Thursday, 26 September 2019

ABANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://facebook.com.my/sariahawangsenik


ABANG

Abang
Hari ini genaplah usiamu 20 tahun
Hari ini permulaan bagi satu hari yang baru
Hari ini abang makin berani mengorak langkah untuk mencapai satu impian

Abang
Di sepanjang hidupmu tak pernah susahkan ibu
Tak pernah jua kau berkeluh kesah akan segala dugaan yang bertamu
Tak pernah jua kau meminta-minta untuk dipenuhi segala keinginanmu

Abang
Walau terlalu banyak kekurangan dalam hidupmu
Namun tak pernah sesekali kau jadikan satu tembok penghalang
Penghalang kepada sebuah impian dan juga cita-cita

Abang
Ibu tahu tanggungjawabmu maha berat
bergelar abang, bergelar anak dan juga sebagai seorang ketua keluarga dalam syurga kecil kita ini

Abang
Teruslah berjuang
Teruslah melakar impian
Teruskan mendaki puncak kejayaan
Teruskan segala usaha-usaha sehingga berjaya

Abang
Doa ibu senantiasa setia bersama abang
Dan disetiap detik nafas ini tak pernah sesekali alpa dalam mendoakan segala kejayaan abang dan adik

Abang
Selamat Hari Jadi
Semoga abang berjaya dunia dan akhirat juga jangan sesekali abaikan segala tanggungjawab kepada maha penciptaNya.


Nota

No comments:

Post a Comment

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....