanya dari pandangan sendiri.
Selama ini bekerja shift dan masa bersama anak-anak amatlah terhad.
Tambah anak-anak belajar di asrama dan si abangnya menjalani latihan praktikal di Ipoh Perak.
Dengan perintah kerajaan ini, secara tidak langsung termakbul salah satu doa untuk habiskan lebih banyak masa dengan anak-anak.
Dapat memasak semua makanan yang mereka suka, teruja nak mencuba resipi baru dan yang pasti mereka berdua selalu ada di depan mata.
Bukanlah suka apa yang terjadi.
Tetapi berusaha melihat sesuatu dengan pandangan yang lebih positif
Walau tidak berpeluang membawa mereka bercuti ke tempat-tempat menarik, tapi bercuti di rumah sahaja sudah sangat bermakna.
Nikmati dan jalani sahaja apa yang Allah sudah aturkan.
Dari dari sudut hati ini kesyukuran tambah lebih bermakna jika dilihat keadaan petugas-petugas frontline yang terpaksa berkorban segalanya.
Jangan lupa setiap hari doakan mereka agar terus kuat berada di barisan hadapan berhadapan dengan wabak Covid-19 ini.
#StayAtHome
#Doasenantiasautkmereka
Sekian
No comments:
Post a Comment