Sunday, 13 October 2019

SEKOLAHKU SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Kata orang zaman sekolahlah yang paling manis dan indah.
Terutamanya masa sekolah menengah.
Jujur diri ini bukan dari kalangan murid yang pandai dan baik.

Hakikatnya keluar masuk bilik displin itu sudah menjadi perkara biasa.
Abah selalu pening kepala dengan gelagat aku masa sekolah menengah dulu.

Ponteng kelas, tidur, kerja sekolah tak siap, semuanya pernah aku buat masa sekolah dulu. Siap pergi mandi sungai lagi.
Kena denda sebab berborak masa kawad pengakap pun ada.

Korang bayangkanlah kena panjat pokok dan jerit macam monyet tu.
Kau rasa gempak tak?

Rasanya kalau cikgu denda murid zaman sekarang, mahunya dah jadi viral satu Malaysia.

Tapi satu sahaja, walau semua kerja-kerja nakal aku buat zaman sekolah dulu, akhirnya lulus juga SPM walau taklah secemerlang mana.

Result ada jugaklah A, B dan juga C,D.
Paling best belajar subjek Bahasa Melayu, Sastera dan juga Lukisan.
Masa result SPM keluar, aku dah bekerja sambilan pada waktu itu.

Ingat nak sambung belajar form 6.
Tapi masa itu arwah emak sedang sakit dan adik-adik masih bersekolah.
Tak tergamak pulak nak biarkan abah tanggung semua perbelanjaan adik-beradik.

Maka aku mengambil keputusan untuk bekerja dan kalau ada masa menjaga arwah emak yang menghidap sakit kanser pada waktu itu.

Bersekolah di Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis Pahang atau Sekolah Menengah kebangsaan Clifford, itu adalah nama terbaru sekolah yang paling aku sayang ini.

Terlampau banyak memori manis yang aku tinggalkan di setiap blok kelas yang ada di sekolah ini.
Sayang dan rindu sangat nak kembali ke sekolah menengah Clifford ini.

Setiap kali balik kampung, terlalu sibuk nak melawat sekolah lama aku ini.
Hanya mampu memandangnya dari jauh.

Kadang-kadang anak-anak selalu tanya, ibu nakal ya masa sekolah dulu.
Sambil tersenyum aku diamkan diri sahaja.

Hanya sempat berpesan jangan nakal macam ibu masa sekolah tau.

Hari Khamis yang lepas ada satu karnival telah berlansung di sekolah menengah kebangsaan Clifford ini. Karnival #cliffordkugemilang ini telah pun berlansung selama beberapa hari.

Karnival penutupan #cliffordkugemilang ini telah dirasmikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza.
Siapa yang tidak kenal penyanyi tersohor ini. Masa aku di form 5,rasanya di dah pun di form 2, kalau tak silaplah.

Pernah jugaklah satu kelas dengan adik lelaki aku. Memang masa sekolah dulu, selalu Dato Sri Siti Nurhaliza yang akan buat persembahan.

Aku cuma jadi tukang sorak, tukang tepuk dan juga tukang sibuk jelah.

Biarpun sekarang tidaklah berjaya macam Dato Sri Siti Nurhaliza, namun tetap terhutang budi dengan semua guru-guru yang tidak jemu mengajar murid nakal macam diri ini.

Sekurang-kurangnya aku tak gentar dalam menghadapi segala cabaran hidup.
Bermula dari murid yang nakal sehingga berubah seperti sekarang.
Syukur alhamdulillah.

Dan terima kasih juga sebab sudi baca coretan ini hingga ke akhirnya.
Buat rakan-rakan yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah kebangsaan Clifford ini, rindu korang semua dan berdoa ada rezeki dapat berjumpa lagi.

Nota : Yang pernah bersekolah di SMK Clifford, sudilah korang share batch bersekolah di sekolah yang bersejarah ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....