Wednesday 6 May 2015

KESERONOKAN YANG MENGUNDANG PADAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Satu Malaysia di gemparkan dengan satu kisah kemalangan yang begitu tragis. Kemalangan yang mengorbankan 3 nyawa yang tidak bersalah akibat daripada mereka yang hanya ingin mencari keseronokan. Ianya berlaku di kilometer 6.2 lebuhraya Duta Ulu Kelang ( DUKE ) awal pagi Sabtu yang lalu. Di dalam kemalangan tersebut, mereka yang terkorban adalah sepasang suami dan juga isteri iaitu, Fairuz Nizam 35 tahun, Nora Safiri Asikin 27 dan bayi mereka yang berumur 7 bulan iaitu Nur Firuza Annisa .

Menurut saksi, kemalangan tersebut di sebabkan oleh beberapa buah kereta Myvi yang berlumba sesama sendiri dan melanggar kereta Pajero Sport milik mangsa. Di fahamkan kereta Myvi tersebut bergesel dengan kereta mangsa dan sebuah lagi kereta Myvi melanggar lagi kereta Pajero dan menyebabkan kereta mangsa berpusing sebanyak 3 kali. Kesemua mangsa tercampak ke atas jalan raya termasuklah bayi mereka yang berusia 7 bulan.

Betapa manusia terlalu mengejar keseronokan dan membawa kepada sebuah kecuaian dan menyebabkan kematian. Akibat daripada kemalangan tersebut telah menyebabkan 2 lagi anak mangsa iaitu adik Nur Firuza Amira 7 tahun serta adiknya yang kedua Nur Firuza Aqila 4 tahun menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Anak-anak ini masih terlalu mentah untuk memahami apa yang terjadi ke atas kedua orang tua mereka. Mereka bakal menghadapi trauma yang hebat dan bakal berkekalan sehingga mereka berdua dewasa.

Apabila melihat video anak-anak ini menangis dan juga memanggil mama dan papa, hati ini sayu yang teramat sangat. Moga Allah memberikan mereka sepenuh kekuatan mental dan juga fizikal untuk mengharungi kehidupan yang seterusnya. Syukur mereka berdua masih mempunyai nenek dan juga bapa saudara yang amat penyayang dan senantiasa dilimpahi dengan kasih dan sayang.

Telah banyak kisah kemalangan yang terjadi akibat keseronokan dan juga kecuaian orang lain. Sekalipun pemandu-pemandu ini bernaung di bawah sesuatu kelab mereka haruslah bertindak secara berhemah tanpa menyebabkan banyak pihak yang merasa marah di atas segala tindakan mereka di sebuah laman sosial. Cubalah untuk meluangkan sedikit waktu menziarahi keluarga mangsa dan juga anak-anaknya yang masih terlalu kecil. Dimanakah letaknya sifat belas dan juga kasihan sesama insan.

Seharusnya di masa akan datang setiap kelab ataupun pertubuhan yang didaftarkan harus diteliti kenapa ianya di tubuhkan dan apakah matlamat penubuhan kelab dan juga sesuatu pertubuhan. Kini kita harus lebih berhati-hati semasa memandu di jalan raya ataupun kawasan lebuh raya. Maut tidak mengenal sesiapa. Hanya beberapa saat sahaja dan telah mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

Bagaimana kehidupan dan masa depan anak-anak ini hanya Allah yang maha mengetahui. Setiap yang berlaku walau teramat pahit ada sejuta hikmah yang tersembunyi. Bak kata orang, " Dugaan Yang Hebat Hanya Untuk Orang-orang yang hebat."
Al-Fatihah untuk semua mangsa dan moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin.

Coretan Sayu
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...