Sunday 12 March 2017

JIWA-JIWA YANG KENTAL


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat.
Hari ini juga saya bercuti sehari. Bukan selalu cuti hari Ahad ini. Kalau tidak ada hal yang penting, memang susahlah nak cuti ini.

Berkerja shift macam saya ini, memang susah nak cuti dihujung minggu. Tapi sesekali perlu juga ambil cuti hari Ahad ini.

Dan kebetulan pula, saya dah lama tidak tulis entri yang baru untuk blog kesayangan iaitu TRAVELOG KEHIDUPAN ini. Bukanlah masalah idea, idea itu selalu ada. Tapi masa selalu tidak mengizinkan.

Nak-nak tahun ini, anak dara bakal menduduki peperiksaan UPSR. Jadi banyaklah kelas tuisyen yang perlu dia datang dan belajar apa yang patut.

Hampir enam tahun bergelar seorang ibu tunggal, banyak pengalaman pahit dan juga manis yang perlu saya lalui. Pada mulanya masalah status adalah perkara utama yang buatkan saya malu.

Namun semua itu, saya dapat atasi satu persatu. Kadang sampai bila saya asyik merayu-rayu mohon simpati yang tiada kesudahannya.

Atas nasihat seorang teman yang juga bergelar seorang ustaz, saya mengambil keputusan untuk melupakan semuanya dan berusaha maafkan semua orang yang pernah mengecewakan hati saya.

Sampai bila nak hidup berdendam kan?

Berdendam ini bukan pun boleh buatkan kita kaya atau tenang, tapi bakal membenihkan penyakit dalam diri dan jiwa kita dan boleh menjejaskan kehidupan kita seharian.

Masa susah dan perit dan juga rasa bahagia, harus dilalui sebaik yang mungkin dengan semangat yang lebih kuat dan ikhlas hadapi apa jua dugaan.

Apabila kita jadi makin kuat dan sabar, secara automatik aura tersebut akan juga mempengaruhi kehidupan anak-anak. Dan yang paling penting anak-anak semakin berjiwa kental hadapi segala masalah dalam kehidupan seharian.

Jika ditakdirkan gagal mereka berdua akan bangkit semula dengan semangat untuk terus berjuang sehinggalah mencapai segala impian yang mereka berdua impikan selama ini.

Dan jika kejayaan sudah pun mereka kecapi, mereka tidak akan sesekali cepat berasa sombong dan terus lupa diri

Cepat sungguh masa berlalu. Dah pun pukul duabelas malam. Saya berhenti disini dulu dan insha Allah akan saya tulis lagi entri-entri  yang mungkin akan jadi pengajaran buat semua yang singgah sudi membaca entri yang tidak seberapa ini.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...