Sunday 18 October 2015

RINDU TERUBAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Alhamdulilah, akhirnya terubat juga rindu kepada orangtua tersayang. Hampir dua minggu bekerja tanpa rehat. Ini kerana terpaksa memberi laluan kepada rakan sekerja yang sedang berada di hospital pada masa tersebut. Bidang pekerjaan ini tidaklah sesusah mana, namun setiap pekerjaan ada cabaran yang tersendiri.

Bercuti dari hari Jumaat hinggalah hari Ahad sangat melegakan hati ini. Hati memang tidak sabar-sabar hendak pulang ke kampung. Saya memberitahu ayah untuk pulang pada hari Jumaat yang lepas. Beberapa kali ayah asyik menelofon bertanya jadual perjalanan bas dan juga saya masih berada dimana.
Kali ini saya hanya balik ke kampung dengan hanya menaiki bas dan perjalanan adalah sangat selesa.

Walaupun cuti hanya sekejap, tetapi saya sangat berpuas hati kerana dapat berjumpa dan menatap wajah insan-insan yang sangat saya sayangi dan rindui selalu. Rumah ayah terletak diatas bukit dan itu memberikan saya ruang unthk saya merehatkan minda dengan secukupnya.

Alhamdulilah ayah dan juga mak cik saya semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan walafiat. Sakit ayah juga dah semakin berkurangan dan kini ayah aktif menjalankan segala aktivitinya seperti biasa.  Ayah memang seorang yang tidak pandai duduk diam walaupun di dalam keadaan yang kurang sihat. Dia juga seorang yang sangat kreatif dan pandai membuat sesuatu kraftangan.

Saya sempat bercerita serba sedikit kepada ayah tentang minat saya di dalam bidang penulisan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama ayah tersayang. Syukur nampaknya dia memberi sokongan dan cuba memahami setiap apa yang saya usaha lakukan untuk memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain disekeliling saya.

Saya menaiki bas dari kampung di dalam pukul 1 tengahari. Dan dalam pukul 4 petang saya telah pun selamat sampai di hentian pekeliling di Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya dan anak dara tersayang hanya tidur dan langsung tidak sempat untuk melihat pemandangan diluar bas.

Apa pun saya sangat berpuas hati dan lega kerana dapat melepaskan segala kerinduan saya kepada orangtua tersayang. Insha Allah pada penghujung tahun ini saya bercadang untuk pulang lagi bercuti di kampung halaman tersayang saya itu iaitu Kuala Lipis Pahang.

Coretan Kerinduan
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...