Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Asalnya nak menaip didada fb. Namun terfikir juga, berapa ramailah yang sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini. Tambah sejenis manusia yang suka menaip panjang kalau sudah idea melimpah-ruah bagai lahar gunung berapi itu.
Syukur dan terima kasih Ya Allah. Idea itu juga merupakan satu bentuk rezeki. Kurniaan dari maha pencipta yang Allah terbitkan tidak secara langsung.
Alhamdulillah.
Malam ini, kedua anak tersayang pergi menziarah keluarga sebelah abahnya. Kata anak yang lelaki ada sedikit majlis makan-makan disana. Apa pun, tidak kisah sangat, asalkan abahnya berniat baik.
Jujurnya antara kami tidak pernah bercakap ataupun berbalas wasap. Tambah no wasap aku sendiri dibloknya sejak dari awal lagi. Mengapa begitu?
Hanya tuhan yang tahu.
Biarlah dia berbuat apa sahaja. Hatta menghina dan memburukkan diri ini, aku tidak kisah. Sebab aku tahu , aku ada Allah. Dia maha melihat akan segalanya.
Dan bukan juga tugas aku untuk membalas segala perkara buruk yang telah dilakukan terhadap aku dahulu.
Seiring dengan masa, aku tidak punya banyak masa memikirkan hal yang telah berlalu. Namun semua yang berlaku ada hikmah terbesar disebaliknya.
Dan aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan segala apa yang telah diaturkan untuk kehidupan aku dan anak-anak. Walau hanya menjalani kehidupan dengan anak-anak, kerja, perniagaan dan penulisan, tetap ada kebahagiaan yang tersendiri.
Satu masa dulu,ya aku pernah lalui lorong-lorong kesedihan itu, merasakan diri tidak berguna dan juga tidak dihargai. Merintih kepada makhluk Allah, hanya akan membuatkan diri tambah terseksa dan rendah diri.
Mujur aku dipertemukan dan dinasihati oleh seseorang. Tersedar bahawa aku perlu segera bangkit merawat kelukaan dengan berbalik kepada maha penciptaNya.
Dan paling penting memaafkan dan melepaskan segala rasa yang menghantui diri. Melihat dengan mata hati, bahawa ada ramai lagi insan tersayang yang perlukan perhatian dan kasih sayang ini.
Anak-ana tunggak utama kekuatan diri juga keluarga tersayang. Apa yang Allah rencanakan, digunakan sebaik yang mungkin untuk mencorakkan kehidupan yang lebih indah dan bahagia. Melakar jalur-jalur bahagia dengan warna yang tersendiri.
Benarlah. Jika memohon senantiasa dengan Allah, Allah akan aturkan jalannya yang tersendiri. Usah hairan, besar mana pun dugaan, pasti Allah ada jalan yang terbaik untuk kita dan anak-anak.
Saat bersendirian ini, terkenangkan segala kenangan manis. Bukan tak boleh lupakan, tapi selagi kita mampu tersenyum dek semua kenangan dan merasa bahagia, tak salah sesekali mengimbas kembali kenangan itu.
Yang pasti Allah sudah ada rancangan yang tersendiri.
Siapa tahu, kejayaan yang besar sedang menanti kita disana?
Maka akan terus berusaha dan berdoa setiap masa, agar diri ini tidak lalai dan alpha lagi.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Sungguh, Allah sentiasa ada bersama. Kita hamba yang lalai selalu terleka.
ReplyDeleteBetul mengharap pada Allah swt adalah yang terbaik
ReplyDelete