Sunday 21 April 2019

KEMBARA ILMU 3


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

KEMBARA ILMU 3

Syukurlah, Allah permudahkan segala perjalanan semalam.
Aturan yang Allah susun sangat cantik.
Bila kita bersungguh-sungguh mohon kepada Allah, maka Allah akan aturkan satu jalan penyelesaian yang tidak terfikir dek akal kita.

Ya, dah hampir meningkat usia ini. Tak pernah juga rasa kesal terdetik dalam hati ini walau hidup bersendirian. Malah masa yang ada diisikan sepenuhnya dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Selain berimpian bergelar seorang penulis yang bercita-cita menulis segala perkongsian kehidupan, ada satu lagi impian yang paling terpenting.

Mungkin pada orang lain nampak mudah. Tapi tidak pada diri ini. Ingin membaca Al-Quran dengan betul mengikut segala hukum-hukum yang telah ditetapkan.

Dalam kembara ilmu 3 semalam, berkesempatan membaca surah Al-Fatihah dengan betul supaya lebih lancar lagi. Surah Al-Fatihah adalah surah yang paling penting semasa kita mendirikan solat wajib 5 waktu dan juga solat-solat sunat yang lain.

Jika tidak membaca surah Al-Fatihah dengan betul dikuatiri solat yang kita dirikan itu tak sah. Nampak mudah, bukan?

Yang pasti, diri ini yakin pasti semua sahabat yang lain lebih pandai membaca surah Al-Fatihah ini dari diri ini sendiri. Sebenarnya tak rugi jika kita melancarkan balik bacaan kita dalam Al-Quran. Kerana Al-Quranlah peneman setia kita jika berada di alam barzah nanti.

Selain berusaha memantapkan bacaan dengan guru-guru Al-Quran yang lebih berpengalaman, diri ini belajar juga membaca Al-Quran daripada anak-anak yang tersayang. Memandangkan kedua anak tersayang bersekolah menengah agama, maka memang itulah tujuannya ajar mereka berdua dapat membimbing kembali ibu mereka ini.

Bagi diri ini, sesekali kita rendahkan ego hanya semata untuk belajar membaca Al-Quran daripada anak sendiri. Ustaz yang bertanggungjawab mengajar mengaji semalam adalah ustaz dari Darul Al-Quran Kuala Kubu Selangor iaitu Ustaz Haji Mohd Taufik Bin Md Arshad.

Pertama kali memperdengarkan bacaan Al-Fatihah di depan seorang ustaz yang terlalu banyak pengalaman, terasa sayu dan juga terharu. Tak pasti apa sebabnya, tapi itulah yang bergolak setiap kali membaca surah ini.

Alhamdulilah. Berkat tunjuk ajar ustaz juga rakan-rakan yang lain, barulah faham setiap hukumnya dan dapat membaca surah Al-Fatihah ini dengan betul.

Insyaallah.
Pada hari Rabu malam dan juga hari Sabtu depan, adalah kelas yang terakhir dan akan berusaha menghadirkan diri untuk mempelajari tentang perkara-perkara yang lain pula.



Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...