Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Alhamdulillah. Walau dalam keadaan yang agak kurang sihat, namun demi tanggungjawab dan juga minat, saya usahakan juga untuk menaip entri terbaru mengenai sahabat AIM atau Amanah Ikhtiar Malaysia ini.
Secara jujurnya, saya patut join AIM ini sejak awal. Namun dek kerana kurang pendedahan dan juga ilmu dan hanya mendengar perkara buruk tentang Amanah Ikhtiar Malaysia ini, maka niat saya itu tertangguh begitu sahaja.
Sehinggalah pada awal bulan Ogos yang lalu, barulah dapat maklumat sebenar dan terkini tentang Amanah Ikhtiar Malaysia ini. Itupun diatas jasa baik rakan-rakan yang ada disekitar kawasan kejiranan saya ini.
Dalam kumpulan AIM saya ini terdiri daripada lima orang. Rata-rata semuanya ada produk dan perniagaan mereka sendiri. Ada yang menjual karipap frozen, menjual popia, popia frozen, baju bundle, kerepek, barangan keperluan harian dan bermacam lagi.
Dalam entri kali ini, saya kali ini saya ingin memperkenalkan salah seorang dari sahabat AIM saya. Dia juga adalah pengerusi dalam kumpulan AIM saya ini.
Namanya ialah Norizah Binti Musa atau biasa dipanggil Izan ataupun Kak Izan bagi yang jauh lebih muda darinya. Dia juga adalah sebaya dengan diri ini dan juga adalah seorang ibu tunggal.
Sejak dulu dia membuat kuih popia sambal, popia frozen dan juga popia basah. Rasa sambal yang manis-manis pedas dan kulit popianya yang ranggup sangat menyelerakan. Tambahan pula isi sayur-sayuranya rasa segar dan enak. Kebiasaannya dia mengambil tempahan dahulu dan kemudianya menghantar terus kepada para pelanggan di kawasan Tanjung Malim, Bernam Jaya dan juga Hulu Bernam.
Syukur alhamdulillah, sambutannya sangat mengalakkan. Selain mengambil tempahan membuat kuih popia, dia juga ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kenderaan.
Selalunya jiran tetangga, para pelajar UPSI dan juga rakan-rakan terdekat. Untuk pengetahuan semua, Norizah ini tidak mempunyai laman sosial. Yang ada hanyalah group wasap. Melalui aplikasi wasaplah saya berhubung, bertukar pandangan dan sesekali meminta dia untuk ke mana sahaja tempat yang agak jauh dari rumah.
Apa pun kuih popia sambal dan juga popia basah senantiasa menjadi permintaan. Namun setakat ini hanya sekitar kawasan yang terdekat sahaja.
Jika ada sesiapa yang berminat untuk merasai kelazatan kuih popia sambal dan juga popia basahnya bolehlah hubungi beliau seperti di alamat di bawah.
Nama :Norizah @Noriah Binti Musa
No Tel :013 5086706
Alamat :No 12 Jalan Kemudi 2C,Taman Bernam Jaya 44100 Kerling Selangor
Nama bisnes / Syarikat
Maklumat ttg bisnes : Menjual popia frozen,Popia Sambal dan juga menjahit Tudung Shawl ke bentuk mudah disarung.
Di mana boleh dapat produk : Popia Homemade Homeline secara cod
Waktu berniaga: Cod selepas jam 3 petang.
Nama fb atau ig kalau ada. Hanya ada email:
Secara sampingan, dia juga boleh menjahit baju dan macam-macam lagi.
Mohon sesiapa sahaja yang berminat boleh terus sahaja hubungi beliau untuk dapatkan popia frozen dan juga popia sambalnya.
Didoakan semoga perniagaan kuih popianya berkembang baju dan begitu juga produk yang lain di samping perkhidmatan pengangkutanya. Insyaallah amiin Ya Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment